Saturday, April 4, 2009

X-Men news

Salinan filem X-Men terbaru dicuri

SAN FRANCISCO 2 April – Salinan filem X-Men: Wolverine yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi telah dicuri dan disiarkan di Internet semalam bagi membolehkannya di muat turun daripada fail perkongsian laman web.

Menurut jurucakap studio Twentieth Century Fox Films, Chris Petrikin, versi awal filem berkenaan yang masih tidak sempurna telah dicuri lewat Selasa lalu dan diletakkan secara haram di laman web.

“Salinan yang dicuri itu adalah tanpa banyak kesan bunyi, kehilangan adegan-adegan tertentu serta belum diedit dan hanya memuatkan bunyi dan muzik sementara.

“Kami telah menghubungi pihak berkuasa dan meminta mereka yang bertanggungjawab supaya mengeluarkan salinan itu,” kata Petrikin.

Fox secara forensik mengesan filem digital bagi memudahkan mengenal pasti siapa yang menyiarkan dan memuat turun salinan berkenaan. – AFP

*p/s- habislah sape yg gatal pegi dwld.

4 comments:

kaizar said...

don't tell anyone....just got it from kotaraya this evening! lalala~

jon hafkian said...

xpe kot.tp kalo yg dwld,dorg bley kesan guna cyber forensic.

kaizar said...

ada satu part kelakar. then ada cyclops, gambit, and last sekali ada prof x. overall the story is about brotherhood.

jon hafkian said...

i risau gk dorg arrest sume yg dwld sebenarnya.luckily i don't do it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...