--------------------
eh, malam ni takde pulak orang berkompang bagai kat taman belakang ni? aman dunia. aku bukanlah benci aktiviti kemasyarakatan, kejiranan bagai ni. buma aku benci bila orang tak paham bahasa/ kurang di ajar. ada ke patut main kompang malam2 buta sampai kul 12 tgh malam. kadang-kadang sampai kul 12.30. ni bodoh ke bangang?
aku tak tahu la yang kompang tu sebab ada kenduri (waaaa,kalau kenduri memang sakan lah sampai seminggu kenduri) kahwin. aku pon tak tau kalau kompang ni aktiviti JKKK untuk anak-anak muda supaya dapat banteras gejala (bkn budaya ye) lepak. bagus niat. tapi niat tak menghalalkan cara. berkompan tu berpada-pada. aku memang nak buat report polis je kes ni. biar tau sikit orang-orang kat situ. gigih sangat berkompang sampai malam-malam buta.
---------------------------
kempen matikan lampu selama 1 jam? pendapat aku mudah. ni kempen yang sekadar publisiti. bukan untuk kesedaran terhadap pencemaran etc. tidak langsung.ada ke patut buat kempen waktu malam? matikan lampu 1 jam. hello, load factor untuk electricity waktu malam tu sikit la. kalau betul-betul sayang bumi, buat waktu siang. contohnya, pukul 12tgh hari. matikan lampu atau segala peralatan elektrik. barulah ada kesan sebab load factor waktu tu memang tinggi.
academically aku rasa idea bodoh buat waktu malam sebab load factor tu. aku tak payah jelas panjang lebar la tentang load factor. cuma, apa yang perlu difahami adalah penggunaan waktu malam kurang berbanding siang. effect hanya boleh dirasai dengan kurangkan beban kepada pembekal elektrik dengan kurangkan penggunaan pada waktu puncak ni. lagi satu kempen penjimatan, bukan kempen tutup lampu.
kenapa TIDAK kepada kempen tutup lampu? malam tu gelap. tutup lampu boleh mengundang bahaya, contoh pencuri boleh masuk. kita tak nampak. ataupun dicolek sebab jalan gelap. lampu takde. ataupun lampu jalan off, mungkin kemalangan. siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka jugak. fikir-fikirkan.
---------------------------
hello kerajaan Johor. apesal lampu jalan banyak off bila malam? jimatkan penggunaan elektrik ye? kalau kemalangan? ingat mata manusia ni ada night vision la ye? ni bukan tuduhan sebarangan. malam semalam aku drive dari Tebrau ke Skudai. lampu di flyover persimpangan jalan Skudai menuju ke arah Pulai, UTM, Pontian tidak berfungsi. no lamps. nak kasi orang terbabas ye waktu nak susur keluar ke atas flyover? bijak. lepas tu jalan tepi UTM (Jalan ke Pontian) pon lampu padam. jalan besar gedabak tu ada u-turn. bayangkan jalan setaraf highway 4lane ada u-turn dan lampu tidak di ON kan semalam.
bijak-bijak. patutlah banyak kereta tersadai kat tepi jalan sepanjang jalan ke UTM. lampu terpadam. accident? ye kot. lagi satu, PLUS ni bijak yang sangat. bhg lebuhraya ke JB ada tol, harga bayaran sangat mencekik darah. 1 tol (open toll bkn jenis amik tiket) berharga RM2.10. bayangkan jalan yang lebih hina dari Federal Highway. FH at least ada 6 lorong berlampu. JB 4 lorong tidak berlampu. FH ada 2 kali tol, orang Shah Alam bayar 1 kali RM1.00++, orang Klang byr 2x tol RM1.00++ dgn RM1.00++. sini, sekali tol RM2.10 untuk sejauh dari skudai ke JB mahupun Skudai ke Kempas yang berapa km tu je. lu pikirlah sendiri kesialan ini.
PLUS, reti pasang lampu tak kat highway bahagian bandar? lepas tol Skudai memang dah city stretch pon. mengada2 jimat kos RM2.10 yang dicekik dari kami untuk tambah kepuk mereka. bkn untuk kebajikan kami. we want lamps.
p/s- ada gaya mcm aung san suu kyi tak?
3 comments:
hahaha, abang pun da dipotong lepas tak bayar tiga bulan, sebab geram sangat dengan kelembapan internet. sekarang ni abang da tutup celcom, dan pakai umobile! aman sikit dunia, connection not bad. hopefully akan berpanjangan hendaknya...
Huhu, relax. Mcm bad mood je tulis blog ni!
@kaizar- JB takde coverage 3g utk u mobile.
@khaliff- i mmg geram sgt
Post a Comment