Saturday, January 31, 2009
aku dan perjalananku
Friday, January 30, 2009
demam....
telinga aku tak dengar.pendengaran aku kurang jelas jugak sejak demam.seolah-olah dalam perjalanan ke tempat tinggi (telinga berdengung shj).aku tak suka demam macam ni.malam semalam dah makan ubat,jadi hari ni baik sikit lah.boleh la labu....
Tuesday, January 27, 2009
mimpi buruk menjadi kenyataan
aku sedih. walaupun aku tak nak kahwin awal (hehe...), tapi janganlah tipu aku . dahlah persahabatan terputus macam tu shj (yes,aku sahabat baik die). aku faham kalau pegangan agama dia membataskan pergaulan lelaki dengan perempuan (aku sekolah agama gak dulu), tapi aku sedih bila persahabatan aku putus macam tu je. maybe, salah aku sebab suka kat sahabat sendiri. entahlah.
aku agak terasa masa depan yang gelap, kenapa lah aku curse diri aku sendiri dulu? oh, inilah orang kata setia tak bertempat. ape-ape pon.... berat hati atau tak, aku wish gak la.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DIA DAN PASANGAN.
p/s- i'm still single and available. 7hb tu aku ada degree++ la. cmne tarikh bleh clash plak ni?
Wednesday, January 21, 2009
nama-nama ku
Nama-nama timangan anda :
angah/abg ngah- ni nama kat umah,sedara-mara pon sume panggil nama ni
hafizudin- nama aku dikalangan kawan-kawan (drp tadika sampailah sekolah menengah)
atong/achtung/wak tong- time kt sbp dulu,kwn2 nk bezakan aku ngn sorg lagi hafizudin, so end up dapat nama ni,yg peliknya hafizudin sorang lagi pon dorg kasi nama baru gk (apes/ber**), debaters uitm pon panggil guna nama ni gak
din- i hate this name. classmate kat matrix panggil gini walaupun berbuih2 mulut aku pesan jgn panggil guna nama ni....plz la
hafiz/apiz- nama standard start drp matrix (kwn2 selain classmate) sampailah kwn2 kat universiti, kwn2 kelab atau debat
jon hafkian- nickname aku since form 3. ada gak yang panggil aku ngn nama ni. cthnya faiq time reunion last week. time awal form 4 pon dorg penah gk panggil guna irc nickname
oceanjuice- dulu penah guna nama ni kat irc, kat dlm kelas f4 penah gk guna, tapi dorg panggil air laut
real slim- ni nama kat irc (dulu) ngn social network lain (sbl friendster) cthnya communityzero (ohohooo...lama gile ni)
onepiece- nama kat frindster
half blood prince- nama kat myspace
hajime shinkai- nama kat facebook. haha...geng MHA kat facebook ingat aku jepun dulu. jepun muka melayu kan?
eddy- nama aku kat atas cincin (kisah cncin2 aku yg hilang), ada dak gk panggil aku eddy
salim- ?kalo kt negara org putih ni panggil nama bapak kn...so kt dlm flight stewardess panggil nama ni la except leading stewardess drp brunei yg ckp melayu ngn aku
##
Anda seorang yang :
1) hmmm....suka membaca. aku boleh hangout kat KLCC dok kt kinokuniya shj.... ari tu hangout kt CS pon dok kt MPH je.
2) susah berkawan....kawan aku limited bilangannya.tgk kt fren list social network aku bley agak, blog list aku pon sket je kn?
3) suka senyum.... yelah, muka ni kacak sangat jadi kene la senyum selalu.
4) cepat marah dan cepat reda.... aku kalau marah aku tros maki je org yg aku marah tu. tak kira la senior ke, ketua jabatan ke, penolong pengarah ke, yang dipertua..... sesiapa shj. dan aku cepat reda sbb agak-agak 1 hari lupa la yg aku ada marah kat org
5) tidak suka berdendam. aku mmg kuat marah. tapi takde simpan2 dalam hati. percayalah. cuma kalau org tu sgt SIAL (bkn natasha yg fasha sandha berlakon tu), nescaya sampai 7 keturunan aku sumpah die.
