Saturday, December 25, 2010

newly opened sri rampai station

***aku menyampah btol nk tulis mende yg sama 2 kali ni.tadi rasanya dah tekan button save tu banyak-banyak kali supaya x hilang post tu.alih-alih,hilang tanpa khabar berita gak.

ok,aku off hari ni. yeahhh!!!! cuti, n merry christmas to all my friends (for those who celebrate). tahniah juga aku ucapkan kepada RapidKL (my former employer when i'm doing my internship last year), dengan pembukaan stesen sri rampai. stesen ni da 12 tahun ada, sejak pembinaan lrt di bahagian timur sini. tapi entah kenapa stesen ni tak dibuka untuk orang ramai.

setiap kali lalu, train hanya akan bypass sahaja stesen ni. curious gak apa yang ada dalam stesen yang tertutup a.k.a tak siap ni. ade hantu ke, kak limah ke.... eh, entah-entah ucop pon ade kt situ tengah cari si musalman anak kak limah yang dikatakan mati jatuh gunung kinabalu. hahaha.... percaya sangat benda-benda karut ni.

berbalik kepada stesen ni. setahu aku (ni information daripada orang dalam je,bukan secara rasmi pon), stesen ni sepatutnya mereka buka serentak dengan launching train 4 gerabak tu tahun lepas. tapi hampeh, train 4 gerabak tu daripada hanya ada 3 dalam perkhidmatan sampai sekarang da banyak, baru la stesen ni nak di buka.

katakan la mereka nak claim takut ridership tak justify pembukaan stesen ni. eh, wangsa walk tu sekangkang kera je daripada stesen ni. nak up sikit, sebelah die ada carrefour. kondo pon berlambak-lambak kat kawasan ni. sebab tu la stesen wangsa maju tu macam tin sardin cap parang da gayanya dengan jumlah penumpang yang tuhan sahaja tahu betapa ramainya. hahaha....

nasib baik la aku naik train dari taman melati, selamat boleh plih tempat duduk. ops.... ok la, enjoy the picture~

STESEN BERIKUTNYA, SRI RAMPAI....NEXT STATION, SRI RAMPAI
sri rampai 3
pandangan daripada entrance
sri rampai 5
concourse area, cantik kaunter di sini.
sri rampai 6
laluan turun ke platform
sri rampai 7
pemandangan yang menarik,rasa macam dalam shopping complex pula.escalator turun naik semua ada.
sri rampai 8
train kesukaan,train harimau (maybank)
sri rampai 10
platform 1 ke gombak (balik rumah!)
sri rampai 11
menarik tengok glass wall tu
sri rampai 13
platform 2 ke kelana jaya
sri rampai 14
tempat duduk baru.berbeza daripada stesen lain.kaler purple takde ke?hehehe~

p/s- sangat geram. daripada post english, hilang.... then tros mls nk speaking london katanya. tros tulis melayu. pastu xboley nak embed pic drp flickr pulak! sabar2.... ish. dugaan. mentang2 la aku malas nk post entry baru. sedap plak ko nk wat hal ye encik Highlanders~

Thursday, December 9, 2010

movie,karaoke dan minum malam

bagusnya aktiviti minggu ni. mula-mula minum malam. air buah pula tu. sah-sah hilang suara waktu kerja. sampai kene berdehem-dehem betulkan semula suara. heheh.... tahniah!

esoknya pula, pergi karaoke dengan kawan-kawan. nyanyi tak la sedap sangat suara ni tapi sental juga la. hilang suara kejap. lepas tu ok balik. ish2, kerja dah la kene guna suara.

malam ni pergi tonton cerita 'hantu kak limah balik rumah'. bravo mamat khalid! kritik sosial yang pedas. orang kita ni masih ramai yang percaya perkara-perkara tahyul. alam ghaib dan makhluk halus memang la wujud, tapi pengamalan perkara-perkara terlarang yang merosakkan kita.

sikap tak ambil peduli hal jiran, pun menjadi penyakit dalam masyarakat kita sekarang ni. tu baru kampung pisang, apatah lagi kita yang tinggal di bandar ni. entah-entah jiran sebelah rumah pun tak pernah bertegur sapa.

yang peliknya, kalau bergosip, mengata, mengutuk, memfitnah tu cepat pula kita ni nak buat. tak payah disuruh. orang cerita sikit je, habis dari se-inci dipanjangkan menjadi se-ela kisahnya. yang tiada dikatakan ada. semoga kita mengambil iktibar.

kampung pisang, kampung pisang..... yang pentingnya aku penat gelak dalam panggung wayang tadi. heheh......

