Tuesday, March 10, 2009

laporan kesihatan

tadi lepas habis kelas yang aku asyik bersembang sepanjang masa tu (huhu!), aku pergi la ke Pusat Kesihatan UTM. konon-konon nak amik ubat sebab aku ni sakit kepala (migrain ke?). sampai kat sana time daftar tu aku mintak nak check blood pressure. tak pasal-pasal time nurse (tapi die ni laki la) wrap lengan aku dengan alat untuk check tu, aku kene gelakkan ngn nurse (seorang makcik ye!). katanya aku ni muda lagi nak sakit2 kepala, bukannya dah kahwin pon. eh aku pon pelik la, orang kahwin je ke yang bole sakit kepala? cut.

tunggu giliran aku untuk jumpa doktor bukan main lama. dari cerita tamil tukar lintas langsung dari parlimen(interview ngn khairy) sampailah forum pasal bajet mini. akhirnya nombor aku dipanggil. aku masuk ke dalam bilik doktor. time die check tu banyak yang aku tanya. ni sedutan dialog aku dengan doktor.

doktor (D a.k.a doktor), aku (J a.k.a jon)

d: sakit apa?
j: sakit kepala
d: ada demam2 tak? muntah2 ke?
j: takde pulak
d: ok. kita check temperature dulu ye.

doktor ni pon amikla termometer yang sumbat kat dalam telinga tu. telinga nye ok n sumbat dalam telinga yang sakit ni.

d: suhu normal, kita check blood pressure pulak

die pon wrap la tangan aku. sakit gak wat bp check ni. tadi dah wat skali, ni skali lagik

d: tekanan pon ok
j: oh.... tapi saya sakit kepala
d: demam tak, pressure pon tak
j: tapi hari jumaat ari tuh telinga saya ada masuk semut/serangga. saya dah pegi klinik hari sabtu dan nurse check n kata takde semut lagi dalam telinga. ubat pon die dah kasi
d: oh, kalau telinga sakit tu mungkin kepala boleh sakit sekali
j: nurse kata semut dah takde time die check tu, tapi saya takde pulak rasa semut ada keluar dari telinga. semut ni boleh masuk dalam kepala ke?
d: eh, mana boleh. kan ada gegendang telinga.. sebab die ada attach dengan koklea etc.

doktor pon cerita la dengan panjang lebarnya pasal telinga dan betapa mustahilnya semut untuk masuk dalam kepala. aku puas hati dengar penjelasan doktor sebab kalau sebelum ni sama ada aku digelakkan doktor ataupon dimarahi doktor bila tanya soalan pelik2/fikir pelik2.

d: kita check dulu telinga awak la ye (sambil pegang alat yang paling aku takut lepas gunting, si pencocok telinga)
j: eh...takmoh, sakit cocok dengan tu (aku mmg phbia dengan alat jahanam ni)
d: kalau tak check macam mana nak tau condition telinga awak?
j: tapi sakit nanti cocok dengan tu (aku masih risau)
d: kita check sebab nak tau ada nanah ke, bengkak ke, etc. takpe saya check luar je
j: ok lah.... (aku masih risau, tapi terpaksa la)

doktor pon cocok la mende jahanam tu kat telinga aku. tapi tak sakit pon, n tak dalam die cocok, malah tak kene pon dinding telinga aku. cuma aku tau memang dalam cuma tak bersentuhan apa2 dengan gegendang atau apa2 dalam telinga. nurse ari tuh cocok sampai mcm nak terburai isi telinga dan memang sah kene gegendang la.

d: sakit tak?
j: ok...tak sakit

doktor keluarkan mende jahanam tu dari telinga aku.

d: semut takde pulak. tapi ada imej kaler hitam dalam telinga. tapi takde pulak gerak2. mungkin darah beku.
j: oh... ari tu nurse cakap telinga saya bleeding
d: oh, mungkin betul la darah beku. ok la, saya kasi ubat antibiotik kat awak... (ada la beberapa ubat die tulis)

maka, sekarang ni aku intensif makan ubat, titik ubat sebab nk cepat sihat. siap aku tanye doktor kalau tak nak makan pain killer takpe ke? die kata ok, set memang aku tak makan la. aku takut addicted pulak nanti. unless betol2 sakit, aku makan la pain killer.

p/s- panjangnya cite ni......

2 comments:

Clifford Elvin Eric said...

Ayo... teringat pula sewaktu gi pusat kesihatan pelajar time belajar dulu... hehehe

Anonymous said...

aku pon kena cucuk dengan termometer telinga semalam..
sebagai balasan dapat mc :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...