Saturday, January 31, 2009

aku dan perjalananku

me with Changi Control Tower at my back
haha...botak with christmas decoration in Terminal 3
the glass ceiling is really great.. and i'm in that terminal
me in Orchard Rd. during night....

my life in Singapore depends on this pass and my Passport

teruskan perjalanan hidup dan lupakan segala kesedihan di belakang. untuk apa aku fikir tentang orang yang tak pernah nak ingat pada aku kan? lebih baik aku buat kerja aku baik-baik, jangan sibuk hal orang lain. lagipun selama ni memang ni prinsip aku. aku lebih suka bercerita tentang hidup aku dan perkara di sekeliling aku berbanding dengan bercerita tentang orang lain. sama ada dalam blog, mahupun perbualan seharian.

lebih mudah dan tidak menyakit hati sesiapa pun. aku dan hidupku sahaja. sebab itulah dalam blog ni aku tak pernah cerita tentang orang lain. post yang ada link pun semua kerana ada gambar-gambar aku di blog mereka, ataupun sebagai apresiasi terhadap hasil kerja mereka. jauh sekali untuk aku mengumpat/bercerita tentang orang lain.

---------------------------------------

4 tahun lepas aku pernah tulis dalam diari aku (actually organiser), yang aku merasakan bahawa aku bakal kehilangan rakan baik aku. walaupun aku tak pernah ada perasaan prejudis tentang jarak adalah musuh kepada perhubungan baik dalam persahabatan mahupun percintaan. aku sentiasa percaya bahawa jarak bukan penghalang, tapi aku pun tak tau kenapa aku ada perasaan buruk itu. malahan aku tulis, seolah-olah ketakutan itu bakal terjadi.

rupa-rupanya, memang kegusaran 4 tahun lepas benar-benar terjadi....

aku rasa ada kebenaran dalam Winter Sonata yang aku tonton 6 kali tu. selepas berpisah dan jalan pulang, jangan pandang belakang. kerana tak mahu kenangan terakhir adalah melihat belakang sahaja. kes aku, sewaktu di KLIA dulu, aku jalan terus dan tidak pandang belakang semula. jadi kenangan terakhir aku adalah berjumpa secara berdepan, bercakap dan ucapkan selamat tinggal... dan itu adalah kali terakhir aku berjumpa dengan rakan baik aku.

aku dah tak pernah jumpa rakan itu lagi. dan aku tak pasti adakah aku akan berjumpa lagi dengan dia, rakan yang tinggalkan aku 4 tahun yang dulu. rakan yang ingat kawannya dan menelefon kawannya.

goodbye my good friend, Jessica Damon
from your truly friend, Jon Hafkian

3 comments:

Andy Kaizar said...

still got the flu? winter sonata! don't look back!

Clifford Elvin Eric said...

touching habes... huhu...
take care then...

jon hafkian said...

@kaizar- yup...still suffer with flu.yezza,jgn pandang belakang.

@khaliff- hehe...touching ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...