Sunday, November 14, 2010

aku tensen!

aku da tulis pajang-panjang entry tadi.tapi.....internet da terputus, laptop plak hang! huhuh... konon-konon nak forced closed dengan yakin dan pasti akan ada recovery bagai. tapi hampa. last entry adalah entry semalam. hhuhuhuhu.... saya mengantuk lagi mau tido.esok nk kene pegi keje.huhuhu....... esok la tulis lagi entry baru. sob.sob~~

Saturday, November 13, 2010

anorexia nervosa

hye peeps.... lama da aku tak menulis entry baru. entry terakhir aku adalah 3 bulan yang lalu, kisah tentang kereta aku yang diambil semula oleh abah. so maknanya abah da balik malaysia 3 bulan la. welcome home, although it's not really his home. hahaha..... **uk is more like home to him.i know him very much.

sebenarnya kisah kali ni ada kaitan dengan tajuk entry ni. hehehe.... aku boleh dikatakan kecil, kurus dan pendek (ini kawan-kawan kat tempat kerja yang bagitau)... padahal selama ini aku fikir aku ni gemuk (tak la sampai layak masuk the biggest loser asia), tapi tak la sekurus dan sekecil yang kawan-kawan aku cakap. pendapat aku la.

seriously, aku pandang kat cermin... tgk muka aku lebar. tak cukup kurus. ak tengok orang lain lagi kurus (u know that ppl surrounding me mostly are skinny!). tu yang aku sering berasa yang aku ni gemuk. waktu sedang memandu pulang dari kerja, tiba-tiba aku terfikir kebenaran kata-kata kawan-kawan aku ni. mungkin apa yang aku rasakan sekarang ni macam orang-orang yang mengalami anorexia nervosa dan bulimia nervosa. sering merasakan diri mereka gemuk.

aku juga sama. perbezaannya aku tak tahan lapar, mesti nak makan (kalau kat utm dulu sampai 4 hari tak makan nasi pon ok lagik) dan sememangnya aku tak mahu menjolok tekak untuk keluarkan semula makanan yang aku makan supaya tak hadam. sebab utama, aku takut muntah. uweeek.....

'bmi ko tu normal ok', sorang kawan aku bagitau aku baru-baru ni. huhuhu.... ok2, aku kurus.

Monday, August 2, 2010

wegot a.k.a wigot in memory

hmmm.... cmne nak start ek.mcm ni la,sebenarnya wegot a.k.a wigot tu nama keta aku. kereta 4wd yang selama ni menjadi driver paling setia untuk aku sejak 2007. sekarang, khidmat aku sebagai penjaga da tidak diperlukan lagi sebab ayah aku da balik dari UK. sekarang abah da menetap di Malaysia. jadi kereta tu da balik ke tuan asalnya la. sedih pun ada, sebak pun ada. macam patah kaki pula rasanya. ye la, selama ni aku tak pernah rasa susah nak ke mana-mana sebab aku ada kereta sendiri.

sekarang aku nak pergi kerja pun kena tumpang orang. huhuh.... susah nya hidup. walaupun si encik wigot ni banyak menghabiskan duit aku dengan maintenance yang sangat tinggi tambahan pula fuel consumption yang sangat-sangat tidak menjimatkan. tapi itulah kereta yang dah mengangkut aku selama 3 tahun ni.

waktu aku pulangkan kereta tu ari sabtu time abah sampai kat KLIA ari tu, aku ada dengar suara sumbang dari anak sedara dorg. konon-konon aku tak pandai jaga kereta la, ape la... siap cakap dengan nada perli lagi, 'tu cat nape tanggal?'.... aku nak je jawab. 'hey anak dursila, sekurang-kurangnya kereta tu tak pernah accident langsung sepangjang jagaan aku. cat hanya terkopek di bahagian bumper je pon... tu pon sbb panas matahari', tapi aku tak la sekeji tu... aku jawab gini je. 'da kene panas, terkopek la die', si sial ni tanya lagi, 'tak letak bawah garaj ke?', eiiii nak aje ak lempang mulut sial ni, 'mana ada parking berbumbung kt utm tu', sambil tahan geram je aku. bodoh,bodoh,bodoh!!!!

kau tu kerja sebagai PAR je kt kementerian pertahanan. at least ak ni executive tau. hanjing lahanat punya mulut. abah tak de complaint pape pon psl keta. siap tulis dalam facebook lagik bgtau kwn2 die yang kereta die dijaga rapi oleh anaknya. bangga jap aku. well, it's true! sebelum ni ada 2 kali abah kasi sedara die jaga kereta. mula2 si sial tu, accident trok gle. pintu tak boleh bukak. tak boleh tutup la. macam2. sampai aku rasa enjin abis kene baiki.

yang kali kedua, kereta di jaga adik abah. anak die bawak tanpa lesen. accident depan umah. abis satu kereta kene ketuk, penuh ngan simen kaler merah karat tu. lepas tu baru aku dapat kereta. dengan keadaan yang sangat daif ok time tu. then only kereta ni di cat baru. mind u, tidak ada sebarang calar pada body kereta. cat hanya terkopek di bahagian bumper dan spoiler shj sbb kene panas matahari hari2. ternyata, aku lebih bagus daripada orang-orang terdahulu menjaga kereta tu. adik-beradik aku dengan abang ipar aku semua bnci ngn mamat cakap besar ni. hallu, ko punya gaji tu, tak sampai separuh gaji aku tau! ada hati nak mengata aku. blom lagik aku kata ko tu tak sekolah tinggi pon, sibuk nak mengata aku ni tak habis2 blaja kt utm tu. at least i've got my degree in electrical engineering. kau ada apo? nan ado!

