Saturday, April 18, 2009

project fast and the furious 4

aku malas nak tulis banyak-banyak la kali ni. semua gambar aku dah upload di Flickr. jadi kalau rajin-rajin nak ikuti perkembangan hidup aku boleh la tengok gambar-gambar tu. exam start Selasa depan.skema jawapan tak buat lagi ni. caiyuk-caiyuk.

aku dgn jerman
aku dengan jerman waktu tournament ragbi di UTM

aku dengan projek
aku disamping projek tahun akhir

cuci kereta
keretaku dicuci akhirnya

*aku geram....sejak busy dengan projek ni, muka aku berminyak dengan sangat teruk. semua gambar aku jadi berkilat. ish2.... itu belum lagi aku cerita tentang parut di muka yang tak mau hilang ni.

*aku tengok post ni macam ada yang tak kena pulak.... rupa-rupanya aku tak cerita pasal tajuk ni.... projek (projek tahun akhir) dah selesai kecuali draft dan thesis belum hantar. fast and te furious, movie yang aku tengok malam semalam di tebrau city.... waaa, best!!!!

Thursday, April 16, 2009

IQ test yang menyakitkan

Free IQ Test
Free-IQTest.net - Free IQ Test

omg...sakit otak aku buat benda ni... please la, aku tak boleh langsung buat soalan yang susun2 huruf tu. lepas tu, sequence number yang last sekali pon tak boleh buat. bravo la sape yang betul-betul bijak dan genius. aku setakat above average je. ok la tu.....

presentation dan demo

eyeah!!!! segala perit jerih dah lepas. pagi tadi aku wat demo. hmmm... macam yang aku agak, ionizer aku terbakar lagi pagi ni. nasib baik 2 orang panel ada time tu. jadi dorg tau la yang ak nye circuit da x bole guna. so, ak tawakal je la. cerita la apa yang patut. cuma aku rasa aku da buat yang terbaik tadi kecuali takde result yang boleh tunjuk sebab ionizer burn.

yang best nya, time aku demo ada orang record video untuk fakulti. aku orang pertama pulak tu yang dorg record. walhal ak nye projek ada komponen burn dan result xbole kuar. haha... yang pentingnya confident. ak cite macam2 la tadi. siap kasi cadangan lagi untuk projek seterusnya kalau ada junior nak teruskan projek ni.

projek aku sepatutnya pasal 'spatial filtering effect' je. tapi bila demo aku banyak cerita pasal cross-correlation pulak. ada sikit-sikit cerita pasal concentration. haha..... cuma panel ketiga tadi, aku geram sket. semalam die juga yang kasi soalan-soalan 'kesukaan' tu. ah, biarlah.....

Tuesday, April 14, 2009

kenapalah soalan bodoh itu yang ditanya?

aku memang menahan geram je tadi. mentang-mentang la aku boleh jawab pasal fundamental knowledge pasal study yang aku buat/investigate untuk projek aku, sedap-sedap je la panel cari point benda lain.

oh, please. it's such bunch of silly question. aku rasa la kn, lecturer ni memang dah berpegang kepada ajaran (dakyah) bahawa tiada soalan bodoh dalam dunia ni. true, but it's not related at all!!!! tolonglah, soalan macam 'kenapa bola yang attach dekat kayu ni kena berpusing macam kipas,apa fungsi dia berpusing?'... a big OMG, ni macam tanya kenapa bola itu bulat?

Sunday, April 12, 2009

saya penat...saya takut

saya penat.... sebab siapkan FYP... presentation hari Selasa (14 April 2009) dan Demonstrasi (15 April 2009). sekarang ni masa tidur pun dah terganggu. asyik teringatkan kerja yang masih belum selesai.

saya takut.... macam nak pergi bertanding pula takut kali ni. kan ke seronok kalau macam debat, kalau tak nak ambil celahan (izin laluan) pun takpe. ni dah sah-sah la kena jawab semua soalan daripada panel penilai. jangan kena kondem sudah la. yang penting jangan kena marah dengan panel.

Wednesday, April 8, 2009

wedding plan

1. How old are you?
# masih 22 tahun

2. Are you single?
# ya betolll

3. At what age do you think you’ll get married?
# entahlah....30 tahun kot

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
# i dunno!!!

