Tuesday, January 27, 2009

mimpi buruk menjadi kenyataan

aku rasa hari ini adalah mimpi aku paling buruk. tadi aku dapat message (maybe dah terima beberapa hari lepas) kat friendster (haiyo, very oldies). message yang menjemput kawan-kawan ke MAJLIS PERKAHWINAN PEREMPUAN KESUKAAN AKU. aku down. maybe aku tak cukup pantas... tak cukup kacak... tak cukup bijak untuk memenangi hati dia. aku tau. sekurang-kurangnya janganlah kekalahan ini dikhianati dengan status 'single but not available' yang selama ni dia bgtau aku.

aku sedih. walaupun aku tak nak kahwin awal (hehe...), tapi janganlah tipu aku . dahlah persahabatan terputus macam tu shj (yes,aku sahabat baik die). aku faham kalau pegangan agama dia membataskan pergaulan lelaki dengan perempuan (aku sekolah agama gak dulu), tapi aku sedih bila persahabatan aku putus macam tu je. maybe, salah aku sebab suka kat sahabat sendiri. entahlah.

aku agak terasa masa depan yang gelap, kenapa lah aku curse diri aku sendiri dulu? oh, inilah orang kata setia tak bertempat. ape-ape pon.... berat hati atau tak, aku wish gak la.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DIA DAN PASANGAN.

p/s- i'm still single and available. 7hb tu aku ada degree++ la. cmne tarikh bleh clash plak ni?

assalamualaikum,
Dengan rendah hati dan memohon keredhaan Allah, saya ingin menjemput sahabat-sahabat ke majlis perkahwinan saya yang insyaAllah akan diadakan seperti berikut:
Date : 7 February 2009 (Saturday)
Time : 12.00-4.00pm
Venue: *********(dirahsiakan atas dasar privacy)
Semoga dengan kehadiran semua membawa lebih keberkatan pada majlis ini, insyaAllah.
Boleh RSVP kepada saya sebelum 29 January 2009 to help estimate the number of guests.
Jazakumullah khayran katheera.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.(Ar-Rum:21)

6 comments:

kaizar said...
This comment has been removed by the author.
Khaliff Faid said...

Acthung, kena bawa bersabar. Doakan supaya dia selamat dan bahagia. BTW, thanx for the keychain. Susah-susah je. Thanx very much.

WanHidayat said...

Salam...lorrrr.....sedihnye....takpe bro...bunga bukan sekuntum pun....bykkan berdoa agar diberikan jodoh yang sesuai dan baik untuk kita....

Wish u all the best!!!

jon hafkian said...

hmmm....skrg demam.

@khaliff- x susah la pon.mmg ada beli utk kwn2.

@wanhidayat- btol tu.cuma sgt bkn cite korea yg happy ending kn?kalau kat bollywood dah kene bakar panggung ni.

Naimz said...

Salam jon hafkian..bawak2 bersabar yerk jon hafkian...erm btul tu.bunga di taman bukan sekuntum tau...huhu.Insya-Allah anda akan ketemu jodoh yg lebih baik & berkekalan di masa akan datang..demi pershabatan dth jer la ke majlis wedding tuh..

jon hafkian said...

i lost my fren 4 years ago (2005).n i still coudn't find her.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...