Sunday, October 4, 2009

tayar kereta ditoreh LAGI!

hahaah... suspen je title kali ni.

sebenarnya tayar yang ditoreh tu bukan tayar kereta Achtung pun. tapi tayar kereta junior debat Achtung, Ida. kereta baru seh. plat PJ* ****. baru kuar time raya baru ni. nasib baik plastik dah bukak. heheehe.....

kisahnya panjang. dipendekkan cerita. kami makan di Sayam, Stulang Laut JB. time balik daripada makan tu, Ida kata tayar macam gelong (whatever u call it, but it's deflected).... so aku suruh la berhenti di Shell yang paling dekat.

samapi je kat Shell tu kitorang turun kereta nak check tayar. rupanya tayar kat bahagian belakang driver tu pancit. jadi depa ni cuak la (ahaha... masing-masing tak reti tukar tayar la katakan!)

so, Super Achtung pun dengan sepantas kilat sambar-menyambar dari langit ke-7 terus offer nak tukarkan tayar (i know how to change tyre).... tanya ida ada tak tyre spare.... die kata takde. OMG (big OMG ye!)... matilah kalau takde spare tyre.... tapi confident gak check kat hood die. finally jumpa sebab keta die ni compact, Naza Sutera/Suria (aka kia picanto tu)... so kene punggah sampai ke bawah la.....

tapi kn... tayar spare tu kecik ya hazab!!!! Achtung terkejut, kawan-kawan lain pun sama.... nak gelak pun ada gak. tapi takpe la. as long as boleh gerak kan. Achtung suruh ridwan pergi pam dulu tayar spare tu. suruh Fakhrul check tayar yang pancit, takut ada paku. know what? paku takde, tapi kesan torehan ada.... cilakak punya orang. pegi cucuk paku lagi ok tau, sebab boleh tampal. ni dah sah-sah kena tukar tayar baru!

jadi, mulalah operasi menukar tayar, dengan arahan Super Achtung. I tunjuk cara dan buat pada mulanya, tapi diorang offer nak buat, just tunjukkan je. jadi Achtung pun ajarlah macam mana nak tukar tayar tu, mula dengan jek kereta, tunjuk tempat jek kereta..... bukak nat tayar.... oppps, nat tayar tak boleh dibuka. saiz soket tak sama dengan nat. Achtung dah cuak!

tiba-tiba Dayah kata, tayar tu ada cover tayar. die suruh bukak dulu cover tu. oh, habis gelak la semua orang, sebab kitorang try bukak nat tu kat atas cover... memang la tak boleh. manalah Achtung nak tau. kereta Achtung pakai sport rim yang sebatu dah nampak berkilat... heehehehe..... tapi memang tak pernah taulah pasal cover tayar ni.

so, yang lain-lain tu basically kawan-kawan yang buat. tapi takla kitrang ni kejam suruh perempuan 2 orang tu (Ida n Dayah) tukar tayar.... cuma ajar dorang la macam mana nak tukar tayar. in case of emergency. at least tau. Dayah macam banyak tau gak pasal tukar tayar/pasal kereta... at least tak la macam mati kutu sanat minah ni.... hehehehe

lepas tu, Achtung yang drive balik ke UTM. sebab Ida tak berani. susahnya sebab tayar spare ni tak boleh bawak keta laju,,,,, so kena hati-hati. Achtung pulak memang sah-sah mengikut arahan papan tanda... kalau 80km/jam... laju tu lah Achtung bawak.... tapi, Alhamdulillah semuanya ok je.

-------------------------------------

balik-balik tu pergi makan lagi. kat rumah mak angkat kawan. ada open house, cuma kami dah terlewat, jadi minum-minum je. ah tak kisahlah. sebab dah kenyang pun tadi.... heheeheh......

*p/s- Achtung pesan kat Ida suruh beli jek pam. senang nak operate... sebab girls tak larat nak jek kereta.... Achtung pulak tak reti keluarkan tyre spare kereta sendiri... sebab 4WD ni ada kunci2 bagai la nak keluarkan tyre spare... leceh. dengan cover sport rim...yang kene bukak guna Allen-key...baru boleh guna soket. hah... amat leceh.

4 comments:

-syim- said...

aku x phm citer ko neh..
pening aku bc
;p

jon hafkian said...

tayar kena toreh je....tak payah nak paham...hahaha.....

Khaliff Faid said...

kejam doh... siapalah punya angkara? nasib ade yang reti tukar tayarkan... hehehe

jon hafkian said...

ala...orang yg jaga parking tu la...sape lagik?

nasib baik i ada...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...