Thursday, August 27, 2009

itu setan,jin atau bunian?

kepada yang dah selalu dengar cerita-cerita aku sebelum ni (bukan di blog), mungkin pernah dengar aku cerita kisah aku diganggu di kolej lama dulu. kisah 2 tahun lepas terjadi lagi tahun ni!!!

aku rasa susah nak percaya. tapi ni dah kali kedua terjadi gangguan di bulan Ramadhan. seingat aku tentang apa yang dipelajari waktu sekolah dulu, syaitan dan iblis dibelenggu (diikat) waktu bulan Ramadhan. jadi apa sebenarnya makhluk yang ganggu aku 2 malam lepas dan 2 tahun lepas tu?

aku agak bingung. dulu aku tak percaya sebab masa aku diganggu tu adalah subuh pertama di bulan Ramadhan. mana mungkin aku diganggu hantu setan semua sebab mereka dah diikat. tapi aku masih belum boleh lupa bagaimana makhluk berbentuk kucing di belakang aku melompat ke depan ku yang masih baring separuh tidur.... malah imej yang aku perasan di depan aku bukanlah kucing, tapi seekor monyet (dan seangkatan dengannya)..... apa lagi, terus melompat la aku. (note: lampu study aku masih di on waktu tu)

itu 2 tahun lepas. tahun ni pula, seorang manusia naik ke katil aku (melangkah aku yang masih baring) dan baring di kanan ku. 'manusia' tu berbaju melayu dan sedikit menghempap kanan badan ku. aku apa lagi, melompat la....

kisah bulan Ramadhan aku memang agak pelik... tu belum lagi aku cerita macam mana aku mengalami 3 gangguan berturut-turut dalam 1 malam (duration kurang daripada 20 minit aku balik dari bilik kawan aku, dalam 0125-0140)

Tuesday, August 25, 2009

mujur aku sedang berpuasa

kalau tak.... aku dh mencarut-marut, memaki-hamun dan menyumpah-seranah la gamaknya.....

(control ayat ni)..... aku geram, cimbclick tak boleh login. bila aku check kat facebook, baru tau yang hari ni dorg dapat gaji (orang-orang bekerja). malah ada yang mention kat status lagi pasal benda ni. mungkin sekarang dah ok si encik cimbclick tu, aku check kejap lagi (tulis dengan nada sederhana)

aku sebenarnya curious la dengan cimbclick ni. selamat ke? setakat ni aku masih lagi hijau dalam penggunaan cimbclick ni. tak pandai pun nak guna. register pun baru minggu lepas. waktu konvo, sebab keluarkan duit kat SUB dan terus daftar cimbclick. mungkin kalau ada masa nanti aku boleh explore penggunaan cimbclick ni.

p/s- sebelum ni aku guna maybank2u je.... haha, gatal nak tambah cimbclik pulak.

Monday, August 24, 2009

blogger boy?berangan....

just watch a few episode on Blogger Boy (internet streaming). so far, in this few episode I still don't find any relationship within the main character (budi) and blogging world. not at all. i know he write something about his feeling on his laptop, but that doesn't mean that he's blogging. i feel that he's just doing his journal (macam zaman skola2 dulu) instead of blogging. even in the story, they use comic figure as his journal.... is a comic = blogging? maybe yes, maybe not.... the most important thing is that blog we post it online so that people can read it, not only to ourself.

just my 2cents....

but, the graphic comic looks like kouru's, i think it's her....

p/s- maybe production nak guna nama blog sebab skrg most teenagers pon demam blog. at least org=orang macam aku ni..... hahaha.....

Sunday, August 16, 2009

H1N1

Salam.Kalau menghadapi simptom selesema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala, sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah. Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tlong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.-HOSPIAL SULTAN AMINAH JOHOR. Bersama mendoakan kesejahteraan ummah.. Amin

*credit to my friend Maimanah for forwarding this messege to me and all our friends. hope those who read this post can continue fwd to other friend.

Wednesday, August 12, 2009

kenapa namanya tag?

ni tag daripada Marcos. jawab je la..

the tag rules: 


sila bayangkan anda sedang membuat buku biodata/biografi rakan anda semasa anda berumur 12 tahun. lalu jawab soalan2 di bawah ini oke. mudah kan? jadi sila la jawab.

Nama : 
mohd hafidzuddin bin salim (haha...kecik2 dulu sebenarnya aku tak reti sangat eja nama sendiri...tapi ni da 12thn so kene hafal sebab nak UPSR)


Nama Pangilan : 
kalau nak panggil hafidzuddin pon bole, tapi kalo rasa lidah tu tergeliat, boleh panggil achtung... tapi kalo nak mudah, panggil jon sudah... oh, eddy pon mudah gak nak panggil

Tarikh lahir : 
tarikh yang mudah diingati sebab tarikh lahir aku lewat 12 hari dari kakak aku, lewat 3 hari dari tarikh ayah aku dan cepat 11 hari dari mak aku... aku lahir pada 17 septembar. kakak aku lahir 5 september, ayah aku 14 september dan mak aku 28 september. in case kalo aku lupa.... (oh my younger brother is the only person in my family yg bukan lahir bulan september, die may)

Tempat lahir : 
kat rumah la. doktor, bidan, nurse sume datang umah. time tu GH (HKL) penuh.... (ramai pulak yang  lahir september ye sampai hospital penuh,heheeh)

Status : 
bujang.... er,belum berkahwin. tunang pon belum juga, calon pon belum ada.... ada yg berminat? hahaha....

