Saturday, December 25, 2010

newly opened sri rampai station

***aku menyampah btol nk tulis mende yg sama 2 kali ni.tadi rasanya dah tekan button save tu banyak-banyak kali supaya x hilang post tu.alih-alih,hilang tanpa khabar berita gak.

ok,aku off hari ni. yeahhh!!!! cuti, n merry christmas to all my friends (for those who celebrate). tahniah juga aku ucapkan kepada RapidKL (my former employer when i'm doing my internship last year), dengan pembukaan stesen sri rampai. stesen ni da 12 tahun ada, sejak pembinaan lrt di bahagian timur sini. tapi entah kenapa stesen ni tak dibuka untuk orang ramai.

setiap kali lalu, train hanya akan bypass sahaja stesen ni. curious gak apa yang ada dalam stesen yang tertutup a.k.a tak siap ni. ade hantu ke, kak limah ke.... eh, entah-entah ucop pon ade kt situ tengah cari si musalman anak kak limah yang dikatakan mati jatuh gunung kinabalu. hahaha.... percaya sangat benda-benda karut ni.

berbalik kepada stesen ni. setahu aku (ni information daripada orang dalam je,bukan secara rasmi pon), stesen ni sepatutnya mereka buka serentak dengan launching train 4 gerabak tu tahun lepas. tapi hampeh, train 4 gerabak tu daripada hanya ada 3 dalam perkhidmatan sampai sekarang da banyak, baru la stesen ni nak di buka.

katakan la mereka nak claim takut ridership tak justify pembukaan stesen ni. eh, wangsa walk tu sekangkang kera je daripada stesen ni. nak up sikit, sebelah die ada carrefour. kondo pon berlambak-lambak kat kawasan ni. sebab tu la stesen wangsa maju tu macam tin sardin cap parang da gayanya dengan jumlah penumpang yang tuhan sahaja tahu betapa ramainya. hahaha....

nasib baik la aku naik train dari taman melati, selamat boleh plih tempat duduk. ops.... ok la, enjoy the picture~

STESEN BERIKUTNYA, SRI RAMPAI....NEXT STATION, SRI RAMPAI
sri rampai 3
pandangan daripada entrance
sri rampai 5
concourse area, cantik kaunter di sini.
sri rampai 6
laluan turun ke platform
sri rampai 7
pemandangan yang menarik,rasa macam dalam shopping complex pula.escalator turun naik semua ada.
sri rampai 8
train kesukaan,train harimau (maybank)
sri rampai 10
platform 1 ke gombak (balik rumah!)
sri rampai 11
menarik tengok glass wall tu
sri rampai 13
platform 2 ke kelana jaya
sri rampai 14
tempat duduk baru.berbeza daripada stesen lain.kaler purple takde ke?hehehe~

p/s- sangat geram. daripada post english, hilang.... then tros mls nk speaking london katanya. tros tulis melayu. pastu xboley nak embed pic drp flickr pulak! sabar2.... ish. dugaan. mentang2 la aku malas nk post entry baru. sedap plak ko nk wat hal ye encik Highlanders~

2 comments:

Kaizar said...

yeah first to comment! keep up with reporting updates!

jon hafkian said...

nk update ape lagik ek?ari tu ade amik picture new look lot10 b4 they launch the YES.tp pic huduh....huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...