5. If not, who do you want to marry?
# kita tunggu jodoh... insyaAllah adalah jodoh nanti

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
# tak terfikir pon

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
# traditional.... tapi macam nak buat beach la.haha...

8. Where do you plan to go on honeymoon?

# paris, france.... semestinya. kalau tak pon, g venice, italy

9. How many guests do you think you’ll invite?
# depends pada ongkos jugak... tapi kalau boleh nak ajak ramai2 saudara-mara, kawan2....

10. Will that include your exes?
# takde ex....

11. How many layers of cake do you want?
# 3 la.... 2 da macam common pulak

12. When do you want to get married, morning or evening?
# morning.... entahlah, tak penah pikir pon ada beza semua tu

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding:
# selamat pengantin baru? ala, kenduri kahwin, of coz la lagu kahwin

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
# ada beza ke? ala... buat macam standard orang lain sudah. yang penting tak menyusahkan diri dan keluarga

15. Champagne or red wine?
# aku masih berpegang kepada ajaran islam ok... no arak2 ni

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

# days kot... kesian kat family lepas habis wedding je tros g tinggalkan dorg. at least, ni la masa berkenalan dengan family kan.

17. Money or household items?
# ni ape? hadiah kahwin ke? i thought semua orang tau kalau dtg kenduri kahwin kene bayar makan? at least tu sumbangan kita untuk kurangkan beban tuan rumah. hadiah semestinya, sangat2 dialu2kan... terima kasih

18. How many kids would you like to have?
# selama ni aku pernah terfikir nak ada anak yang boleh muat kereta sedan je. so, 3 orang sahaja.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
# yang **** tu tak payah la. tapi kalau yang lain macam jalan2 ke, bagus gak kalo record. but i prefer picture la compared to video.

20. I want to know their wedding plan…
# takde sape2 la.... sape yang terbaca tag ni dan terasa nak bercerita tentang wedding plan anda boleh la buat tag ni...

-------------------------------------------------

hari ni hari keputraan Sultan Johor... so cuti.

------------------

berhati2... sebab aku baru check online ticket tadi. penerbangan pergi-balik kl-kk 21-26 Nov 2009, AK RM271, MH RM258.... sape lagi murah ni? haha, kalau aku mestilah pilih yang ada makanan dan free 20KG luggage, tax paid in flight ticket fee. but pilihan yang bijak.

Tuesday, April 7, 2009

sesungguhnya kisah itu benar belaka

sabar ye adik-adik. minggu ni dengan minggu depan takde GG. the week after next week barulah ada episod baru GG. maknanya, 2 minggu ni aku boleh tumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan projek tahun akhir aku (optimis sikit).... down.

-------------------------------
hmmm.... pagi nanti nak kena pergi bayar saman pula. memang dugaan. hari ni aku parking jauh sikit, takut disaman lagi. serik. esok nak daftar subjek semester depan, Khamis daftar Latihan Industri. here I come Rapid KL rail training division (hahaa, bulan 5 nanti daaa)

Monday, April 6, 2009

post sebenar hari ni

haha... nak gelak juga bila aku baca semula post malam tadi. kuat berangan anak pakcik Salim ni rupanya. hmmm, sebenarnya aku ada berangan lagi. tapi malu nak cerita banyak-banyak. huhuhu.....

------------------------
aku gerammm!!!!! kereta aku disaman hari ni. pendek kata, semua yang parking di Kolej !& disaman pagi ni. tu lah, sape suruh tak ikut pergi lawatan industri tadi? hahaha... aku sepatutnya pergi ke Pasir Gudang pagi tadi sempena Lawatan Industri. tapi aku ponteng. ada urusan penting yang aku perlu settle kan pagi ni juga. nasib baik sempat.... FUUUHHHH!!!! lega....

hujan lebat di JB
hujan lebat di JB

me at BK

me.... masih botak

Burger King

my lunch today, Mushroom Grilled Chicken

*p/s- flickr ada problem jap. ptg nnt aku letak lagi gambar hari ni.

updated!!!

personally i like the first picture tu. nampak nice and quite classy. i mean the place itself in BK Jalan Tun Abdul Razak, JB. i just wonder why people not favour BK as their burger is actually better than McD. i'm a McD fan myself. but i do find BK burger and fries (yeah, it's fries really tasty... uncomparable) is really great.

oh, the interior of this BK is very elegant. nice colour, nice furniture and nice floor. but 1 thing that i don't really like about BK. their service is quite lame. please, i'm BK customer. so, please do entertain me as soon as i'm stading at the counter to make an order. and they are very 'lembap'... haiyo, i can do their work faster lorrr..... however, i still can't deny that their burger and fries is the BEST.