Monday, July 5, 2010

tagging...tagging

tahniah KHAIRIE RAHMAN, anda telah berjaya membuat saya menulis semula di blog ini. huhuhu, saya kekeringan idea untuk membuat post baru. hari-hari penat bekerja, sampai rumah terus pengsan... (tp sempat gak la berfacebook dan ym sebelum tidur...hhehehe)

What color is your bedspread?
cream... bunga2 merah

Pick up the nearest book to you,turn to page 25 & read the first sentence.
no book lorr.lol. where to find a book?

Have you ever run a stoplight?
stoplight? redlight? kalo da balik umah past midnight, ada hati lagik nak tunggu sorang-sorang kat traffic light? even kat jln yang deserted? hohohoo... takut bai.

What time did you get up today?
12 perhaps...heheeh

Did you smile in your driver’s license picture?
i think so... i even smile for my matric card during uni time. n KHAIRIE RAHMAN, kita sama la, driving license tu pakai pic f4.. hahaha

What is your favorite smell?
CK... one,crave. i'm planning to buy the euphoria or summer 2010. which 1 is better ha?

What color is the shirt you are wearing?
putih

Have you ever had a car accident?
last time is when I first got my 4WD, langgar keta orang time reverse. x besa maaa, keta tinggi n tak nampak die park belankang keta aku. patutnya keta ni letak la reverse sensor. huhu... yg penting, keta tu kemek gile pintu die... keta aku? langsung tak bercalar pun. lol.


okeh.... sape plak yang nak di tag ni? *pura-pura pikir jap. teeetttt, sape2 pon la yang rasa nak buat. so, xde paksaan la jawabnya. heheh

Saturday, June 26, 2010

nombor busuk

kisah 1

semalam ak dpt kol....mcm besa la ak jawab. tapi bila nak mintak nombor telefon, ak tersebut 'encik boleh saya tau nombor telefon yang BUSUK tu?'....
'ape die?'
'errr,nombor yang ada masalah tu...'
'ooooooo.....0333******' die bagitau nombor telefon die
kawan kat sebelah ak da gelak guling2 da. ak pon sepanjang kol tu x bole tahan gelak da. ni bukan lagi slip tongue. ni slip word, slip sentence semua da. perghhhh..... malu seh time tu. maunya QA tap call aku ni, for sure jadik bahan nye kena gelak guling-guling atas lantai. hahaahh..... *malu

-------------------------
kisah 2

semalam mentor aku tap kol, time tu giliran kawan aku kena dengar kol die. pastu headset die x letak betul-betul. sebab malu dengar kol sendiri. katanya. lepas tu,ak terus cakap kat mentor,
'encik, nanti kalau nak tap kol saya bagitau je yang mana fatal. saya tak mau gelak guling-guling atas lantai dengar suara sendiri'
'okey'

***lepas beberapa minit

'awak ada kol x sekarang?'
'takde'
'okey,sekarang boleh dengar kol'
gulp, 'okey....'

*dalam hati aku, matilah ak gelak gile-gile nanti

tapi aku dengar, emmmmm.... not so bad la my voice kalo dalam phone. cuma ak cakap terlalu laju macam kene kejar dek ribut taufan. hahaah..... btw, my call has no problem. mentor tersilap tap, sebab report yang fatal tu milik orang lain, aku hanya update sahaja. done!

--------------------------

kisah 3

sorang kawan aku cakap semalam
'i know somethin u know that u don't want me to know'
huaaaaaa...... apa yang die tau?
emmm, ak pon xtau nak cerita yang mana satu. rasanya da abis cite kot.

Sunday, June 20, 2010

menyesal

ak x patut cakap ak menyesal dgn semua yg terjadi. ak x menyesal. ak bersyukur ak kenal kau. walaupun kau buat macam-macam kat aku,aku terasa diri dipergunakan... tapi aku tetap buat-buat yang aku ok. takpe la, kau dah dapat kebahagiaan yang kau cari kan? kau campak aku jauh-jauh dari hidup kau lepas aku dah tak diperlukan. atau aku yang mencampakkan diri aku sendiri? ahhhh... sama je. apa bezanya? yang penting, perpisahan itu jalan penyelesaian terbaik. menangis air mata darah sekalipun, kau tetap berbahagia kan? tak pe la. aku doakan yang terbaik. cuma apa aku cakap pada kau tu, aku tipu. aku tak menyesal kenal kau.



Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan Lirik

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Tuesday, June 15, 2010

rejection

saya benci perkataan ini. bulan ini je sudah 3 kali perkataan ni diulang. kali ketiga adalah sebentar tadi, ketika aku menyemak isi kandungan email terbaru. antara butirannya, terima kasih kerana bla bla bla, kami sangat menghargai bla bla bla, tapi kami BLA BLA BLA. shit. menyampah.

mood: emosi.

