Saturday, June 25, 2011

Trip Taman Negara

minggu lepas bersamaan dengan 19 - 21 jun 2011, aku join trip Taman Negara dengan kawan-kawan sekerja (ATT n TOP). sebenarnya trip ni macam pengubat duka lara akibat daripada semua rancangan bercuti ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang dibatalkan. tak cukup participant katanya. entahlah. ok, kita sambung dengan Taman Negara ni.
me from beside
kalau nak ikutkan aku, hutan bukanlah dalam hierarki tertinggi kalau pilihan percutian aku. pilihan hati tetap sama:
  1. melancong (bandar), tak kira lah domestik mahupun antarabangsa
  2. tasik/pantai ataupun pulau
  3. baru la akan dipertimbangkan kalau kene masuk hutan
orang bandar.... nak buat macam mana. heheh... nyamuk sikit ak da tak boleh da. nak pulak kalau tidur dalam khemah, oh mintak dijauhkan la. lalalalala...... tapi da ni je aktiviti yang aku belum buat lagi untuk cuti-cuti malaysia 2011, jadi boleh la.
jumping in kampung orang asli
Taman Negara
rasanya tak perlu la nak cerita panjang lebar pasal taman ni, boleh google atau guna je wikipedia, Taman Negara. yang penting, taman ni adalah gateway untuk ke puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan. pintu masuk ke taman ni pun ada beberapa (kalau tak silap ada 4, Merapoh, Kuala Koh, Jerantut, Kenyir). kami menggunakan laluan Jerantut (laluan masuk paling popular), dengan menaiki bot di Kuala Tembeling ke Kuala Tahan (3 jam beb, kau mampu?)....

tapi perjalanan 3 jam dalam bot adalah sangat seksa (teringat lagu Ukays dulu!). sampai je di Kuala Tahan, kitorang disambut oleh pemandu pelancong (Abg Mat). yang pentingnya, kene jalan kaki daripada jeti ke resort Woodland (tempat menginap) dan paling menyedihkan, punya la besar resort tu, hostel kami terletak di tempat paling jauh daripada semua benda. macam terpinggir pulak rasanya.

itu ok lagi. bilik air takde lapik kaki, towel tak disediakan, kettle hanya ada 1 shj untuk 5 bilik yang kitorang menginap. oh, sangat menyedihkan. tapi semua tu tak mematahkan semangat juang. sebab makan di floating restaurant dia sangat sedap (sangat sedap hingga menjilat jari kelingking!)... sambal belacan terbaik wooo.... air sirap org kahwin lagik, masakan memang macam kat rumah la aku cakap. memang berbaloi.

apa yang best kat taman negara ni? pendapat aku, kepada pencinta alam ok kot. tapi la kan, sepanjang aktiviti di sana, tak banyak flora dan fauna pelik yang aku jumpa. night walk tak jumpa apa-apa pon (ok,ade sekor 2,tp kira macam takde gak)... time jungle trekking pon sama. aku trekking kat hutan rekreasi UTM pon boleh jumpa periuk kera. cuma canopy walkway die memang terbaik la.... mungkin lebih baik daripada yang ada kat FRIM tu. sebab katanya ini antara yang terpanjang di dunia. thrill gak la time naik tu. yeahhhh
canopy walkway
aktiviti yang menarik lagi antaranya, rapid shooting naik bot melalui 7 jeram. itu sangat-sangat best! aksi kejar-mengejar, menyimbah-nyimbah air ke bot lagi satu. memang nostalgia. dan mandi di Sungai Pahang. siap ada tali bergayut lagi untuk bergayut terjun dalam sungai. itu pon banyak memori yang best. pendek kata, trip Taman Negara ni ok la. fun and adventurous (sikit-sikit la time jungle trekking).
geng taman negara
boys in taman negara
modal yang dikeluarkan adalah, RM280 untuk pekej Taman Negara (makan, tempat tinggal, bot), RM5 untuk permi kamera (malangnya kamera aku penuh gambar yang tak sempat nak transfer).... sahaja

lain-lain perbelanjaan tu sendiri-sendiri la. macam aku takde kasut trekking dengan tracksuit, kene beli baru. insect repellent, makanan ringan.... banyak gak la beli sebab da lama takde stok barang-barang ni. disebabkan aku takde kamera, jadi semua gambar aku terpaksa la menumpang kamera kawan-kawan je. thanx lessa, mutt, ain, sha dll yang sudi snap gambar aku. hehhee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...