Tuesday, July 12, 2011

Facebook deactivated

pejam celik...pejam celik...dah 3 tahun aku menghambakan diri dengan Facebook. ada apa dengan Facebook? takde apa-apa pun. suka-suka je. tapi kat facebook la aku dapat jumpa kawan-kawan lama, dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti sampailah ke tempat-tempat kerja aku. dunia tanpa sempadan, dulu ada secret admire tengok dari jauh je, bagitau pun kawan rapat je. gelak2 sesama sendiri je. takde maknanya nak expose kita suka orang tu. unless betul-betul serius nak couple ke. lain cerita.

sekarang senang, suka je.... zuppp terus add friend. tau-tau dah approve friend request. tapi kita da ada secret admire baru pulak. hehehe.... ***orang sekarang pakai internet jalur lebar berlajuan tinggi, mana ada pakai dial up lagi da. lalalallaalala~

tapi disebabkan Facebook ni bersifat terbuka... segala yang tersirat di hati boleh terus diluah di sana. salah ke? itu page kita kan? well, kalau tak suka hide je la kita dari wall mereka. takde la tertempek luahan hati lara jarum emas tu. susah-susah sangat, block je tak pun delete dari friend list. senang cerita. noktah.

Deactivating my Facebook Account
***encik mamk, saya pinjam picture awak tau. jangan kata saya plagiat pulak. heheeh.....

april 2008-july 2011.... akhirnya aku ambil keputusan untuk deactivate account facebook aku. sayang, sebab kat situ la aku punya phone book, event reminder, sticky notes, album gambar (nak bukak hdd memang takde masa la nak belek satu-satu), gossip~ sebab yang aku bagitau kawan-kawan, aku kena usaha untuk cure addiction aku terhadap facebook. tapi tu sekadar alasan je, memang aku deactivate sebab aku sakit hati. thanx banyak-banyak!

Posted using Mobypicture.com
atau mungkin?
*p/s-
sawang-sawang di blog ni da mula dibersihkan sedikit demi sedikit. saki-baki kotoran masih terpalit di dinding-dinding. kegiatan blogwalking tak berfaedah yang sekadar nak tinggalkan url spam tu harus dibanteras. kita mesti bersih (bersih ke soalannya?).....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...