Monday, June 7, 2010

lagenda budak setan



huhu....aku masih dalam mood LBS. hati masih sebak, lebih-lebih lagi bila teringatkan scene(s) favorite yang memang menjadi punca air mata luluh di pawagam tadi.

dalam post lepas aku ada berjanji nak buat pre review tentang cerita ni. tapi disebabkan jadual kerja aku yang terlalu ketat minggu lepas, jadi hajat tak tercapai. sempena hari ni hari cuti aku, so tak busy sangatlah. bolehlah nak mengarang sket. hehehe....

pre review sebenarnya aku nak tulis pasal expectation aku daripada filem ni. normal la sebagai seorang peminat dan pembaca setia jiran belakang rumah aku a.k.a Ahadiat Akashah, untuk meletakkan batu aras untuk filem adaptasi daripada karya agungnya.

macam biasa, aku bukanlah terlalu mengharap filem ni akan memenuhi segala penceritaan novel. untung juga sebab aku dah terlupa banyak plot cerita ni sebab sudah lama aku baca novel ni. no wonder la kalau terlupa (sorry AA). apa yang aku harapkan hanyalah penceritaan kisah cinta Kasyah dan Ayu sangat mendalam. sangat terkesan di hati. itu sahaja. huhuu....

so, lepas tengok cerita tu sendiri tadi adalah beberapa perkara aku boleh komen. walaupun bukan movie maniac dan tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang perfileman, namun aku punya sedikit pendapat yang rasanya boleh dikongsikan bersama.

bagi aku, penataan bunyi kurang la. lagu dah best, tapi masih tak cukup... bunyi-bunyi latar kurang. masih belum menepati citarasa aku. lakonan pun kurang, tapi yang sangat-sangat menonjol lakonannya adalah Que Haidar. bravo bro! kau memang hebat. Fazura pun sangat bagus. go go Fazura!

plot agak longgar, atau lakonan yang sebenarnya bermasalah sket. sebab kisah betapa Sasyah dan Ayu mencintai satu sama lain hanya dapat aku rasakan selepas diorang berpisah. bila Ayu terpaksa kahwin, dan bergaduh dengan Azmi. dan bila Kasyah balik ke KL, kerja dengan si Amylia. time tu barulah rasa yang dorang betul-betul head over heels.

scene kesukaan...... scene Ayu bergaduh dengan Azmi. OMG, superb! no words can be use to describe on how i'm really impressed and fascinated with such lovely scene. walaupun sebenarnya itu adalah scene bergaduh. lakonan QUE dengan Lisa Surihani sangat bagus masa ni.

tribute to Fazura. i like all your scenes. all of it. i'm your big fan, so people may say that i'm biased. but i really like your acting. sangat bagus! jeles yang melampau, sedih bila Kasyah nak kahwin. scene toilet sangat cantik!!!

camera angle memang cantik, scene kampung sangat cantik. suka sangat! tapi aku berangan kalaulah Khabir Bhatia yang arahkan filem ni, atau filem sambungan. kalau boleh vote untuk pengarah sekuel filem ni, aku akan vote untuk Khabir Bhatia. (bias again, hehehe)

****tambahan

tadi aku terbaca komen-komen di youtube, ada yang kata filem ni melayu terbest di abad ni. bagi aku filem ni memang best, tapi bukan paling best. sebab aku masih lagi kata filem Cinta dan Sepi lebih bagus. dengan Sepi mendahului carta di tangga pertama, diikuti rapat oleh Cinta.

oh, if i have another chanco to vote next director for the sequel i'll choose Rudi Soedjarwo.

Monday, May 17, 2010

may outing with fren

me n syuk... pic goyang,zino la ni
me,zino n syuk
me n zino

i've so much fun with fren during this weekend. on saturday we went to The Mines, although the place is a bit so-so but hey, that's the first time i've been there! i haven't had chance to go there before due to my time normally spend in JB. so, welcome to The Mines (sorry no picture,huhu).

actually the main purpose we went there are to have a photoshoot with Cliff but after several hours of waiting, he seems to not meet us there. maybe there's emergency that we may not know. chill mate! haha... guess what? syuk got his new phone! the nokia xpressmusic 5530, sparkling brand new han phone to replace his 2-weeks old nokia X3 phone. pergh.... what a waste of money to spend on phone (i mean in a short period). but, what do we expect from a shoppaholic like him n me n others (hahah...i know lots of our frens do shops like us), it's shopping spree!

spend our night at Q-bistro in Bdr Seri Permaisuri (near to my alma mater). having a cup of Q-bistro white coffee. the aroma of coffee really make my day. fuh! and of 1st day of my weekend.

