Sunday, April 5, 2009

cuti-cuti hong kong (cchk)

haahaha... tiba-tiba pulak berangan nak pergi bercuti. hong kong pula tu. tarikh lagi la tak menahan mendengar, 16-19 Jun 2009. macam la aku ni dah kerja nak habiskan duit pergi bercuti. takpe la.... ni time tengah belajar la yang boleh berangan lebih-lebih. nanti dah kerja, boleh terus tunaikan angan-angan tu. hahhaa.....

ok, kita mulakan dengan MH atau Malaysia Airlines. round trip untuk 16-19 Jun berharga MYR903 sahaja. berlepas di KLIA dan tiba di HKIA (sama juga time balik)

lepas tu aku check SQ atau Singapore Airlines. sebab orang kata SQ lagi murah dari MH (bukan ayah aku bgtau, sbb die cakap SQ lagik mahal dari MH). berlepas dari KLIA-SIN-HKIA (balik pun sama jugak). penerbangan ni ada transit kat Changi. aku suka jugak kalau transit ni. boleh mencuci mata kat tempat orang lain. cuma harganya MYR1575. opppssss..... RM400++ lebih mahal dari MH nampaknya.

aku check pula CX atau Cathay Pacific (HK nye airlines). ada penerbangan transit di Kota Kinabalu, tapi semua da penuh (orang suka transit situ kot). jadi ambil direct flight je ke HK dari KLIA. harganya? MYR3152... mak oiiii.... mahalnya. ish, tak boleh jadi ni.

akhirnya, aku check la airline yang paling murah (ni kompem murah), Air Asia atau AK. berlepas seperti biasa di LCCT-KLIA (tapi pakai international departure baru siap tu) dan sampai juga di HKIA. harga memang dah agak murah.... MYR620. rasanya ni tak termasuk luggage, tiada makanan langsung (mungkin ada kacang kot...hahaha), dan mungkin juga kena bayar airport charge bila sampai nanti. aku tak pasti sebab masih belum pernah guna AK sepanjang hidup aku.

ok, anggap la aku ni ada duit dan boleh pergi bercuti ke percutian idaman tu. 16-19 Jun 2009. Airline yang mana akan aku guna?
  1. MH
  2. SQ
  3. CX
  4. AK
wah.... cukup-cukup 4 choice...

jawapannya...... kita tolak awal2 CX sebab MAHAL dan flight pergi adalah MAS, baik naik MAS je kalau macam tu. lagipun, die tak dapat kompemkan flight balik. so, CX reject!!!

SQ terlalu banyak pertukaran flight. malah aku rasa pertukaran flight ke SIN adalah ridiculus untuk dipertimbangkan sebab servisnya adalah charter. maknanya kena beratur untuk tunggu giliran naik flight. ataupun tak payah? ah, yang penting, option ini msih ada MAS dalam senarai flight KUL-SIN dan SIN-KUL.... tak mau, naik B737-400, baik aku arrange percutian ke Kuching je kalau macam tu. SQ cancel!!!

sekarang ada MH dan AK. personally aku tak suka AK. tapi ni pandangan peribadi sahaja, walaupun keputusan pembelian memang perlu ada campurtangan perasaan dan individual concern. tapi aku cuba buat keputusan yang lebih profesional. cuma aku rasa, aku masih reject AK. kenapa?

  1. walaupun harga tiket murah. tapi tak terjamin kalau barang aku hilang. setahu aku AK tak bertanggungjawab ke atas luggage. mungkin mereka dah ubah polisi tapi aku masih teringat polisi lama ni.
  2. aku rasa la, naik kat KLIA kan ke lagi bagus kalau nak dibandingkan dengan LCCT? walaupun LCCT sekarang dah ada departure hall yang baru, tapi ia tetap LCCT.
  3. kalau guna AK, kompem takde aerobridge.... tak mau la aku jalan atas tarmac yang panas giler waktu siang tu. aku gi Kuching pun guna aerobridge (oppsss.... kat dubai aku pernah guna tangga gak,hehe)
  4. AK takde makanan!!!! ini yang paling aku tak suka.... walaupun ada jual nasi lemak, aku rasa lagi best kalau semua orang dapat makanan. dan kalau la nak beli nasi lemak tu, kena keluarkan duit la dari poket time atas kapal terbang? ish2....
  5. peramugari AK sangat seksi dengan skirt pendek dan baju yang macam blazer tu. tidakkkk.... aku lagi suka tengok perempuan pakai kebaya (ketat)..... macam mana la stewardess tu boleh pakai baju yang tak cantik tu?
  6. free seating..... oh, ni yang aku paling tak suka. macam naik bas Rapid KL la pulak. pilih tempat kosong yang anda jumpa. hahaha....
  7. errr.... ada bantal tak kat dalam kapal terbang? selimut? TV? (tapi aku rasa MH pon takde PTV kalau flight g HK ni...ish2)
keputusannya........ aku tak boleh pergi bercuti..... hahaah. (mana ada duit nak dibazirkan, dan aku pun sedang menjalani Latihan Industri di Rapid KL)

*p/s- jangan marah.... aku memang kuat berangan. tapi ni la punca kejayaan aku untuk berjaya merantau ke negara orang. survivor!!! (errr.... Amazing Race la)

2 comments:

Andy Kaizar said...

episod berangan rupenyer kali ni ye adik2... baru ingat nak masukkan luggage skali...

jon hafkian said...

oh ye ke?kwn i nk dok dlm luggage i.btw,i'm looking forward utk g HK gak dlm thn depan ke kalo da kerja.or else,thn depan simpan duit,pergi 2010....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...