Sunday, May 31, 2009

musim demam

sekarang ni musim demam. aku ni pun baru sihat daripada demam selesema. ni sah-sah cuaca yang melampau pelik sekarang ni. panas sangat, lepas tu hujan pun sekadar di pinggiran je. tak sempat haba di KL ni nak tersejat, panas semula. sabar-sabar.

sebenarnya aku taklah terlalu terdedah kepada kepanasan tu. sebab kebanyakan masa aku duduk di bawah bumbung ataupun dalam bilik berhawa dingin. pergi kerja pagi-pagi buta, naik train sejuk. sampai kelana jaya, tukar train shuttle ke HQ Subang. lepas tu pergi minum pagi. masuk workshop, duduk dalam air-cond. kalau nak pergi makan pun lalu bawah bumbung semuanya. balik rumah naik train juga. sampai Taman Melati, mak aku jemput guna kereta.

cuma, perbezaan suhu ketara panas dan sejuk kot yang buat aku rasa tak sihat. demam berhari-hari.... ahah, cerita bosan.

Tuesday, May 26, 2009

sales?

Three nick-names
* hafidzuddin (nama penuh dorang panggil aku)
* hafidz a.k.a apiz (ni kawan2 time da besar panggil)
* achtung a.k.a atong (yg ni time kat smss dulu,tapi sampai skrg ada lagi yang panggil guna nama ni)

Three Jobs I have had in my life
* promoter
* traffic surveyor
* mekanik keretapi....ye betol aku baiki keretapi

Three Places I have lived
* kuala lumpur
* johor bahru
* glasgow (sebulan pon menetap pe tuh)

Three Places I want to live
* tokyo
* hong kong
* new york

Three TV Shows that I watch
* gossip girl
* heroes
* supernatural (tapi da lama gile x tgk)

Three Cities I have been this year
* kuala lumpur (sudah semestinya)
* johor bahru
* singapura

People that e-mail me regularly

* facebook...eh x bole tak jgn ganggu kedamaian hidup aku?
* transit
* latihan industri admin...(menyemak inbox seh)

Three of my favorite foods
* mc donald, double cheeseburger
* burger king, bk mushroom swiss
* masakan melayu....banyak tu. rendang daging la.

Three Things I would like to do
* bungee jumpee
* naik klcc bridge.....
* g singapore sales

Three Friends I think will respond

* kaizar
* khaliff
* sape2 la yg rajin nak wat

Things I am looking forward to
* cuti-cuti hong kong, aku ada tulis sebelum tu.
* new four car train lrt...tolonglah, lrt 2-car sangat sardin
* dapat kerja..... tolonglah aku!!!

Monday, May 25, 2009

aku mahu menulis,tapi...

banyak perkara yang membuatkan aku selalu menaha diri daripada menulis/mencoret di blog ni. kisah kehidupan seharian sebagai penumpang LRT yang setia pun aku belum pernah cerita. mungkin hujung minggu ni aku tulis kisah tu.

----------------------------
aku terkejut, sangat terkejut dengan penutupan blog kesukaan aku. blog seorang juruterbang a.k.a pilot yang banyak memberi inspirasi kepada aku untuk lebih banyak berjalan. mungkin kawan-kawan rapat aku kenal yang aku ni memang seorang traveller a.k.a pengembara. thanks to YH (YellowHerbie) sebab beri kesempatan untuk membaca blog anda yang sangat informatif dan menarik hati. punca penutupan tu aku pun tak tahu, malah semua post yang ada telah di delete. sedihnya.....

apa-apa pun YH....tabahkan hati. mungkin ini bukan hari kita. jangan risau, DIA sentiasa menolong orang yang memerlukan. kau sumber inspirasi ku....

*minat juga baca blog kenny sia. tapi aku sangat suka blog YH sebab YH sangat humble walaupun dia seorang pilot. bravo bro....

Friday, May 22, 2009

tired = penat

aku sangat penat sekarang...baru-baru ni. latihan industri ni memang memenatkan. kerja macam buruh kasar. bak kata orang-orang kat workshop, dah macam mekanik lori da. haha.... tapi memang mencabar la kerja ni. superb punya penat, ditambah dengan rasa macam nak patah pinggang bila kena berdiri 1 jam dalam train yasng penuh bak tin sardin.

semoga aku boleh menghadapi situasi ni dengan tabah. haha....

Friday, May 8, 2009

Ya Allah, tabahkanlah hatiku!

aku dah sampai ke tahap kemuncak kesabaran sekarang ni. supervisor psm aku memang dah melampaui batas sekarang ni. bukan setakat pilih kasih, aku dah terbiasa dengan itu. maki, perli tu semua dah makanan ruji semenjak berada di bawah seliaan dia.

yang amat menyakitkan hati aku apabila dia tak nak sign 2nd draft tesis aku. dia suruh aku betulkan semua semula dan tak payah berangan sibuk nak balik rumah. hoi orang tua, aku ada latihan industri la minggu depan. aku dah bagi tau pun dia buat tak paham je. terima kasih supervisor. aku takkan lupa jasa dia meng-anak tirikan aku, perli aku depan kawan aku, malukan aku depan kawan aku.

