Monday, January 5, 2009

hasil menungggu A380 di Changi

argghhhh.....tension

trivia 1: A380 ialah Airbus 380, pesawat paling besar di dunia sekarang ini

trivia 2: A380 yang pertama dimilik oleh SQ iaitu Singapore Airlines (apsal dorang boleh dapat paling awal walaupun order lambat? potong Q la tu namanya)

trivia 3: A380 ni hanya 3 syarikat yang memiliknya (setakat ni) iaitu SQ, EK Emirates (suka la fans Arsenal tuh), dengan Qantas (ape tah abreviation die QA kot)

aku pg Singapura semalam (4 januari 2009), di kesempatan itu aku guna la peluang utk pegi menjelajah sepuas-puasnya dengan menggunakan unlimited tourist pass aku. ye la rugi kalau guna sekali je, walhal dah bayar mahal. tu yang aku pegi Changi Airport. aku memang suka suasana airport (walaupun penah tidur kt lantai airport).

alkisahnya.... jam menunjukkan pukul 5.03 ptg waktu tempatan (bkn JB tp SIN, hehe sama je), aku pon pg la check flight information board. nampak ada flight arrive pukul 5.33 ptg dari Sydney oleh Singapore Airlines. `eh, kalau flight Sydney ni, SQ pakai A380. bley la nak tengok flight paling besar di dunia sekarang ni secara live', pikir aku. tu yang aku berdedikasi sangat tunggu kat anjung tinjau Terminal 3 tu lebih daripada 20 minit semata-mata untuk A380.

hasilnya.....

SQ Boeing 747 daaaa...

sentap je menunggu kat situ kan.... lain yang diharap, lain pulak yang datang. mengharap MH nak ade A380, tunggu la sampai 2011. tuh pon tiket airport express mahal... apsal ek kat Malaysia dorg tak nak wat tourist pass? unlimited journey using metro (normal bus,lrt,monorail,erl).... hehe,erl tu bukan ke premium service? yang Changi nye MRT tu train MRT biasa je macam MRT seluruh Singapura guna.

pencapaian journey kali ni.... dapat pg kt Jln Syed Alwi, Bugis, Kampon Glam, Orchard siang malam, MRT NEL. percaya atau tidak, interchange Outram Park antara NEL dengan EWL adalah sangat jauh sebenarnya? lebih jauh drp apa yang orang selalu kutuk tentang LRT Dang Wangi dengan monorail Bukit Nanas. itu baru Outram Park, aku dengar yang Dhobby Ghaut interchange lagi dahsyat aku dengar.

katanya paling besar, siap ada trevellator. aku agak la (sebab aku tak guna interchange die, hanya naik tren NEL di Dhobby Ghaut), jarak antara train NEL dengan NSL kat station ni mungkin lebih jauh daripada jarak stesen Komuter Kuala Lumpur dengan LRT Pasar Seni. bayangkan.

1 comment:

Anonymous said...

can u leave ur phone number to me???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...