baru-baru ni ada kawan aku cakap yang aku asyik cerita pasal kereta je berbanding dengan hidup aku. hmmm..... sebenarnya, bukanlah aku sengaja cerita banyak-banyak pasal kereta je. cuma kisah kehidupan aku pun ada banyak bersangkut-paut dengan kereta. sebagai seorang pemandu 4WD yang cekap dan mantap.... (hehehehe)
aku nak cerita sebenarnya pasal kehidupan seharian aku. mungkin banyak dan tak tertulis di blog ini. sekurang-kurangnya aku harap aku mampu untuk terus bercerita.
cerita pertama aku kali ni adalah tentang kisah aku yang dalam kesakitan. bukan sakit hati (tak dapat den nak nolong nye ek?)... aku sakit tekak. sebenarnya aku dah mula sakit tekak ni sejak mula semester ni lagi. mula-mula aku demam teruk (seminggu) yang menyebabkan tekak aku pun turut rasa sakit.
tapi setelah aku makan ubat yang diberi doktor, demam dan sakit tekak pun hilang. jadi aku pun teruskanlah aktiviti seharian aku macam biasa. tapi.... 2 bulan lepas waktu aku pergi karaoke dengan kawan-kawan aku di Danga City Mall JB..... tekak aku sakit semula.
mula-mulanya aku ingat sakit ni sebab aku dah lama tak menyanyi. jadi tak hairanlah kalau tekak aku ni boleh sakit. jadi, malam tu memang spoil lah nyanyian aku. 2-3 hari lepas tu aku pergi karaoke dengan rakan-rakan debat pula. kali ni menyanyi pun masih ada terasa sakit lagi tekak aku.
jadi, aku ambil keputusan supaya tak berkaraoke la untuk sementara waktu. semalam, lepas berbulan-bulan aku tak keluar berkaraoke, aku pun diajak untuk menyanyi oleh kawan-kawan ku. malang sekali.... sewaktu aku nyanyi lagu pertama, tekak aku dah mula sakit. rasa perit je kerongkong dengan bawah dagu, leher sekali.
dan semalam juga pertama kali aku perasan yang aku dah tak boleh nyanyi lagi. padahal sebelum ni aku boleh je berkaraoke 3 jam tanpa henti (tapi gilir-gilir la...haahah). keadaan berubah, sekarang ni lagu pertama pun aku dah terasa sakit. sampai aku tulis entry ni pun.... rasa sakit tu masih ada.
aku risau. janganlah ada tonsil ke, tiroid ke..... aku memang takut penyakit-penyakit macam tu. siapa yang suka kan dirinya sakit? malah kesakitan ni menyebabkan aktiviti aku terbatas. hai, apalah nasib badan.
----------------------------------
cerita kedua. tadi aku menonton filem Laskar Pelangi. bagus ceritanya. aku malas nak tulis review sebab aku rasa cerita ni dah agak lama (bukan cerita baru lah) dan review boleh dibaca di blog orang lain.
cuma apa yang aku ingin highlight di sini adalah, Belitung (tempat pengambaran filem ni) bukanlah berada di Riau. tetapi di Province Bangka-Belitung. jangan salah sangka, hanya kerana bahasa mereka yang agak serupa dengan bahasa kita.
cerita ni bagus ditonton. lebih-lebih lagi kepada mereka-mereka yang malas belajar (heheheh....terkena plak) dan guru-guru yang dah hilang motivasi (eleh, macamlah aku tak tahu ada guru macam ni kan!) ataupun guru-guru yang memang tak suka mengajar (my cousin macam tu)
pendek kata, ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar daripada filem ni. selain daripada menonton filem-filem tak berfaedah tu, cubalah tonton filem ni. semoga anda dapat apa yang mereka ingin sampaikan.
*koem.... bahasa tak sama sangat lah. bahasa Riau lagi sama dengan bahasa kita.
No comments:
Post a Comment