6) benci orang bising-bising. eh, tak reti senyap ke?
7) tak kesah kalau berjalan jauh semata-mata nak cuci mata (window shopping, bersiar-siar, etc)
8) suka berjalan-jalan ke Singapura
9) suka drive keta
10) tak reti bawak moto....
##
Insan Teristimewa ?? Describekan Die Terlalu Istimewa Dimata Anda :
takde.... ade sorg, tapi die tak nak aku. single but not available. apelah. aku bknnye nk main2 cinta pon. ah, takpe la. org tak nak
##
Lagu kesukaan anda :
banyak la.... hmmm. lagu yg aku suka dari dulu la. 'sekadar di pinggiran'...sebab? lagu ni menang juara lagu thn aku lahir.
##
Makanan kesukaan anda :
hmmm.... takde yg spesifik. same je semua. sebab tu lah aku ni kurus kot. tapi aku suka makan rendang daging, ketupat, lontong, masak lemak... pendek kata masakan raya la.
oh...slalu nya pon aku makan fast food je kalau keluar. kalau dok hostel makan macam2 jenis nasik goreng.
##
Warna kesukaan anda :
merah... sudah semestinya merah. kenapa? MU pon merah. dulu pon aku dak pahlawan *oppsss*... tapi serius aku suka merah, backpack aku semua merah since sekolah menengah, baju2 aku byk kaler merah, cuma keta aku bkn kaler merah...hikhikhik
##
Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :
wallet dulu la ek....
1) duit sudah semestinya..... dulu aku bwk pound dlm wallet aku. tapi skrg dah takut. kalo hilang ke, sape susah kn? tapi kalau aku pg Singapura, aku bwk la pound, cuma tak byk la 10pound je. takut2 duit sing dollar aku habis
2) IC.... wajib ada. last time aku pg Singapura, aku tak jumpe IC time turn aku kt CIQ Woodlands. cari punya cari, lastly jumpe gak. fuh.... nasib baik
3) kad ATM..... ini wajib. tiba2 duit cash abis kan. takkan nk g mintak sedekah plak.... so kad ATM sangat penting. kalau shopping kat Jusco pon guna ATM card je (bley plak org ingat aku pakai credit card...hehehe)
kalo beg (sling back aku le):
1. kunci keta ngn kunci bilik. aku ni pelupa, jadi penting la letak kunci2 ni dalam beg (kalau malas nk penuhkan poket
2. handphone... jangan tiru aku. kadang-kadang aku letak phone dalam beg .
3. payung.... ni habit baru sejak hujung tahun lepas. boleh dikatakan selalu aku bawak payung lipat dalam beg. sebab kalau hujan senang, tak payah la nk beli baru.
##
Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa :
aku tengok cite snow queen.... haiyo, cmne la korea ni boleh wat cite sedih2 kn? 5 star aku kasi kat cite snow queen ni. tapi apsal la ending cite korea ni byk yg choy?
##
Tag 6 rakan anda :
tak mau tag sape2. sape2 kawan aku yg nak buat tag ni dipersilakan. aku malas nk tag sebab bukan nye org buat pon. takkan la aku nk g ingatkn org ari2 buat tag aku kn? hehehee....
Tuesday, January 20, 2009
after a very long break
pic waktu kerja di CIQ
hmmm...dah lama aku tak menulis blog ni. dah 2 minggu kot. jadi banyak juga la perkara berlaku dalam hidup aku selama 2 minggu ni.
1. aku kerja di CIQ JB yang baru. 2 minggu lepas, mula dari hari Khamis 8 JAN 2009 sampai Ahad 11 JAN 2009. macam biasa kupul data untuk statistik trafik di CIQ. aku dan kawan-kawan ditempatkan di bahagian laluan bas, sama ada inbound atau outbound (inbound - masuk Malaysia, outbound - keluar Malaysia)
2. pagi pertama mula kerja pukul 4 pagi di bahagian outbound, sangat sesak sebab banyak sangat bas yang hantar pekerja kilang ke Singapura. menulis tak henti-henti la time tu. kali ni bukan setakat bilangan sahaja, tapi nombor plat dan jenis bas pun perlu dicatat juga. dapat pulak checkpoint entrance outbound, memang sangat penat.