Sunday, April 5, 2009

cuti-cuti hong kong (cchk)

haahaha... tiba-tiba pulak berangan nak pergi bercuti. hong kong pula tu. tarikh lagi la tak menahan mendengar, 16-19 Jun 2009. macam la aku ni dah kerja nak habiskan duit pergi bercuti. takpe la.... ni time tengah belajar la yang boleh berangan lebih-lebih. nanti dah kerja, boleh terus tunaikan angan-angan tu. hahhaa.....

ok, kita mulakan dengan MH atau Malaysia Airlines. round trip untuk 16-19 Jun berharga MYR903 sahaja. berlepas di KLIA dan tiba di HKIA (sama juga time balik)

lepas tu aku check SQ atau Singapore Airlines. sebab orang kata SQ lagi murah dari MH (bukan ayah aku bgtau, sbb die cakap SQ lagik mahal dari MH). berlepas dari KLIA-SIN-HKIA (balik pun sama jugak). penerbangan ni ada transit kat Changi. aku suka jugak kalau transit ni. boleh mencuci mata kat tempat orang lain. cuma harganya MYR1575. opppssss..... RM400++ lebih mahal dari MH nampaknya.

aku check pula CX atau Cathay Pacific (HK nye airlines). ada penerbangan transit di Kota Kinabalu, tapi semua da penuh (orang suka transit situ kot). jadi ambil direct flight je ke HK dari KLIA. harganya? MYR3152... mak oiiii.... mahalnya. ish, tak boleh jadi ni.

akhirnya, aku check la airline yang paling murah (ni kompem murah), Air Asia atau AK. berlepas seperti biasa di LCCT-KLIA (tapi pakai international departure baru siap tu) dan sampai juga di HKIA. harga memang dah agak murah.... MYR620. rasanya ni tak termasuk luggage, tiada makanan langsung (mungkin ada kacang kot...hahaha), dan mungkin juga kena bayar airport charge bila sampai nanti. aku tak pasti sebab masih belum pernah guna AK sepanjang hidup aku.

ok, anggap la aku ni ada duit dan boleh pergi bercuti ke percutian idaman tu. 16-19 Jun 2009. Airline yang mana akan aku guna?
  1. MH
  2. SQ
  3. CX
  4. AK
wah.... cukup-cukup 4 choice...

jawapannya...... kita tolak awal2 CX sebab MAHAL dan flight pergi adalah MAS, baik naik MAS je kalau macam tu. lagipun, die tak dapat kompemkan flight balik. so, CX reject!!!

SQ terlalu banyak pertukaran flight. malah aku rasa pertukaran flight ke SIN adalah ridiculus untuk dipertimbangkan sebab servisnya adalah charter. maknanya kena beratur untuk tunggu giliran naik flight. ataupun tak payah? ah, yang penting, option ini msih ada MAS dalam senarai flight KUL-SIN dan SIN-KUL.... tak mau, naik B737-400, baik aku arrange percutian ke Kuching je kalau macam tu. SQ cancel!!!

sekarang ada MH dan AK. personally aku tak suka AK. tapi ni pandangan peribadi sahaja, walaupun keputusan pembelian memang perlu ada campurtangan perasaan dan individual concern. tapi aku cuba buat keputusan yang lebih profesional. cuma aku rasa, aku masih reject AK. kenapa?

