Wednesday, December 31, 2008

akhir kalam 2008

sempena hari terakhir dalam tahun 2008 ni, aku rasa nak buat jugak la sedikit rumusan tentang apa yang dah berlaku terutamanya pada diri aku dan kehidupan disekeliling aku.

cinta dan cita

aku tidak bercinta. orang-orang yang aku suka pun aku dah dapat lupakan (yang crush la). yang paling bahagia, sepanjang cuti lalu aku langsung tidak pernah teringatkan mereka sekalipun. aku cuma sibuk dengan kehidupan di rumah dan percutianku. dalam kereta waktu on the way ke Johor tadi baru aku teringat. haha....

cita... aku tak tau. aku keliru sekarang. ye aku tau result exam aku tak bagus (sebelum ni pon tak la bagus pon). tapi tolonglah, janganlah 'down' kan aku hanya kerana aku akan extend ataupun tak mencapai gred yang bagus macam kawan-kawan aku. ok, diorang bagus, pandai, bijak. so what? aku dah makan atau tak, orang tak pernah sibuk nak tanya. jadi aku tak harap soalan-soalan 'bijak' ditanya. enough is enough.

debat

aku tak hebat. aku kan produk gagal (aku tau). tapi tak bermakna aku tak berusaha. tak jugak bermakna aku takde matlamat nak berjaya. aku ada semua itu. cuma aku dah tak boleh buat lagi. dulu, bila orang paksa aku, aku turutkan shj. hari-hari aku di kerah untuk berlatih (ye hari-hari), aku tak pernah merungut pon. aku di marah, di MAKI pon aku tak pernah bersuara untuk melawan. sebab aku tau, aku belajar dan aku perlu menerima ajaran orang lain.

cuma aku ni manusia biasa. aku ada had kesabaran tertentu. dan orang yang MELAMPAU had itu, tak layak untuk benci aku atau menghina aku hanya kerana aku dah tak boleh terima lagi kutukan, hinaan dsb. aku yang sepatutnya benci dia. aku yang sepatutnya hina dia semula. sebab dia tak hormat aku dan menguji kesabaran aku sampai ke kemuncak. aku tidak berdosa. tapi aku akan benci orang itu termasuk keseluruhan keturunan dia.

alah, aku produk gagal ke, aku tak hebat ke, yang penting aku dah pernah bertanding sampai ke peringkat separuh akhir. biarlah pertandingan tu tak grand ke, tak banyak team hebat ke. yang penting, produk gagal ni pernah berjaya sampai ke tahap itu.

cuti-cuti dunia

dulu cuti-cuti Malaysia. sekarang up sket, cuti-cuti dunia pulak. 2008 aku berjaya menawan kota Singapura dengan keringat aku sendiri. kali ini aku pergi dengan inisiatif sendiri, duit sendiri dan plan keseluruhan sendiri. daripada naik bas, immigration clearance, sightseeing. semuanya sendiri. yang penting, aku bawak 2 orang lagi kawan. agak berbangga dengan diri sendiri apabila ada orang yang percaya bahawa aku boleh bawak mereka walaupun itu adalah kali pertama aku ke Singapura. sama seperti mereka juga, aku tak pernah jejakkan kaki ke Singapura sebelum itu. kepercayaan itu satu anugerah.

-----

pendek kata, tahun ni aku takde apa-apa yang dicapai pon. takde apa-apa yang boleh dibanggakan. setakat pernah bertanding sampai separuh akhir dengan pergi bercuti.

aku try tulis dengan lebih bersopan. ye lah, rumusan tu.

5 comments:

Andy Kaizar said...

satu kejujuran yang jarang2 ditemui. ya, kami percaya achtung! (sambil memegang sepanduk "undilah achtung!")

jon hafkian said...

thank you,thank you....(muka bangga shin chan)
haha....

Wanpetunjuk said...

Salam....salam maal hijrah dan selamat tahun baru achtung...bilalah dapat jumpe lagi nih....hehehe...

do ur best bro!!!

jon hafkian said...

salam maal hijrah n salam tahun baru jugak.bila?ada rezeki,jumpa lah kita.

thanks....

Anonymous said...

how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...