Friday, March 27, 2009

earth hour 2009

kenapa aku tak bersetuju dengan kempen ni?
  1. kempen ni bersifat memaksa. contohnya, esok KL akan bergelap (ini yang aku baca la). yang aku pasti, Putrajaya confirm bergelap. maksudnya, semua penduduk terpaksa bergelap walaupun mereka ni tak menyokong. ini kempen ke?
  2. kempen ni membahayakan kita. kepana pula nak bahaya? mudah, contohnya Putrajaya bergelap esok dan mereka akan menutup lampu di beberapa prsinct (tak reti eja) malah di Jambatan. soalan, kan ke gelap jambatan kalau takde lampu, kalau orang yang drive tu terhumban ke tasik, sape yg susah? mereka dan keluarga mereka jugak.
  3. kempen ni tak praktikal langsung. sejak bila pulak la load factor elektrik ni tinggi waktu malam. walaupun ramai orang menonton tv masa malam2 ni tak kiralah AF ke, OIAM ke... tapi load factor tetap tidak setinggi waktu siang. jadi kesan kepada alam sekitar bukanna banyak pun waktu malam kalau nak bandingkan dengan siang. alternatif, buatlah kempen waktu siang. hah, time tu baru tau sape yang nak join kempen tutup lampu tu. ada Putrajaya nak oof kan aircond ime siang2 ari? lu pikirlah sendiri.
  4. stesen janakuasa perlukan masa untuk menghidupkan semula operasi selepas di OFF kan. aku amik contoh mudah sahaja, kalau kat rumah kita OFF kan aircond, lepas tu nak ON kan semula. kan ke ambil masa yang lama untuk sejuk semula? ini adalah fenomena transient (aku lupa apa nama dalam melayu)..... selepas 1 tempoh masa barulah keadaan steady state dapat dicapai. ini juga terjadi di stesen janakuasa. elok2 nak off 1 jam, tak pasal2 jadi 2 jam.
  5. tenaga untuk meneruskan adalah kurang dari tenaga untuk menghidupkan. aku ambil contoh mudah la.... kalau naik kereta, bila kita nak speed sampai 110km/j, kene tekan minyak kuat2 sampailah dapat kelajuan tu. tapi bila kita dah capai kelajuan yang dikehendaki, maka sedikit sahaja pedal yang ditekan berbanding waktu memecut untuk jadi 110km/j itu.
  6. kan ke dah bazir tenaga bila kita off kan, dan perlu di on kan semula selepas itu? contoh mudah lagi..... ni kita bawak kereta laju 110km/j... tiba2 ada apek sayur bayak lori sayur berkelajuan 60km/j dan menyebabkan kita menekan brek dan perlahankan kereta. lepas tu nak jadikan semula 110km/j selepas perlahankan tadi adalah memerlukan lebih banyak tekanan pada pedal. tekan pedal lebih banyak, minyak guna lebih banyak.
ah, penat la nak cerita pasal fenomena on-off ni. yang penting aku tak setuju. mungkin ada orang rasa nak buat, buat lah. cuma aku rasa tak mau buat, kenapa harus dipaksa? walhal aku dah kurang guna plastik ketika membeli barang. kan ke itu juga satu bentuk mencegah pembuangan kepada alam? fikirlah apa yang terbaik untuk alam.

6 comments:

Anonymous said...

aku sokong earth hour..
no offense dude..

Andy Kaizar said...

im going to jojie/bella bday party tomorrow that use global green as theme. dunno whether they are going to make it a blackout party...

jon hafkian said...

@marcos- aku tak sokong. tapi kompe la esok terpaksa bergelap sbb ak rs utm sokong. duhhh

@kaizar- wah, parti menggunakan alasan global green lagik kn?

Anonymous said...

just suke paksa rela je la.. hehehehe, u'll be fine though, tutup lampu je, plug power untuk PC ko boley on.. ahahaha :p
.
p/s: aku tao capcha ne bernass untuk halang spamm, tapi sangat leceh untuk aku.. customer blog engko nehh.. aiiii =[

Clifford Elvin Eric said...

Achtung, sebenarnya tu terpulang kepada Achtung sendiri nak ikut ke tak. Tak de paksaan. Kalau buat tu adalah tanda sokongan je. But if we think in positive way, memang ade kebaikan. Mcm satu peringkatan kepada kita utk sayangi bumi. Lagipun bukannya kita buat selalu pun benda mcm ni. Hehe!
By the way, still bole guna barangan elektrik but just off mana-mana yang tak patot guna je. or perhaps u can just use ur table lamp kalau nak wat kerja.
Btw, let says activity malam tu nak surf internet and dont want to go anywhere, achtung just guna bateri laptop je. Then benda2 elektrik yang tak guna tu tak yahlah tutup. Just kurangkan penggunaan elektrik.
Finally, the decission is your. Terpulanglah kalau nak ikut ke tak. Hehe!

jon hafkian said...

@marcos- aku kesian gak. sebab aku pon tak suka kalau ad capcha tu. tapi.... u know la. or else, kalau ada yg option utk comment for members only? aku try cari.

@khalif- i x setuju gak. they made it compulsory. campaign shouldn't be compulsory. they should encourage people, not humiliate those who didn't support or wanna join the campaign. it's all wrong. baca newspaper smalam on how they threat to FAM. like FAM did a very big sin for not switching off lamp and just resume the original plan for football match. this campaign s ridiculus.

we need more coal, gas, petrol iorder to start over ther power station which hasn't be use for 1 hour. it's not a litle. those electrical engineer must know this. mind u guyz, this campaign macam bergelap terus, bahaya. bukannya kempen mengurangkan penggunaan. kalau kurangkan pengunaan, kenapa nak tutup lampu kat jambatan? itu kepentingan ramai dan bertujuan keselamatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...