  1. walaupun harga tiket murah. tapi tak terjamin kalau barang aku hilang. setahu aku AK tak bertanggungjawab ke atas luggage. mungkin mereka dah ubah polisi tapi aku masih teringat polisi lama ni.
  2. aku rasa la, naik kat KLIA kan ke lagi bagus kalau nak dibandingkan dengan LCCT? walaupun LCCT sekarang dah ada departure hall yang baru, tapi ia tetap LCCT.
  3. kalau guna AK, kompem takde aerobridge.... tak mau la aku jalan atas tarmac yang panas giler waktu siang tu. aku gi Kuching pun guna aerobridge (oppsss.... kat dubai aku pernah guna tangga gak,hehe)
  4. AK takde makanan!!!! ini yang paling aku tak suka.... walaupun ada jual nasi lemak, aku rasa lagi best kalau semua orang dapat makanan. dan kalau la nak beli nasi lemak tu, kena keluarkan duit la dari poket time atas kapal terbang? ish2....
  5. peramugari AK sangat seksi dengan skirt pendek dan baju yang macam blazer tu. tidakkkk.... aku lagi suka tengok perempuan pakai kebaya (ketat)..... macam mana la stewardess tu boleh pakai baju yang tak cantik tu?
  6. free seating..... oh, ni yang aku paling tak suka. macam naik bas Rapid KL la pulak. pilih tempat kosong yang anda jumpa. hahaha....
  7. errr.... ada bantal tak kat dalam kapal terbang? selimut? TV? (tapi aku rasa MH pon takde PTV kalau flight g HK ni...ish2)
keputusannya........ aku tak boleh pergi bercuti..... hahaah. (mana ada duit nak dibazirkan, dan aku pun sedang menjalani Latihan Industri di Rapid KL)

*p/s- jangan marah.... aku memang kuat berangan. tapi ni la punca kejayaan aku untuk berjaya merantau ke negara orang. survivor!!! (errr.... Amazing Race la)

tag dan BST

1. Write your blogger username.
2. Write your two favorite bands/groups at the moment (not overall, just currently).
3. Write I ♥ ___ (this isn’t really for anything, just to see how you draw hearts!)
4. Write the name of your favorite person of all time.
5. Write down your recently favored person.
6. Tag 5 people to do this meme.

  1. jon hafkian
  2. MUH,...... 1 je la
  3. 1 love my cat....haha
  4. da takde da orang tu dalam ingatan aku
  5. macam takde pon....none
  6. tak mau tag sape2. kawan2 aku malas wat tag, aku tau
----------------------------------

British Summer Time

At 2.00 am BST (1.00 am GMT) on Sunday 29 March 2009 the clocks will move forward by an hour as civil time returns to British Summer Time (BST) from Coordinated Universal Time (almost identical to Greenwich Mean Time).

The Ninth European Parliament and Council Directive on Summer Time Arrangements states that summer (or daylight saving) time will be kept between the last Sunday in March to the last Sunday in October. The changes will take place at 01.00 GMT.

Summer time dates, 2009-2012

Year Date
2009 29 March to 25 October
2010 28 March to 31 October
2011 27 March to 30 October
2012 25 March to 28 October

  • adakah korang rasa skarang ni masih winter sebab nak ikut GMT+8 kalau nak tengok EPL? salah!!!!! sekarang adalah +7 jam masa London.
  • ada kawan aku (ramai ok!!!) tak mau percaya bila aku cakap EPL start pukul 10.00p.m waktu Malaysia (1500 waktu London) tadi
  • ah, nasiblah nak percaya atau tak. yang penting ada yang konon2 nak pergi tgk EPL, sebab katanya start kul 11.00mlm. Check kat Livescore, da masuk 2nd half time tu (11.30mlm)
  • sape suro tak percaya? hahahaahahahaahaha......

Saturday, April 4, 2009

X-Men news

Salinan filem X-Men terbaru dicuri

SAN FRANCISCO 2 April – Salinan filem X-Men: Wolverine yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi telah dicuri dan disiarkan di Internet semalam bagi membolehkannya di muat turun daripada fail perkongsian laman web.

Menurut jurucakap studio Twentieth Century Fox Films, Chris Petrikin, versi awal filem berkenaan yang masih tidak sempurna telah dicuri lewat Selasa lalu dan diletakkan secara haram di laman web.

“Salinan yang dicuri itu adalah tanpa banyak kesan bunyi, kehilangan adegan-adegan tertentu serta belum diedit dan hanya memuatkan bunyi dan muzik sementara.

“Kami telah menghubungi pihak berkuasa dan meminta mereka yang bertanggungjawab supaya mengeluarkan salinan itu,” kata Petrikin.

Fox secara forensik mengesan filem digital bagi memudahkan mengenal pasti siapa yang menyiarkan dan memuat turun salinan berkenaan. – AFP

*p/s- habislah sape yg gatal pegi dwld.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...