TERIMA KASIH. semoga Tuhan membalas jasa anda. kalau anda terbaca post ini, minta halal makan minum je la. aku takkan padam.

Thursday, May 7, 2009

kekeringan idea

haiyo...aku kekeringan idea. petang nanti dapat semula draft yang perlu di betulkan. aku masih belum buat abstrak tesis. hantar draft kosong tanpa abstrak.... masalahnya aku nye abstrak ni nak wat macam mana?
  1. aku takde idea nak tulis apa dalam abstrak.
  2. aku tak tau apa nama projek ni dalam bahasa melayu.... anyone has idea? 'the spatial filtering effect of electrodynamic sensor'
-----------------------------
duit dah habis!!! omg, duit habis sebelum masanya. ini yang buat aku parah ni. nak berjoli di hujung sem pon tak boleh sebab kekurangan 'ongkos'. takut je bila pergi makan. silap2 aku tak bawak duit kan..... kan ke naya tu?

-----------------------------
oh, nanti aku nye office time internship dekat dengan workshop ek? wah, memang mechanic wannabe la ni.... haha.... tak dapat nak dibayangkan.

-----------------------------
idea untuk berblog pon dah takde sekarang ni. kepala aku penuh untuk siapkan tesis, jilid tesis dengan hantar. itu sahaja. aku benci hidup macam tu. lepas tu kene kemas barang, i hate this!!! bergegas balik rumah, i love my home. last balik rumah 3 bulan yang lepas. aku balik semula ke UTM naik train sebab bawak kotak kayu untuk projek tahun akhir. semata-mata.

aku tak sabar nak menikmati semula hidup sebagai warga KL. memang dah lama aku tak rasa perasaan ni. mungkin 4 tahun lepas. sebelum aku masuk ke UTM dulu. oh, aku rindu KL, aku rindu rumah. tapi aku tak suka panas. aku dengar KL panas sekarang ni. sangat panas kata mereka (kawan-kawan aku). hah, perit la nampaknya.

tu yang aku rasa perlu untuk balik ke rumah secepat mungkin, sebab aku perlu sesuaikan diri dengan cuaca dan suhu dulu. JB tak sepanas KL.

Wednesday, May 6, 2009

thesis

esok petang pukul 4 baru dapat semula draft untuk diperbetulkan. lepas tu barulah boleh jilid tesis ni. remeh nye kerja nak buat correction, print, jilid dan hantar. kali ni dah sah-sah kena minta tolong kawan untuk hantarkan tesis sebab minggu depan hari isnin aku dah mula internship.

aku takde mood sekarang ni. aku terasa macam nak kerja je. 1 semester je lagi ni. hish, sabar...sabar.

Friday, May 1, 2009

layang-layang terputus talinya

LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA
ALLEYCATS

Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 
Sepanjang kehidupan 
Penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 

Kucuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa 
Walau aku dihina 
Namun aku tetap aku 

Derita oh derita 
Engkau di mana-mana 
Walaupun jauh aku berlari 
Mahupun berdiam diri 
Namun indah mimpi dari realiti 
Hidupku tanpa arah 
Bagaikan layang-layang 
Terputus talinya 

Tapi pasti suatu hari nanti 
Sinar suriakan menjelma

---------------------------------
aku pergi keluar berkaraoke dengan kawan-kawan malam tadi. sebelum balik semula ke UTM, kami minum-minum kat restoran Aliff dekat situ. sembang-sembang la pasal masa depan. kerja, kahwin, rumah, kereta... macam-macam la. tiba-tiba, aku rasa sedih pulak bila nak ditinggalkan kawan-kawan ni. yelah, tu la kawan-kawan aku fly malam (walaupun istilah fly dah tak valid lagi kat uni), overnight sampai 18 jam, 27 jam.... pergi danga bay pagi2 buta, tidur dekat masjid, drive tak rehat-rehat sampai 2 hari berturut-turut, pergi tengok wayang, dan yang paling penting.... karaoke.

tinggal seminggu lagi kami di UTM. selepas itu masing-masing akan membawa haluan sendiri. entah bila aku akan berjumpa mereka semula. sebulan? setahun? atau bertahun-tahun lamanya seperti rakan-rakan lama di sekolah dulu? aku pun tak pasti tentang ini. apa yang aku pasti, aku masih ada sisa hidup di UTM ni selama 1 semester lagi. selepas tu, aku juga akan mengikut jejak langkah rakan-rakan yang lain. mencari haluan hidup, mencari nafkah demi meneruskan kelangsungan hidup aku dan keluarga aku.

aku sedih.... aku sedih meninggalkan dan ditinggalkan.

----------------------------------
ni picture aktiviti sepanjang minggu lepas dan minggu ni. enjoy.

P4100215

macam pendatang ke?
haha...berkelah di teluk ramunia

tepi pantai
antara boys yang pergi berkelah

atas batu
bergambar atas batu

depan umah syasyi
we're SEI0509

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...