Monday, March 16, 2009

manusia lahanat

ni memang aku nak mencarut panjang2. dah siap tulis, habis hilang pula tulisan tu semua. takpe2 sabar2, kejap lagi nak mencarut panjang lagi ni.

tadi aku masuk ke toilet. entah kenapa aku terasa nak pandang ke platform sink yang selalu aku letakkan baldi kecil berisi barang2 mandian. tau apa yang aku nampak? kosong... yang ada hanya conditioner dengan berus gigi SHJ. baldi, facial foam, shower foam semua hilang. syampu aku memang dah berbulan hilang. ish... memang geram aku time tu.

cuma aku bersikap konon2nya optimis la, check setiap shower kalau2 ada orang guna dan terlupa letak balik ke tempat asalnya. malang, sebab aku tak jumpa apa2 selain daripada apa yang ditinggalkan tu sahaja. tolonglah, miskin sangat ke, papa kedana sangat ke manusia lahanat ni? sampaikan baldi kecil, syampu (ni dulu dah dicuri), shower foam, dengan facial foam tu nak dicuri? boleh kaya ke kalau curi semua tu? tak takut ke balasan hari akhirat kelak? aku percaya kalau agama lain pun melarang umatnya mencuri. maksudnya tiada sesiapa pun yang ada pengecualian daripada hukuman mencuri ni.

di kesempatan ini... aku mendoakan manusia lahanat tu supaya tangannya putus/patah dll. tuhan itu MAHA ADIL. aku ni berdaulat.

-------------------------------
spoil la kejadian dicuri2 ni. aku baru nak cerita kejadian 2 hari lepas. okeh... amik mood jap. in.... ouuuutttt.... in... ouuutttt..... fuhhhhh!!!!

mood ready. 2 hari lepas aku pergi karaoke dengan kawan-kawan seperjuangan di tempat kesukaan kami di DIVA. haha, berangan diva la time menyanyi tu kan. 1901 kat Giant southern City (tempat ada DIVA ni) dah takde. la, dahla ni satu-satunya 1901 yang ada di JB. kat CS pun dah lama tutup kalau aku tak silap. hmmm.... tak merasa la 1901 lagi lepas ni. thank you orang-orang yang boikot tak tentu pasal ni. nak boikot amerika/jewish, kedai melayu pulak yang lingkup. lu pikirlah sendiri (nabil pinjam jap tagline)

ok, time balik tu aku drive laju la kat jalan Skudai (ni ala2 MRR2). jalan besar tapi speed limit 80km/h. so, aku drive up to 80km/h je la. tiba2 tengah syok drive ada polis belakang aku, cuak gak la. ingat kan kena kejar polis. aku pun tukar line ke 2 (tengah).... tau apa yang aku nampak? polis... kereta mewah ber plat 'RMJ' dengan polis kat belakang. wah.... aku terjumpa kereta Raja Muda Johor yang hensem tu. boleh pulak aku puji orang lain kan. alah, memang la anak raja ni kacak pon (RMJ ni la), kalau tak takde la kisah si Fasha Sandha suka kat die dulu kan. siap ada statement dari mak FS lagik kan. hahaha.....

kisah doa waktu solat jumaat tu aku tak sure lagi, sebab aku tak dengar betul2. nanti aku dengar baik2 hari jumaat nanti. kawan2 aku kata memang betul. Ampun Tuanku. patik hanya memuji raja muda sahaja, takde langsung niat untuk menyakitkan hati tuanku.

-----------------------
see, finally aku boleh jugak bergosip walaupun aku tengah marah kan?

4 comments:

kaizar said...

wah bahasa kesat!

jon hafkian said...

haha...tgh marah time tu.tu la pasal i xske marah2.nanti abis i menyumpah-seranah,mencarut-marut.

Khaliff Faid Eric said...

Sabar ye. Cliff pun pernah alami masalah yg sama. Hehe, jgn marah-marah dik.

jon hafkian said...

i x marah2 dah la.time tu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...