Thursday, August 27, 2009

itu setan,jin atau bunian?

kepada yang dah selalu dengar cerita-cerita aku sebelum ni (bukan di blog), mungkin pernah dengar aku cerita kisah aku diganggu di kolej lama dulu. kisah 2 tahun lepas terjadi lagi tahun ni!!!

aku rasa susah nak percaya. tapi ni dah kali kedua terjadi gangguan di bulan Ramadhan. seingat aku tentang apa yang dipelajari waktu sekolah dulu, syaitan dan iblis dibelenggu (diikat) waktu bulan Ramadhan. jadi apa sebenarnya makhluk yang ganggu aku 2 malam lepas dan 2 tahun lepas tu?

aku agak bingung. dulu aku tak percaya sebab masa aku diganggu tu adalah subuh pertama di bulan Ramadhan. mana mungkin aku diganggu hantu setan semua sebab mereka dah diikat. tapi aku masih belum boleh lupa bagaimana makhluk berbentuk kucing di belakang aku melompat ke depan ku yang masih baring separuh tidur.... malah imej yang aku perasan di depan aku bukanlah kucing, tapi seekor monyet (dan seangkatan dengannya)..... apa lagi, terus melompat la aku. (note: lampu study aku masih di on waktu tu)

itu 2 tahun lepas. tahun ni pula, seorang manusia naik ke katil aku (melangkah aku yang masih baring) dan baring di kanan ku. 'manusia' tu berbaju melayu dan sedikit menghempap kanan badan ku. aku apa lagi, melompat la....

kisah bulan Ramadhan aku memang agak pelik... tu belum lagi aku cerita macam mana aku mengalami 3 gangguan berturut-turut dalam 1 malam (duration kurang daripada 20 minit aku balik dari bilik kawan aku, dalam 0125-0140)

6 comments:

budakmengamuk said...

sebelum tido basuh kaki.
baca apa2 yg patot.
:)

jon hafkian said...

hmmm.....ari tu x basuh kaki kot..

The Rhymeweaver said...

mungkin sebenarnya setan kena ikat tu figurative language je, diorg mana betul2 kena ikat, cuma bisikan diorg je yg berkurang time bula puasa ni. wallahualam

-syim- said...

huishh...seram giler wei..
k17 mmg camtu ke..
peh..aku rasa jin kot

jon hafkian said...

rhyme- ntahla,aku ni bkn alim ulamak untuk ulas panjang ttg maksud dlm al-Qur'an.mungkin la btol....mungkin tidak.

syim- ala,menda ni kat mana2 je kn....dulu aku kat kolej lama pon penah kene ganggu gak.byk kali lagik.

tunku said...

tunku mazeli-nasib baik aku kt atas x kena....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...