- aku memang student universiti
- aku memang pandai
- aku tau pasal elektrik sebab aku adalah student bachelor of electrical engineering control and instrumentation
- aku juga belajar asas kejuruteraan kuasa
- aku tahu macam mana supply elektrik kepada domestic use (rumah2), pola penggunaan dan sebagainya.
- sejak bila penggunaan elektrik tinggi waktu malam? specifically pulak tu kempen pukul 8.30mlm sampai 9.30mlm.
- kalau betul2 sayangkan bumi, cara yang lebih baik adalah kurangkan penggunaan elektrik waktu siang a.k.a waktu pejabat.
- waktu pejabat adalah waktu di mana load factor lebih tinggi daripada waktu2 lain. maka menutup lampu dan mengurangkan penggunaan elektrik adalah membantu mengurangkan permintaan elektrik ketika waktu puncak ini.
- barulah namanya sayangkan bumi instead of switch off lamps for 60mins during night. does it makes any difference? yes, it creates more people like u tanda soal.....
siapa kata aku tak sayangkan bumi?
- aku kurangkan penggunaan beg plastik apabila membeli barang2.
- aku tak on kan pun lampu waktu siang,
- aku tak guna air cond di rumah
- malah aku takde komputer pun kat rumah
- aku prefer guna public transport macam LRT atau bas kalau pergi ke KL.
- aku tak menebang balak
- aku tak buang sampah merata2
- apatah lagi nak buang sampah ke dalam sungai
- aku tidak mencemar udara a.k.a merokok
cermin diri tu dulu sebelum menghina orang lain tak tentu pasal.....
-------------------------------------
updated
hmmm....aku tahu aku ter over reacted pulak tadi. yelah, pagi ahad suppose masa bersuka-ria melapangkan fikiran. manalah aku nak tahu bahawa ada insan berhati busuk macam tu nak buat onar di blog ni. moga-moga dia sedar yang perbuatannya itu sangat busuk dan memalukan blogger. sepatutnya kita bertanggungjawab ke atas perbuatan kita.
aku pun bukanlah selalu bersetuju dengan pendapat orang. malah ada pendapat orang yang aku bidas dalam malaysian forum sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani balas bidasan itu. tapi aku tak pernah kata orang itu bodoh atau aku kata mereka berlagak sangat sebab dah berkerjaya. tidak sama sekali. aku bidas menggunakan facts dan retorik (ada aku guna di blog orang lain). tidak menyentuh langsung peribadi orang itu apatah lagi untuk menjatuhkan air muka orang yang aku bidas. sebab aku percaya, aku tidak berdendam dengan orang yang berbeza pendapat dengan aku. aku cuma mahu luahkan pendapat aku sahaja.
kita sama-sama manusia. aku juga manusia biasa yang lakukan kesilapan. kalau nak tegur aku rasanya tak salah malah dialu-alukan. mungkin aku sukar menerima teguran, tapi aku lebih senang dengar teguran atau pendapat atau cadangan berbanding dengan penghinaan. maaf kalau aku terlebih emosi. noktah.
No comments:
Post a Comment