----------------
hari kedua (tulis melayu plak la...hehe) kitorg g Mid Valley plak. meet-up kitorg dimulakan dengan janji melayu. aku sampai 1 jam 10 minit lewat. zino sampai 10 minit kemudian. hehehe..... sian syuk tunggu sorang2 kat McD. sori... huhu.

bila semua ahli mesyuarat cuci mata sudah sampai, kitorang pun terus pegi makan kat food court yang kat level atas skali tu. menu, korean. nama da x ingat da. ape tah. rasa, bolehlah tahan. not so bad. too much vege (i don't hate vege,but i don't like too much vege on my meal). sambil makan, sambil bersembang (juga cuci mata!)

tros plan tgk wayang (arghhh...jap g nak tulis review wayang ni!). ironman2 syuk da tengok last week, zino plak tak tengok 1st movie. so plan tgk cite 'nightmare at the elm street'. aku memang tak suka tgk cite2 seram ni. takut menjerit dalam wayang katanya! haha.... tapi tgk waktu tayangan mlm daa... so terpaksa cancel, tgk cite lain. cerita dari Indonesia la. 'suster keramas'... macam cite hantu. da kecewa tak dapat tgk cite frddy krugger tu,suster pon suster la. janji seram.

review movie suster keramas.
rating= 0.5
kepuasan= seram rm4, seksual rm6, senyap rm2....

start je cerita da choy, senyap sepi je wayang. ingatkan tgk cerita bisu. rupa-rupanya memang dorang tak pasang bunyi, kurang RM2 kalo macam ni nilai tiket tadi. huh, membazir! lepas tu ok la, scene kat kubur dengan dalam kereta.... agak menyeramkan. memang tgk berfilter la aku (takde selimut, guna jari pon bole la... janji bukan direct view from my bare eyes (although i wear contact lenses,huhu).

tapi.... bila start cite kat rumah, adeh... cerita seram berubah wajah jadi cerita lucah! macam-macam aksi dan scene-scene yang tak disangkakan akan ditayang di pawagam. pergh.... tidakku sangka mengapakah jadinya begini? hahaha.... yang datang tgk mostly couple dan kami bertiga, 3 orang lelaki tanpa teman (pria kesepian!) huhu....

pendek kata. jangan la tonton filem ni walau apa pun alasan anda, download sahaja. tak payah nak bazirkan wang anda tu. banyak lagi filem yang bagus untuk ditonton. huhu.... tapi aku tak dapat tahan gelak sepanjang jalan waktu balik. mcm mana la kitorg boleh tertengok cerita tu. hehehe....

okeh, tamat cerita sepanjang hari minggu ku. nanti kalau ada aktiviti menarik bolehla aku update kat blog ni. chow sin chi!

*p/s-spoiler for next entry, LAGENDA BUDAK SETAN pre review.

Wednesday, April 28, 2010

sesekali mencintai kehijauan


saya tertekan minggu ni. minggu lepas saya sdah mengamuk di tempat kerja. bila company yang saya pergi interview hari tu nak call? ke saya dah kena reject? tolonglah bagitahu. saya tertekan. tapi saya suka kehijauan (nak kasi relate ngn gambar dan title...hehe!)

Thursday, April 22, 2010

besar periuk besarlah keraknya


sekarang ni baru pukul 5 pagi. semua orang kat rumah aku sedang lena di buai mimpi. ala, orang-orang lain pun sama gak. nak-nak pulak sekarang ni tengah hujan renyai. sejukkkk!!!!nape aku bangun awal sangat ni?hahaah....sebenarnya ada cerita sket nak dikongsi untuk menjadi renungan bersama pembaca-pembaca blog ni yang tak begitu nak ramai (ah...penting ke ramai pon?)

tadi (rabu, 21 april 2010) waktu dalam kelas kami duduk-duduk saje mengenang nasib masing-masing yang tak tahu apa akan terjadi. sama adadi buang kerja, ataupun dikekalkan dengan cara mengulang semula ujian.... ataupun masuk ke kelas pemulihan. kami sendiri tak tahu apa yang akan terjadi. trainer ni pulak tak boleh nak diharap. duduk kat depan kelas lepas tu panggil sorang-sorang tanya kenapa fatal. lepas tu tanya, trainer dulu tak ajar ke? wah... sedap nye mulut orang tua ni, aku fatal sebab ko tak ajar tau tak? bengong betul nak salah-salahkan orang lain pulak.

cermin diri sendiri dulu sebelum enuding jari ke arah orang lain. patut pun die ni dibenci oleh semua (yup, semua) classmate aku. tak perlulah aku nak describe setiap perbutan dia yang menyakitkan hati kami. cukup untuk diceritakan yang dia ni dibenci.

lepas lunch, dia ada sembang-sembang sket. konon-kononnya kasi motivasi kat mereka-mereka yang fail ni. kata rezeki tu ada kat mana-mana. even kat sini da x boleh cari makan, tempat lain still boleh lagik. good point. tapi tiba-tiba dia tanya, 'takde sapa ke yang ada buat kerja selain drp kerja ni?'..'saya sendiri pun ada kerja part time,gaji kat sini tak cukup'....

opsss....wrong question and wrong audience. trainer aku yang lama tu sangat berbeza. sangat mulia kalau nak dibandingkan dengan dia ni. dulu aku pernah tanya dengan trainer lama aku. 'kenapa encik jadi trainer?'..die jawab mudah je. saya jadi 1st level, lepas tu saya jadi 2nd level, expert team... tapi gaji yang saya dapat tak berbaloi dengan kerja yang saya buat. 'senang sangat ke?' aku tanya lagi... dia angguk. 'ye la, awak buat ape je kat sini, tapi dapat gaji banyak tu sebab tu saya kata mudah'... ada kebenaran di sebalik kata-kata trainer ni.

