aku sakit hati. malah hampir kesemua kawan-kawan yang aku jumpa aku ceritakan betapa sakitnya hati aku bila dianaktirikan oleh supervisor sendiri. malah tidak ada sebarang apresiasi langsung terhadap usaha aku. sabar je la. DIA lebih mengetahui.
----------------------
aku baca semula tesis yang dipaksa baca oleh supervisor ku. rupa-rupanya segala yang dia marah tu memang dah tertulis dalam tesis itu. patut pun aku dimarah teruk-teruk. aku tak baca dengan teliti. semua yang dikatakan memang dah ada dalam tesis tu. salah aku. sape suruh malas baca? jadi esok pagi aku kena lah ubahsuai kotak projek aku yang dah bermastautin di makmal p10 tu. malah segala data perlu diambil semula sebab data sebelum ini adalah 'rubbish', kata supervisor ku.
lepas baca tesis aku terasa nak baca pulak buku 'introduction to MathCAD for scientist and engineers'. buku ni dah lama aku fotostat dari supervisor kerana sudah tidak dijual lagi, malah buku ni jugalah yang digunakan oleh supervisor ketika menyiapkan phd nya dulu... banyak tutorial dalam buku ni aku cuba tadi. sampai mencarut-marut la. menyumpah-seranah dan paling tak dilupakan jeritan kerana geram yang teramat dahsyat.
namun, semuanya dah terbayar apabila output yang aku perlu dapatkan keluar akhirnya. syukur. syukur ke hadrat-NYA. aku tak tahu nak ucap macam mana lagi. aku dapat gred B semester lepas hanya kerana graf ini tak keluar. dan aku berjaya menyiapkan kurang dari 2 jam. hasil usaha gigih dan tekun. hahahaah....
cuma itu bukan output terakhir yang perlu aku dapatkan. itu baru output yang semester lepas aku perlu dapatkan. baru separuh jalan la nampaknya. sparuh lagi hanya boleh dapat selepas aku baiki kotak ujikaji dan dapatkan semula signal yang betul.
p/s- penatnya tulis secara berhemah ni. takpe. mana boleh nak marah sentiasa. hidup kena ada kawalan diri. semoga aku berjaya mengawal diriku.
2 comments:
GANBATE ACHTUNG!
arasu...
Post a Comment