LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA
ALLEYCATS
Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma
---------------------------------
aku pergi keluar berkaraoke dengan kawan-kawan malam tadi. sebelum balik semula ke UTM, kami minum-minum kat restoran Aliff dekat situ. sembang-sembang la pasal masa depan. kerja, kahwin, rumah, kereta... macam-macam la. tiba-tiba, aku rasa sedih pulak bila nak ditinggalkan kawan-kawan ni. yelah, tu la kawan-kawan aku fly malam (walaupun istilah fly dah tak valid lagi kat uni), overnight sampai 18 jam, 27 jam.... pergi danga bay pagi2 buta, tidur dekat masjid, drive tak rehat-rehat sampai 2 hari berturut-turut, pergi tengok wayang, dan yang paling penting.... karaoke.
tinggal seminggu lagi kami di UTM. selepas itu masing-masing akan membawa haluan sendiri. entah bila aku akan berjumpa mereka semula. sebulan? setahun? atau bertahun-tahun lamanya seperti rakan-rakan lama di sekolah dulu? aku pun tak pasti tentang ini. apa yang aku pasti, aku masih ada sisa hidup di UTM ni selama 1 semester lagi. selepas tu, aku juga akan mengikut jejak langkah rakan-rakan yang lain. mencari haluan hidup, mencari nafkah demi meneruskan kelangsungan hidup aku dan keluarga aku.
aku sedih.... aku sedih meninggalkan dan ditinggalkan.
----------------------------------
ni picture aktiviti sepanjang minggu lepas dan minggu ni. enjoy.
2 comments:
yea yea da dekat graduasi!
not yet....
1 semester lagi kene berhempas pulas (ala,pergi bersuka-ria gak nanti)
Post a Comment