Tuesday, January 20, 2009

after a very long break

pic waktu kerja di CIQ

hmmm...dah lama aku tak menulis blog ni. dah 2 minggu kot. jadi banyak juga la perkara berlaku dalam hidup aku selama 2 minggu ni.

1. aku kerja di CIQ JB yang baru. 2 minggu lepas, mula dari hari Khamis 8 JAN 2009 sampai Ahad 11 JAN 2009. macam biasa kupul data untuk statistik trafik di CIQ. aku dan kawan-kawan ditempatkan di bahagian laluan bas, sama ada inbound atau outbound (inbound - masuk Malaysia, outbound - keluar Malaysia)

2. pagi pertama mula kerja pukul 4 pagi di bahagian outbound, sangat sesak sebab banyak sangat bas yang hantar pekerja kilang ke Singapura. menulis tak henti-henti la time tu. kali ni bukan setakat bilangan sahaja, tapi nombor plat dan jenis bas pun perlu dicatat juga. dapat pulak checkpoint entrance outbound, memang sangat penat.

3. hari-hari lain senang je sebab kitorang kerja kat bahagian inbound pulak. lebih menguntungkan sebab aku ditempatkan di bus bay untuk drop off pessanger. setiap kali kerja, tempat tu jam, so takde sape la yang nak masuk kat bay aku. hehehe....tak payah la nak tulis ape2.

4. komen tentang CIQ ni. eleh, banyak bunyi la orang-orang yang asyik kutuk CIQ ni. hehe.... think a lil bit positive. CIQ ni super moden. percaya la pada orang yang pernah kerja sendiri di bangunan ni. mereka sangat bagus, kalau nak kata takde barisan time tunggu bas kat bus bay, semua dah ditangani. well done Gerbang Selatan.

5. balik KL. yeah... hujung minggu lepas aku balik KL. ape yang best nye? takde ape2 pon. setakat balik rumah, tido kat rumah, join reunion. oh, reunion. 17 orang shj yang datang. yang lain tak tau kot.

6. reader aku dah ada 5 orang. eh, camne boleh bertambah ni? aku takde update ape2 pon.... sori kawan2.... pengunjung2 misteri pon tak dapat detect sekarang sebab feedjit asyik tak appear je skrg.

7. yeah.... Meet Uncle Hussein menang AJL. superb giler la dorg beb....

1 comment:

jon hafkian said...

gaji ari tuh kejap je abis g shopping
huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...