3. hari-hari lain senang je sebab kitorang kerja kat bahagian inbound pulak. lebih menguntungkan sebab aku ditempatkan di bus bay untuk drop off pessanger. setiap kali kerja, tempat tu jam, so takde sape la yang nak masuk kat bay aku. hehehe....tak payah la nak tulis ape2.
4. komen tentang CIQ ni. eleh, banyak bunyi la orang-orang yang asyik kutuk CIQ ni. hehe.... think a lil bit positive. CIQ ni super moden. percaya la pada orang yang pernah kerja sendiri di bangunan ni. mereka sangat bagus, kalau nak kata takde barisan time tunggu bas kat bus bay, semua dah ditangani. well done Gerbang Selatan.
5. balik KL. yeah... hujung minggu lepas aku balik KL. ape yang best nye? takde ape2 pon. setakat balik rumah, tido kat rumah, join reunion. oh, reunion. 17 orang shj yang datang. yang lain tak tau kot.
6. reader aku dah ada 5 orang. eh, camne boleh bertambah ni? aku takde update ape2 pon.... sori kawan2.... pengunjung2 misteri pon tak dapat detect sekarang sebab feedjit asyik tak appear je skrg.
7. yeah.... Meet Uncle Hussein menang AJL. superb giler la dorg beb....
Monday, January 5, 2009
kisah Dunkin Donut dengan Johor Bahru
hasil menungggu A380 di Changi
argghhhh.....tension
trivia 1: A380 ialah Airbus 380, pesawat paling besar di dunia sekarang ini
trivia 2: A380 yang pertama dimilik oleh SQ iaitu Singapore Airlines (apsal dorang boleh dapat paling awal walaupun order lambat? potong Q la tu namanya)
trivia 3: A380 ni hanya 3 syarikat yang memiliknya (setakat ni) iaitu SQ, EK Emirates (suka la fans Arsenal tuh), dengan Qantas (ape tah abreviation die QA kot)
aku pg Singapura semalam (4 januari 2009), di kesempatan itu aku guna la peluang utk pegi menjelajah sepuas-puasnya dengan menggunakan unlimited tourist pass aku. ye la rugi kalau guna sekali je, walhal dah bayar mahal. tu yang aku pegi Changi Airport. aku memang suka suasana airport (walaupun penah tidur kt lantai airport).
alkisahnya.... jam menunjukkan pukul 5.03 ptg waktu tempatan (bkn JB tp SIN, hehe sama je), aku pon pg la check flight information board. nampak ada flight arrive pukul 5.33 ptg dari Sydney oleh Singapore Airlines. `eh, kalau flight Sydney ni, SQ pakai A380. bley la nak tengok flight paling besar di dunia sekarang ni secara live', pikir aku. tu yang aku berdedikasi sangat tunggu kat anjung tinjau Terminal 3 tu lebih daripada 20 minit semata-mata untuk A380.
hasilnya.....
SQ Boeing 747 daaaa...
sentap je menunggu kat situ kan.... lain yang diharap, lain pulak yang datang. mengharap MH nak ade A380, tunggu la sampai 2011. tuh pon tiket airport express mahal... apsal ek kat Malaysia dorg tak nak wat tourist pass? unlimited journey using metro (normal bus,lrt,monorail,erl).... hehe,erl tu bukan ke premium service? yang Changi nye MRT tu train MRT biasa je macam MRT seluruh Singapura guna.
pencapaian journey kali ni.... dapat pg kt Jln Syed Alwi, Bugis, Kampon Glam, Orchard siang malam, MRT NEL. percaya atau tidak, interchange Outram Park antara NEL dengan EWL adalah sangat jauh sebenarnya? lebih jauh drp apa yang orang selalu kutuk tentang LRT Dang Wangi dengan monorail Bukit Nanas. itu baru Outram Park, aku dengar yang Dhobby Ghaut interchange lagi dahsyat aku dengar.
katanya paling besar, siap ada trevellator. aku agak la (sebab aku tak guna interchange die, hanya naik tren NEL di Dhobby Ghaut), jarak antara train NEL dengan NSL kat station ni mungkin lebih jauh daripada jarak stesen Komuter Kuala Lumpur dengan LRT Pasar Seni. bayangkan.