Hobi :
membaca.... aku memang suka baca la. buku ke, blog ke, internet.... anything yg aku rasa menarik. even wikipedia adalah salah satu web yg selalu aku layari untuk membaca tentang amsterdam yang dikelilingi dengan tembok2 untuk menghalang banjir kerana kedudukan tempatnya yg lebih rendah dari paras laut..... informasi tu.

Makanan kegemaran : 
nasi lemakkkk.... (takla fav pon).... rendang daging sekali. fast food (MC D, BK etc)

Minuman kegemaran : 
milo ais.... fav tu. teh ais kat payung. fresh orange. vanilla coke kalau tengok wayang... hot chocolate, belgian chocolate

Cita- cita : 

oh ni aku suka.... aku penah nak jadi ustaz. nak jadi penyanyi, nak jadi reporter, nak jadi akauntan.... tu je kot.

tapi yg aku tak pernah menjadi cita-cita aku waktu kecik >>>>> jadi cikgu, jadi polis, askar, doktor, engineer, atlet....


Pengalaman buruk : 
dimaki dan dimarahi.... i hate that.

Pengalaman manis : 
journey across continent... hahaha, terbang di awan biru la. ape lagi kan. oh, kencing kat london... bapak aku suro g kencing sebab die kata nanti bole cite kat orang yang aku da kencing kat england. hehehe.....

Perkara yang disukai : 
makanan yang sedap-sedap, buku yang best-best, cerita-cerita yang menarik, train yang tak rosak, duit yang banyak, shopping dengan seronoknya, berjalan-jalan suka-suka hati aku..... hmmm, bercuti suka-suka hati aku. bangun pukul berapa yang aku suka. roommate takde kat bilik. pijak pasir pantai, hirup udara segar (KL tak segar ok udaranya)... memandu tanpa traffic jam.

Perkara yang tak disukai : 
roommate aku cakap sorang-sorang... omg, tampoi dekat je. ada rasa nak masuk hospital bahagia ke?tak pon aku yang masuk hospital tu....

Kawan yang diminati :
dah kahwin dengan orang lain.... hahaha. tak perlu ulas panjang-panjang.

Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? :
puas la sangat..... please get rid of my roommate 1st. oh, hidup ni masih panjang, banyak lagi yg perlu dicapai. duit simpanan pon ada ciput je. hutang aku lagi banyak sekarang ni. pasal bercuti pon sama gak, aku masih belum ke kelantan dan sabah... konon-kononnya nak pegi sabah new year nanti. tapi macam takde berita apa-apa pon.

Harapan : 
ni kena bukak buku yang aku tulis notes, banyak harapan aku da tulis. btw, make it short.... aku nak hidup senang di masa hadapan.... aku cadang nak pergi menunaikan umrah  selepas 3 tahun bekerja.... kalau ada rezeki sampailah aku ke tanah suci. simpanan tabung haji pon belum start.

last sekali aku tag:
nama-nama masih seperti biasa.... kaizar, khalif, budakmengamuk.... dan sape2 yang baca entry ni dan rasa macam nak buat. silakan. aku malas nak paksa.

Monday, August 10, 2009

post bergambar

sebelum menikmati panorama gambar-gambar tu, aku nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab dah update rupa blog ini. make up sudah ditukar warna, kali ni nampak lebih gothic lagi (ahaks!).... dan jumlah post hanya 3 berbanding dulu 10, untuk memudahkan page loading dan mengurangkan sumpah seranah orang kalau lambat loading...hehe. well,well.... happy new look Highlanders. caiyuk-caiyuk, aja-aja fighting, gambate......

oh, sebut tentang Higlanders aku teringat kenapa aku namakan blog ini dengan nama itu. jawapan mudah dan pasti, aku suka Scotland dan aku nak pergi lagi ke sana (kalau ada rezeki lagi).... go,go highlanders. hahaah...... setahu aku yang tak pernah baca sejarah United Kingdom ni (eh, dorang ada simpan sejarah melayu kan kat library die?), higlanders ni adalah pahlawan scotland yang mempertahankan negara mereka daripada dijajah oleh orang-orang England dalam perang antara Scottish-English.

cerita yang lebih boleh dipercayai boleh dibaca di sini.

make up baru, cerita pun barulah. okeh, selamat membaca dan selamat menjaga kesihatan (takut wooo H1N1)

DSCN3570

me, my dad and James Watt

IMG_0645

united we concuer

IMG_0666

di Cairngorm Mountain, Scottish Highland

IMG_0699

ya, melayu Glasgow

*p/s- roommate ku balik rumah kot. da 3 hari aku single-mingle ni... yeah, seronok!!!!!

