Wednesday, March 25, 2009

bosan dan geram

kenapa bosan?
penat-penat post info yang sangat berguna/bagus, tapi takde komen. bosan.... malas nak komen panjang-panjang.

kenapa geram?
ionizer aku rosak. habislah FYP aku. nampaknya kene beli barulah ionizer ni. melayang lagi wang ringgit gue.

oh, aku terfikir kenapa blog aku tak ramai pengunjung. jawapan mudah.
  1. aku suka halau orang dari blog aku. kalau korang baca blog aku dari awal lagi, aku memang dah mula menghalau orang start dari post yang ke 2 atau ke 3 (tapi awal la). kenapa aku halau? aku benci tengok musuh aku atau konco2 nya berlegar2 di tempat aku.
  2. aku sekat segala spam dan iklan. dulu blog aku penuh dengan mesej/komen spam. mula-mula aku tak perasan. ingatkan mat saleh mana la yang komen kan. rupanya semua itu hanyalah spam semata-mata. aku perasan sejak semua post aku ada dibanjiri komen spam ni.
  3. tempat komen aku ada word verification. sorry sangat2 kawan2. aku tak berniat langsung nak menyusahkan hidup sesiapa. tapi blog ni sangat diminati oleh spam serupa dengan telinga aku yang diminati semut (huhu), maka aku terpaksa letak word verification tu. tapi itu pun ada jugak manusia tak bertanggungjawab letak ads secara manual di komen dan cbox aku. geram.
  4. friend list aku sikit. betul, friend list aku sikit sahaja. malah kawan2 di sekeliling aku tidak berblog. maka memang takde la kunjungan rasmi dari kawan2 ni. hahah.... mereka ni masih lagi di zaman friendster. percayalah, sebab friendster mereka masih sangat aktif. ohoho.....
  5. cerita aku tak menarik. hmmm, aku rasa cerita aku dah cukup menarik. cuma aku takde pembaca yang ramai. ataupun post baru2 ni takde gambar. hah, yang ni salahkan Celcom Broadband. aku rasa memang nak bakar je Celcom ni. apela lembap.
p/s- aku ada gosip baru. keji sangat gosip ni. nak cerita pon loya. uwekkk....

2 comments:

Andy Kaizar said...

hmm, i write for my own satisfaction. if people read, it's good. if people don't read, it's up to them. hehe...

jon hafkian said...

haha....yezza,write for our own satisfaction
but i like to share with people
i like to talk
i like to write
but there are limited people around me
so my voice is not loud enough
n i can't shout
hmmm....tulis sajalah macam besa
btw,i still not give up writing blog
in facvt,i'm in love with blogging

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...