nak dibandingkan dengan trainer sekarang ni... hmmmm, patutlah mengajar macam tak ikhlas je. tengah-tengah waktu kelas tiba-tiba hilang, MIA. rupa-rupanya pergi lunch. WTH! susah sangat ke nak inform kat kelas. lepas tu bila kita tanya lepas ni buat apa, masuk kelas nanti pukul bape, esok masuk kul bape... jawab die mudah 'nanti saya kol'. eleh, mcm la die kol semua orang. dah la tak consider langsung. arghhh.... tension dengan die.

apa kaitan cerita ni dengan tajuk sebenarnya? kita hidup ni sentiasa tak puas. gaji tu dah banyak, masih lagi tamak nak lagi. bukan tak boleh... cuma sikap tu membezakan kita ni orang yang bersyukur dengan orang yang tak pernah puas. kalau korang jumpa orang yang macam ni korang akan nampak bezanya. aku dah mengalami, anda bila lagi?

Wednesday, April 14, 2010

sometimes it's better to remain silent

keep silent and everything will be fine. hahaha.... enjoy my latest (not so latest la!) picture....


Tuesday, March 16, 2010

Surprise!!!!!

all 5 of us... Kaizar, Syuk, Shah, Acap n Me
gandingan hebat Acap n Me utk surprise party ni
Me, Kaizar, Syuk n Shah... sesi memotong kek
Me, Syuk, Shah n Acap
Kaizar, Mac, Syuk n Me... at another surprise party (Along)

last weekend (particularly on saturday night), we throw a surprise party for our fren Syuk due to his 25th birthday. it's a surprise, so not many friend were invited to the party. it's unintentionally and we never plan to exclude any of our close fren (u know who?) to join this party.

firstly, this party should be done in KTV karaoke in Imbi Plaza. but Acap n me were in Gombak (still on the way) and we can't make it on time to Bukit Bintang. so we change the plan (which is no. xx plan) to the latest plan. throw a surprise party at A&W next to McDonald Bukit Bintang.

to make things clear, i don't expect that there will be only 5 people (which i expect more than that at first) participate.... so, do we have to wait for other people to come just to start the party? hello, it's surprise.... so, make it as soon as possible as the cake arrive (it means me n acap, who bring the cake) or it'll won't be surprise anymore. n.... it's not a PRIVATE PARTY. none of us intentionally make this party as private. NEVER.

so, sorry from deep of our heart if anybody felt hurt, forgotten, etc because they are not invited. sorry.

*happy birthday to Syuk!!!

Thursday, March 11, 2010

interview and Mid Valley outing

with Syuk at the main entrance
pic berangan
in front of the Alice in the Wonderland deco
Kaizar, Syuk and Me....

someone is missing, isn't it? yup, he's badly injured and hardly walked due to accident last week. btw, get well soon! we'll gonna have a great weekend this week if my brother didn't spoil my weekend plan. benci!

regarding to the interview that I attend yesterday (Wednesday, 10 March 2010), it was unbelievable. i thought that they'll shout at me, or being sarcastic or even condemn me. these all the forecast that i expect from the interviewer. but no, they are all good. there are 3 person who interviewed me. manager, assistant manager and a supervisor. a malay, chinese and an indian. 1 Malaysia sangat!

1 of the memorable thing is when the manager mention that he haven't met anybody like me. nobody that he interview before raised the issue like i do. well, for me that issue is the most important thing in one's life, so i come out with it. oh, not forget to mention that they do entertain me with the overview of work things like working environment, job description, shifts, off-day (only work for 15 days per month), allowance (not so much about this), annual leave.... and the most important thing is they took me to a short visit to the Main Control Room (MCR) where they work and where i'll be assigned if i get this job. huhuhu.... bestnye!!!!

*lupa plak tanya psl gaji. hhaahah....

Tuesday, March 9, 2010

esok!

hari yang paling mendebarkan akhirnya tiba juga! aku tak sangka akan dipanggil untuk interview selepas tamat belajar ni....err, maksudnya apa-apa jawatan dan kerja yang berkaitan dengan bidang yang aku pelajari di universiti dulu.

ye la, zaman sekarang ni. kilang pun kekwat (wah, guna word nih!). sakit je hati bila bukak email sekarang ni. position closed la, mcm2 la. tapi TUHAN itu MAHA ADIL, aku akhirnya dapat juga panggilan telefon yang aku tunggu-tunggu. yeah, i got to be interviewed tomorrow!!!!

i'll do my best. thanx to all my frens and my family for supporting me.