Friday, January 2, 2009
my new image....
Langkawi tourist....huahuahua
dalam feri time balik...aku mengantuk!!!
dan aku kini...BOTAK!!!
KENAPA AKU BOTAK? soalan cepu emas ni. ye perdana ria, siapa dapat jawab aku belanja makan. tapi bayar sendiri..... hahahah. alah, sebenarnya tiba-tiba teringin nak botakkan kepala. lagipon baru-baru ni selalu sangat sakit kepala, migrain. even now dah kepala ringan ni pon, masih lagi sakit kepala. jangan la aku ada penyakit ke ape kn..... mintak dijauhkan lah, aminnnn...
back to initial question, kenapa botak? eh, bukan dah tulis ke td, sebab sakit kepala. ni kira macam new look for the new year la. semata-mata. adik aku yang amik result PMR, aku pulak yang botak macam bernazar. aku TIDAK bernazar ok....
idea nak botak ni datang tiba-tiba je. sebenarnya ada cakap kat adik sebelum ni kata nak botak. lagipun dia memang nak botak lepas amik result. so, aku pikir not bad gak kalau botak sama gak kan? cuma, aku pegi kedai gunting rambut pon takde ajak sape-sape. mintak pandangan orang lain ke (except khairie aku ym die malam sebelum tu) sebab aku rasa nanti lagi banyak -ve feedback.
alah, last year aku 'bleach' kan rambut pon orang ramai tanya. time tu aku rasa lagi radikal. sampai kene perli la kat dalam kelas, damn punya lecturer...ada ke patut die cakap macam ni, 'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain, TAPI orang sekarang ni rambut tak sama hitam.....'. motif cakap macam tu? choyyy......
--------------
aku plan nak sambut new year kat Danga Bay. tapi end up dok bilik je, except pegi makan malam kat payung seri putri. suma gara-gara kawan aku yang pegi ke Danga Bay dan TIDAK ajak aku. takpe la.... orang tak ajak, nak cakap pe lagi kan. dok bilik pon best pe?
--------------
aku tertinggal bantal kat rumah. cuti lalu aku bawak balik barang-barang (baju-bajan, etc) ke rumah termasuk bantal. bawak balik sebab kalau tinggal kat sini, nanti penuh habuk. lagipon aku ni alah kepada habuk. tu yang bawak balik je bantal. waktu balik sini pulak, aku terlupa nak masukkan bantal. akhirnya, aku terpaksa la tidur tanpa bantal (dah 2 malam).
--------------
duit dah masuk... yeah, nak g Singapura lagi la. maybe hari ahad ni sebelum aku dibebankan dengan final year project aku. uaaaa....aku tak nak buat final year project. sem ni aku amik 13kredit je subjek. malas la nak tambah lagi. extend next sem, amik 9 kredit ngn tambah 3 kredit ulang gred kot. cadangnya nak amik matematik kejuruteraan, sebab suka subjek tu. huhu.....
apsal la lecturer aku fail kan electronic 3 aku last sem? kasi cukup-cukup makan sudahla. ni kan ke dah menyusahkan aku nak amik semula. dah la dulu aku terpaksa amik subjek 'kesukaan' aku 2 kali....termodinamik. ape kejadahnya budak elektrik amik termo kan? dahla course aku ni ape ke malang nye kene amik subjek electronik dengan selengkapnya, elektronik 1-3. aku bukan budak major electronic pon. aku budak control. budak-budak course lain takde pon amik control 1-3. amik control 1 je yg hafal je transfer function die, kompem A. aku tak dapat A sebab tak anta assignment. (lupa)