Monday, January 5, 2009

kisah Dunkin Donut dengan Johor Bahru

sebenarnya apa beza antara semua kedai ni? jual donut jugak kan? lepas tu special sangat ke J.co dengan Big Apple ni sampai berlambak-lambak orang kat outlet Big Apple Wangsa Maju.

memanglah suka makan Dunkin Donut. tapi agak pelik sebab barisan sangat panjang kat Big Apple ni. sedap sangat ke? aku tengok donut die biasa je. topping je lebih. isi takde ape-ape pon. doh donut kosong je yang aku nampak. sesius hanya topping je warna-warni. banding dengan Dunkin Donut, DD ade inti yang sedap-sedap selain topping.

jadi vote for J.CO, Big Apple atau Dunkin Donut?
--------------------------------
semalam lalu JB kat area City Square, kat Jln Wong Ah Fook kalau tak silap nama die. dulu tempat ni memang ramai sangat orang, kedai makan 24 jam, kedai merata-rata, pengurup wang. tapi semalam sangat berbeza dengan keadaan aku pegi waktu November 2008. sangat kosong dan kebanyakan kedai dah tutup. gulung tikat kot.

aku ada baca ramai yang mengeluh tentang pembukaan CIQ baru di Bukit Chagar tu. diorang cakap pelanggan makin kurang sebab orang dah tak lalu kawasan kedai diorang. ye la sekarang ni semua orang dah terus pegi kat stesen keretapi (nanti JB Sentral siap) untuk ke CIQ.

pendapat aku mudah je. bisnes memang la macam tu. ada masa ok, ada masa tak ok. ala lagipon diorang ni dah berpuluh-puluh tahun amik kesempatan kat rakyat. sume benda jual mahal. ingat aku tak tau la ek? air botol RM2 time aku balik dari Singapore dulu. ape kes?

lagipon makan kat JB lagi mahal daripada kat KL. semua sebab orang Singapura ramai datang JB. jadi sedap la peniaga-peniaga ni amik kesempatan. ala orang Singapura kan banyak duit. kalau setakat mahal sikit je daripada tipikal harga Malaysia, dorg masih tak kisah. tapi orang kita la yang kene bayar mahal kan.

ish....mungkin ini balasan Tuhan kat dorg. padan muka. ok, best example.... money changer JB. dulu aku tukat duit dengan kadaran S$1 = RM2.44. sekarang dah RM2.45.... aku pegi kat Mustafa Center (Jln Syed Alwi, Singapura) S$1 = RM2.39. keji tak peniaga kat JB ni? aku percaya benda ni sejak Tambak Johor tu ada la. jadi dah berapa puluh tahun?

aku tahun 1 di UTM, Tambak Johor yang kononnya nak digantikan tu berusia 80 tahun. bayangkan 80 tahun dorg ni mencekik darah. sabar je la kan.... kalau nak ikutkan JB ni boleh dapat keuntungan yang sangat banyak dengan adanya CIQ baru. duit Malaysia lebih rendah berbanding dengan dollar Singapura. makan sepatutnya lebih murah, hotel lagi murah. kan ke boleh tarik pelancong asing bermalam kat sini?

kedai yang dekat tempat macam Little India lebih kurang je daripada yang ada kat Singapura. yang penting, kita boleh tawar harga yang lagi murah. lokasi, jalan kaki je daripada kawasan hotel. tapi crime rate tinggi kalau tak silap, sampah banyak. mana la tourism nak jalan. tu la,selama ni duduk dalam comfort zone, sekarang discomfort. amik kau.

6 comments:

Andy Kaizar said...

same je...cuma each time tuka selera makan donut lain2

jon hafkian said...

haha...dah tau dah trend ni
mcm makan mc d partu tuka burger king...

Unknown said...

Salam jon hafkian....Hmm memang btul pun...yelah kan sejal pembukaan CIQ baru tu...sume kenderaan x melalui jln Wong Ah Fook tu...nasib la dgn peniaga2 kat ci2...nak wat mcmn kan beb.pembgn memerlukan sedikit pengorbanan...so wassup skrg bro?

jon hafkian said...

less polution,better healh,better environment for business...
for me,it's not sacrifice....
it's the price they have to pay to us rakyat
tp kalau nk ikutkn...ramai je org kt jb
last week baru keje part time kt CIQ baru

skrg sihat2 belaka
kalau nk solo backpcking lagi pon ok je
hahaha...

Clifford Elvin Eric said...

Cliff vote for J.co. Ahaks....

jon hafkian said...

huhu...maybe i'll give it a shot next time goin out to jb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...