----------------------------

updated

ni baru terbaca.... nak gelak pon ada, kesian pon ada. hmmm, mungkin tempatnya tak sesuai kot atau satu peringatan dari langit? siapa tahu kan? klik di sini.

Sunday, August 9, 2009

G.I.JOE to G.I.JON

tadi aku tonton wayang dengan Anip, Fahmie dengan Syafiq. cerita G. I. Joe The Rise of Cobra. kalau nak diikutkan cerita ni antara top movie dalam must watch aku untuk tahun ni. semua gara-gara trailer yang melampau-lampau setiap kali aku pergi tonton wayang. jadi teruja la nak tengok macam mana dorang ni boleh tumbangkan Eiffel Tower tu kan.

hasilnya? movie agak over rated. mungkin aku yang meletakkan high expectation. tapi aku pasti orang lain pun sama juga sebab dah tengok trailer yang melampau-lampau hebat. kira pendek kata, movie ni macam Twilight dulu la, indah khabar dari rupa. trailer je yang action hebat tahap dewa, rupanya cerita cinta je panjang (tapi aku suka gak,oh G I Joe bukan cerita cinta)....hmmm, movie ni pon aku suka. cuma sedikit kecewa sebab CGI yang digunakan sangatlah tahap negara membangun nak buat. kalau Cicakman tu, aku boleh maafkan la kalau CGI tahap biasa-biasa. sebab kos dorang terhad. movie ni kosnya tak kan la setakat 2-3mil (dan tak mungkin dalam RM).

overall, ok la movie ni. kalau nak tau lebih lanjut, pegi tgk kat wayang... kalau malas, baca je review atau nak lagi best, baca spoiler. hahaha..... oh, ni ada official website die (NOTE: tak payah bukak kalau internet lembap/tak laju/tak hebat.... byk video/multimedia/benda-benda yang menyebabkan laman ni berat untuk loading). klik kat >>>>>>>sini

oh, ni ada ole-ole sikit dari wayang tadi.... hehehe

gi-joe-the-rise-of-cobra-6-1024

gi-joe-the-rise-of-cobra-4-1024

Channing_Tatum_in_G.I._Joe _Rise_of_the_Cobra_Wallpaper_2_1024

tengok pic tu.... rasa macam nak join plak G I Joe ni....

DSC00514

with face mask

DSC00510

siap ada boot, visor dengan high pressure senapang (pe ek dlm english?)

amacam? ada bakat tak?

*p/s- si orang jahat tu orang Scotland, tapi cara die cakap macam orang Ukraine.

Tuesday, August 4, 2009

wrong translation

haiyo....i've just checked the TNB web for job application. just to check things out, so i clicked at the words vacancies and know what i manage to see? their translation for vacancy annoucement is is wrong. totally out.

this is what i see and what they do.>>>>

Job Notices

There are Job Notices available at the moment.

Tiada Job Notice wujud pada masa ini.

hmmm...... typo error?

Sunday, August 2, 2009

AKU GERAM!!!!

nak dijadikan cerita (jadi penglipur lara jap)

malam tadi aku tak boleh tidur nyenyak
sebab roomate aku stay up
bagussss...... teruskan usaha anda
malangnya, niat murni stay up itu
bukanlah untuk membaca buku
ataupun study ke..... apatah lagi nak bersolat hajat di malam2 hari
dah tu ape yg die buat malam2 buta tu?
.............................tgk anime, baca manga (duh!)

omg...... please la encik otaku
siang2 bacam mende2 tu tak boleh ke?
aku ni dahla memang susah nak tidur kalau pasang lampu
especially kalau pasang lampu tu
untuk aktiviti tak berfaedah ni
aku gerammm!!!!!
noktah pertama.

aku geram lagi......
pagi2 aku da tak boleh tidur semula lepas solat subuh
sebab.... encik otaku tu sambung baca manga
so.... aku pon bukak la pc n tgk movie
but u know what happen?
i smell something smelly... stink
aku tau baju die tak basuh2 lagi
dan berganti 2 baju yang sama selama seminggu ni
oh please encik otaku.....
walaupun ko gantung baju tu.....
it still smell bad.... yucks!!!!

arghhhh...... ape la malangnya pagi2
dah terbau busuk....
tu belum lagi aku describe tentang die bercakap sorang2....
yang tu lagi la buat aku rasa tertekan macam nak tampar je die
batuk2 tak henti2 macam orang batuk kering....
tak makan ubat pulak tu
siap ko kalau aku kena H1N1.....

hah....lepas segala geram aku
kali ni aku nekad
next week nak cari bilik baru
tak kisah la kena bayar denda ke
yang penting.............
hidup aku tak sengsara macam ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...