Monday, March 8, 2010

font


kerana request kawan2, aku pun akhirnya besarkan semula font size dalam Highlander ini. akhirnya, blog ini kembali kepada keadaan yang asal. huhu.... takpe la, yang penting boleh dibaca dengan jelas kan.

baru-baru ni aku dikejutkan dengan pelbagai berita yang hangat sensasi lagi terkini. sehingga menyebabkan fikiran aku semakin kusut masai. pening memikirkan masalah yang tak sepatutnya aku terlibat. kenapalah aku ni malang sehingga boleh menjadi mangsa keadaan.

diluah mati mak, ditelan mati bapak. aku ibarat mentimun, aku menggelek pun luka, digelek pun luka. menang jadi arang, kalah jadi abu. aku tetap akan kalah walau apa pun pengakhiran cerita itu. aku benci bila berada dalam keadaan begini. BENCI!!!

aku kesian kepada mereka-mereka yang terlibat, tapi terpaksa kesiankan diri sendiri terlebih dahulu. entah kenapa, aku terasa yang diri aku dikhianati. siapa yang mengkhianati.... itu aku kurang pasti. siapa yang boleh dipercayai, itu pun aku tak tahu. semuanya nampak sama. bermotif!

*p/s- aku penat!
--------------------------------------

Lirik Lagu Ressa Herlambang - Menyesal

Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Reff:*


Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**


Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Back To Reff:* Dan **

Back To Reff:* Dan **

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

powered by lirik lagu indonesia

Thursday, March 4, 2010

lucky or not?

hari ni boleh dikatakan malang bagi aku. pertama sebab aku lewat keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja. jadi aku sampai lambat. tapi aku tak perlu bersusah payah untuk mencari parking sebab sekarang dah tau port parking yang mudah dan murah. heheheh, thanx Asrol.

kedua, duit aku telah ditolak sebanyak RM200 daripada Maybank aku atas kelalaian aku sendiri yang menggunakan kad Visa Debit yang baru aku perolehi pagi tadi dengan bersusah payahnya. jadi aku perlu menunggu selama 3-7 hari bekerja untuk mendapatkan semula amaun RM200 yang aku tak gunakan walau se sen itu pun.

kisahnya begini, aku ter slot in Visa Debit card tu dalam machine kat pam minyak. jadi automatically die akan tolak RM200 daripada akaun aku. ****, aku tak tahu plak. padahal aku langsung tak gunakan langsung duit tu untuk isi minyak. aku hanya bayar pakai duit cash sahaja sebab kad aku di eject semula sebelum amaun minyak dapat aku pilih.

jadi aku call la toll free maybank2u yang susah nak mati tu. sangatsusah nak menembusi talian dia. akhirnya dapat gak aku cakap dengan CSR maybank tu. tapi tak sempat aku cerita panjang masalah aku, kol termati sebab ada msg masuk. hanjing btol la msg tu. aku check, rupa2 nya ada anonymous sender hantar msg merepek2 kat aku. WOIT, jangan ganggu ketenteraman orang boleh tak? BODOH!

peristiwa dalam kelas tadi lagi la kelakar. ada group yang present pasal streamyx Nilai Package, lepas tu dia tanya soalan dan kasi reward to those that can give answer. aku pun jawab la dengan bangganya. dan jawapan itu......BETUL!die pon kasi la reward nya, SEBIJI GULA-GULA. malu gila muka aku time tu. huhuhuhu......trainer da suro pegi amik kt depan,tapi aku buat bodo je. ahahaha......

lepas tu time balik aku keluar dengan kawan-kawan aku. tapi terpisah lepas dari lif. aku ikut geng lain untuk ke tempat kereta. ada sorang dak kelas aku ni die kata, 'bro ko memang serius COOL la'..... aku pon, boink. cool on what? die pon sambung lagik 'ko punya jalan memang bergaya la'.... pergh, kasut aladin, memang la jalan pon macam CEO je gamaknya. kalo aku pakai sneakers, da sah2 jalan aku tak macam tu kot. hahaahah.....

finally, time da nak dekat ngn kereta aku sempat bersembang ngn dak yang ckp guna british accent. die mmg bole jadi IVR la kata trainer. dengan kawan die pon sempat gak aku bersembang. yang penting, kereta aku tetap menjadi perhatian. lebih dari tuannya. huhu.....

Monday, March 1, 2010

kerja malam

aku akan memulakan sesi latihan di Taman Tun Dr. Ismail esok (2nd March 2010). jadual pertama untuk aku adalah pada pukul 4.30 petang. maknanya aku perlu balik pada tengah malam. huhuhu.... ada jugak terfikir kenapa aku beria-ia nak sangat kerja ni padahal tak standard man pun (u know la kn!). sanggup lagi bila diorang tanya boleh kerja syif tak, padahal bila trainer kasi timetable hari tu terus aku mengeluh. hahaah....

antara koleksi alasan/soalan
1. mana ada public transport kalau balik tengah malam.
2. ada parking ke provide by company?
3. kalau masuk pagi/ 7.30pg, sempat sampai ke kat TTDI tu?

tapi, my trainer jawab mudah je..... CHALLENGE!!!! so i must take it as challange. no matter what, this is what i've to face. like it or not. it's the reality of life. i need to be patience, everything will be fine! (actually we cannot use word fine when ppl ask we're ok or not!)

so, i've made up my mind. i'm gonna buy the RapidPass so that i can use it whenever i travel to work by public transport. else, i'm just drive to office if it's evening shift. pergh.... sanggupkah aku? i can do it! i know i'm good at making decision. hahaha... masuk bakul angkat sendiri!

now i can feel the burden and strees where most of the working ppl feel. huaaaaa...... aku sudah start main farmville sebab tension di tempat kerja. actually i'm not that stress. i'm just felt tired everytime i reach home after work. so i need something to release.... and i found the application that has been promoted by my friend long time ago. last time i decline for the reason that i might be addicted to this application once i play it.

and, it's true. hahahaah. proven!

