Sunday, August 9, 2009

G.I.JOE to G.I.JON

tadi aku tonton wayang dengan Anip, Fahmie dengan Syafiq. cerita G. I. Joe The Rise of Cobra. kalau nak diikutkan cerita ni antara top movie dalam must watch aku untuk tahun ni. semua gara-gara trailer yang melampau-lampau setiap kali aku pergi tonton wayang. jadi teruja la nak tengok macam mana dorang ni boleh tumbangkan Eiffel Tower tu kan.

hasilnya? movie agak over rated. mungkin aku yang meletakkan high expectation. tapi aku pasti orang lain pun sama juga sebab dah tengok trailer yang melampau-lampau hebat. kira pendek kata, movie ni macam Twilight dulu la, indah khabar dari rupa. trailer je yang action hebat tahap dewa, rupanya cerita cinta je panjang (tapi aku suka gak,oh G I Joe bukan cerita cinta)....hmmm, movie ni pon aku suka. cuma sedikit kecewa sebab CGI yang digunakan sangatlah tahap negara membangun nak buat. kalau Cicakman tu, aku boleh maafkan la kalau CGI tahap biasa-biasa. sebab kos dorang terhad. movie ni kosnya tak kan la setakat 2-3mil (dan tak mungkin dalam RM).

overall, ok la movie ni. kalau nak tau lebih lanjut, pegi tgk kat wayang... kalau malas, baca je review atau nak lagi best, baca spoiler. hahaha..... oh, ni ada official website die (NOTE: tak payah bukak kalau internet lembap/tak laju/tak hebat.... byk video/multimedia/benda-benda yang menyebabkan laman ni berat untuk loading). klik kat >>>>>>>sini

oh, ni ada ole-ole sikit dari wayang tadi.... hehehe

gi-joe-the-rise-of-cobra-6-1024

gi-joe-the-rise-of-cobra-4-1024

Channing_Tatum_in_G.I._Joe _Rise_of_the_Cobra_Wallpaper_2_1024

tengok pic tu.... rasa macam nak join plak G I Joe ni....

DSC00514

with face mask

DSC00510

siap ada boot, visor dengan high pressure senapang (pe ek dlm english?)

amacam? ada bakat tak?

*p/s- si orang jahat tu orang Scotland, tapi cara die cakap macam orang Ukraine.

4 comments:

Andy Kaizar said...

motip? adakah anda menghidap h1n1 kritikal sehingga memerlukan mask2 sedemikian rupa? kikiki

jon hafkian said...

berangan nak jadi power ranger eh...JOE.yo special force tuh....

budakmengamuk said...

dah tengok gak GI Joe. setuju, teknik CGI yg pecah lubang... :)

jon hafkian said...

yessssr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...