Friday, March 6, 2009

jawapan kepada encik google

macam biasa, blog ni tak ramai pengikut. cuma sekadar beberapa orang sahaja selain aku yang rajin tengok/ baca hasil tulisan sendiri. hikhikhik....

uhum.... ada la beberapa orang yang datang ke page ni melalui google. ni soalan-soalan mereka kepada encik google....


no 1
pasal tiket sehari ni aku dah banyak kali cerita agaknya. pendek kata, apa yang perlu diketahui adalah, tiket ni berharga S$8/hari dengan S$10 deposit yang akan dipulangkan apabila pass tu kita pulang balik dalam tempoh 5 hari dari hari pembelian pas. mana nak dapat? setakat yang aku tahu dan aku selalu guna/ beli, kat Orchard MRT station. ada booth die kat station tu.

boleh gak beli untuk 2 atau 3 hari. 2 hari S$16, 3 hari S$24. deposit masih S$10. untuk lebih info tentang pas ni, sila lawati laman web rasmi Singapore Tourism Board. ataupun kalau ada soalan boleh emailkan ke info@singaporetouristcard.com.

no 2
pasal si die ni aku malas nak tulis semula, klik je kat sini sebab aku dah tulis pon.

no 3
soalan tak jelas, mungkin boleh terus ke laman web Gerbang Selatan. ni pemaju dan pengendali kompleks ni, dulu aku kerja kat CIQ tu pon sebab ada kontrak dengan diorang la. sori, encik google tak menjawab dengan baik apabila soalan mengenai kompleks ni ditanya, malah hirarki carian kedua di google adalah blog ini. hihi....

english version. for those who are asking mr google for this CIQ compleks, just click this and it'll directly link to the real developer of CIQ JB. wikipedia also not helping in gaining source regarding this complex.

no 4
pembukaan ciq tu dah berlangsung pada bulan 12 2008 yang lalu. jadi tak payah la nak berangan nak makan nasi minyak free pasal pembukaan kompleks baru ni ek. hehe....

no 5
harga tiket? aku lupa la. tapi macam tak mahal pon rasanya. kalau tak silap la ek, dulu aku bayar 1 family 5 orang lebih kurang 16 pound sahaja. 2 dewasa 3 kanak-kanak. oh, kanak-kanak adalah dari 5-15 tahun ye. aku selalu dikategorikan sebagai kanak-kanak. haha, muda sangat ke aku ni? oh ni ada link aku jumpa tentang stonehenge. klik la kalau nak tahu lebih banyak pasal stonehenge.

oh, stonehenge ni tak best pon. entah apa yang orang putih dok bangga-bangga sangat?

no 6
pasport berkumpulan. yeah, ni soalan yang selalu aku tanya gak kat encik google. hari ni aku dapat jawapan yang baik berdasarkan pembacaaan daripada forum-forum yang aku baca. antara info yang aku dapat, harga pasport ni RM200/kumpulan. bukan perseorangan ok. kumpulan 5-15 orang. masa aktif pasport ini hanya 6 bulan dari tarikh daftar/ buat. tetapi, penggunaan hanya SEKALI SAHAJA.

kelebihan guna pasport ni, tak payah nak buat pasport antarabangsa yang berharga RM300/ 5tahun/ orang. save budget sebab selalunya travel ni bukan hari-hari pon kan. kekurangannya pula, kalau guna kene jalan secara berkumpulan bersama-sama. kalau ada ahli kumpulan yang jalan berasingan dan ditangkap, dia akan diklasifikasikan sebagai pendatang tanpa izin a.k.a PATI. so, sape nak join aku pegi Singapura? tapi kene ada pasport antarabangsa la. aku malas nak bayar untuk group pasport tu.

no 7
senang. white kad boleh didapati di CIQ Woodland di Singapura. percuma, pegi je kat dinding kanan di bahagian inbound (untuk pejalan kaki, pengguna bas) dan ambil sahaja kad yang ada di situ. untuk mereka yang memandu kenderaan persendirian, aku rasa boleh mintak time kat CIQ JB kot. jadi boleh la isi time traffic jam kat atas Tambak Johor. kalau tak pon, mintak je kat pegawai imigresen waktu tu. aku pengguna bas dan kapal terbang, jadi tak tahu kalau private vehicle nye prosedur.

english version. just take the card while in Woodland CIQ. it's free. if you are using private vehicle, i think you better ask from immigration oficer while passing through JB CIQ. i'm using public bus to cross border, so i don't really know the procedur for private vehicle.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...