Friday, February 26, 2010

demam

aku dah terasa tak sedap badan sejak hari pertama kerja lagi. selesema yang tak berhingus, sakit tekak tanpa batuk mahupun kahak, badan terasa demam tapi suhu masih tak panas.

mungkin ini salah satu daripada simptom kepanasan melampau yang dialami oleh negara kita sekarang ni. jadi badan kita pun sukar untuk menerima perubahan yang mendadak sehingga menyebabkan perubahan daripada sihat kepada kurang sihat. huhu....

semoga aku akan sentiasa sihat walafiat
-----------------------------

semalam aku ada ym dengan kawan aku, zul yang sedang menuntut di Oxford Uni. dia cakap die nak pergi bercuti ke Bandung September nanti waktu raya. aku pun menggatal la kata nak ikut. die kata ok, so on je la. sekarang ni tengah kumpul duit nak beli flight ticket dengan duit perbelanjaan di Bandung.

mungkinkah percutian ni akan menjadi kenyataan? nanti aku pastikan semula selepas dapat membeli tike flight. huhu....

*semoga mimpi menjadi realiti. amin.

Thursday, February 25, 2010

sedihnya hati ini

ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya time brunch da hujan..... huhuhu....

tadi aku menggatal check nama aku kt dlm trainer list utk next placing for training. guess what? i'll be located in TTDI. TTDI? OMG!!!! pukul 7.30 pagi da report duty. matilah!

*terimalah dengan redha.

Wednesday, February 24, 2010

sayang entry

this entry is actually not about sayang-sayang thing. it's actually about how i'm very reluctant to post a new entry for today even i have something to post about. haahaha.... even after a few months my mind blocked from writing and it's getting lousy day by day due to my daily behaviour, laid back.... no activity..... tido... haahah, all sort of thing that do not really requires me to use my critical mind. haahha.....

why am i saying that i sayang entry tu? actually i sayang the previous entry which is full of beautiful pictures taken by Sony Cybershot with Sweep Panorama
thanks to Kaizar for being generous to bring that superb gadget everywhere we go. so, we have all the opportunity to snap our picture... either it's posing maut giler babeng (u know what) or snappy snappy candid camera. i like it so much!

------------------------
so today's story.... it begins like this. at 8 in the morning, i've gone out from home to work. walking to the bus stop in about 3-4 minutes. waiting for the bus about 2 minutes (ok la kan?), so i just look at the destination (lebuh ampang) and assume that i've taken the correct bus since i need to go to Jln TAR.

however, the bus do turn to Sentul. eh, i thought this bus will take the normal route like the other buses (Jln Gombak- Jalan Pahang- Jalan TAR). instead, it goes through the Sentul and i've to bear with all the resistance (traffic jammed) in Sentul. oh WTF! i must've taken the wrong bus. so, this morning i waste my precious 10 minutes by taking wrong bus. huhuhuhu......

*moral of the story. do study the bus route, don't just simply look at the final destination (not the movie title) or u will end up like me.

Tuesday, February 23, 2010

february update

camping.... camp1 and camp2 members. introducing my friends, from back... Syuk n me. in the middle, Kaizar, Ekan, Kamrul, front Yusri. a great and enjoying moment in Sungai Congkak. lost in Sg Congkak Idol during the dangdut cycle. heeheh.... i forgot the lyric. JGN LUPA LIRIK!

first time i eat Sushi King (CNY and VD) at Berjaya Times Square. i'm not really into eating uncook (or pre cooked) dishes. but i never (or i try not to) dissappoint my friends request, so i just follow them. hehee....

in LRT to Bukit bintang with Kaizar and Ekan (not in da picture) for the CNY and Valentine Day celebration (however, i don't celebrate VD)....

actually this is January outing with Syuk, Kaizar and Ekan. hanging around Bukit bintang for the whole thursday evening with u guys is so exciting. i'm looking forward to do it again in da future. smile!!!
--------------------------

now i'm officially working and no more unemployment stamp on my forehead. hahaah..... so it's gonna be a tough (is it that tough?) 2 months training without MC (how am i gonna survive this?), without annual leave but all i have is i got da salary which i can't obtain if i stay at home (heheeh).

i'm thinking of joining the next group agenda which is the island trip (it would be Redang trip). but i'm not sure if the training end during the day of our trip. if not i've to miss it and say bye-bye. huhuhu..... i wanna go snorkeling, swimming (although i can't swim).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...