Monday, September 14, 2009

thanks to HIM

semalam aku ada tulis entry baru. malah perenggan pertama entry tu masih lagi ada tersimpan dalam senarai entry yang belum di-post lagi. jadi, apa kaitan dengan entry semalam pula?semalam entry aku terpadam kerana internet teputus ketika aku post entry tu dan lebih tepat jika aku katakan line dah terputus sejak awal aku menulis kerana dalam archieve entry aku hanya ada perenggan pertama sahaja.

kandungan entry tu bercerita kisah aku bergosip dengan seorang kawan. malah dalam gosip tu ada banyak andaian nakal (tapi andaian ni semuanya berdasarkan kisah lampau yang pernah terjadi). selain tu, ada beberapa orang yang telah di-mention dalam entry ni.

dalam entry tu ada tulis bagaimana kawan yang mengadu pada aku tu dapat tahu tentang kawan lain ni. untuk merungkai perbuatan kawan lain itu, aku mengeluarkan segala teori sebab dan akibat. malah aku juga ada melabel kawan lain itu dengan perkataan yang tidak baik (menjengkelkan). aku tahu niat aku menulis adalah supaya pembaca/ kawan-kawan aku dapat berhati-hati dan mengambil iktibar apabila membaca entry itu.

yelah, kadang-kadang orang-orang disekeliling kita ni ada banyak ragam. banyak udang disebalik batu. jadi kita perlu berhati-hati dalam berkawan. cuma..... mungkin entry itu akan menghasut orang lain untuk membenci kawan tadi (1), memberi tanggapan negatif kepada orang-orang yang bersikap sebegitu (2), dan melabel orang (3)......

(note: i don't label people)

mungkin Tuhan mahu pelihara aku daripada menjadi punca salah faham orang atau untuk menghalang aku daripada menghasut orang (walaupun tidak disengajakan). aku juga berasa bersyukur walaupun pada mulanya agak kecewa kerana entry tu terpadam.

selepas tu, aku terbaca satu artikel ni. tentang bagaimana persatuan pelajar perubatan Malaysia di Indonesia yang sudi membantu mangsa bencana alam di sana. so, feel free to read this. hati aku jadi sebak bila membaca artikel ni. anda pula bagaiman?

>>>>>>>>>

dipetik dari Utusan Malaysia 13 sept 2009

PADA 2 September Jakarta dan Jawa Barat dilanda gempa yang kuat iaitu 7.3 skala richter yang menyebabkan ribuan rumah, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah rosak.

Setakat ini juga lebih 70 nyawa terkorban, manakala lebih 20 orang lagi masih tertimbus akibat tanah runtuh berikutan kejadian gempa tersebut.

Selepas kejadian gempa itu penulis diberitahu oleh Penasihat Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Dr. Junaidi Abu Bakar terdapat sekumpulan pelajar perubatan Malaysia di Jakarta dan Bandung dengan kerjasama Kelab UMNO Luar Negara mahu menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana tersebut.
Bagi melihat sendiri persiapan yang dibuat oleh kumpulan pelajar berkenaan penulis turut mengikut mereka membeli barang-barang yang mahu disumbangkan iaitu selimut dan makanan.

Seawal pukul 9 pagi kumpulan berkenaan telah ke Pasar Tanah Abang di Jakarta bagi membeli selimut untuk diberikan kepada mangsa gempa yang kini tinggal sementara di khemah-khemah.

Menyindir

Ketika kumpulan pelajar Malaysia itu memilih selimut yang sesuai, penulis terdengar seorang pekerja di pasar berkenaan menyindir pelajar berkenaan dengan berkata, ‘‘Manohara membeli- belah,” kata seorang lelaki sambil menghirup kopi yang baru dibelinya tanpa rasa segan silu atau menghormati umat Islam lain yang berpuasa di bulan Ramadan.

Kata sindiran itu merujuk kepada kes rakyat Indonesia, Manohara yang dikatakan didera oleh suaminya yang merupakan putera sultan di Malaysia. Berikutan kes itu Manohara kini menjadi pelakon utama drama bersiri yang berjudul ‘Manohara’.

Selepas itu lelaki yang sama mengunggap kata-kata sindiran lagi, ‘‘Malaysia yang curi tarian Pendet.” Sebagai merujuk tuduhan kerajaan Indonesia terhadap Malaysia menggunakan tarian berasal dari Bali untuk promosi pelancongan.

Walaupun kesilapan itu dilakukan oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia, tetapi mereka lebih memilih untuk berdusta dan mendengar kata-kata pendusta.

Tunjuk perasaan

Oleh kerana kata pendusta rakyat Indonesia mulai beremosi mengadakan tunjuk perasaan dan membakar bendera Malaysia.

Bagaimanapun kata sindiran itu tidak diperdulikan oleh kumpulan pelajar Malaysia yang sudah cukup masak dengan ‘tabiat’ rakyat Indonesia.

Lelaki berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati setelah kata-kata sindirannya tidak dipedulikan dan dia mencuit bahu penulis, tetapi penulis juga tidak melayannya.

Akhirnya demi meluahkan rasa tidak puas hatinya lelaki itu bertanyakan penulis, ‘‘Bapak, selimut ini mahu dijual semula di Malaysia ya pak?” soalnya.

Namun alangkah terkejut dan malu lelaki berkenaan apabila penulis memberitahu selimut itu akan diberi kepada mangsa gempa di Bandung Selatan dan dia terus terdiam.

Mungkin dia tidak menyangka bahawa walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Malaysia, rakyat Malaysia tetap bersimpati dengan rakyat negara berkenaan apabila ditimpa bencana.

Terfikir juga penulis tenaga, masa serta wang yang digunakan oleh pemuda dan pemudi Indonesia untuk mengadakan demonstrasi anti Malaysia lebih baik digunakan bagi membantu rakyat sendiri yang menderita ditimpa bencana.

Selepas mengharungi perjalanan hampir lima jam akhir kumpulan 35 pelajar perubatan itu tiba di lokasi gempa iaitu Pangalengan sebuah kampung yang terletak di kawan pergunungan.

Pengalengan merupakan kawasan penanaman sayur terbesar di Bandung dan majoriti penduduknya adalah petani.

Kumpulan berkenaan tiba tepat waktu untuk berbuka puasa dan cuaca di kawasan berkenaan memang cukup sejuk. Sebagai perbandingan lebih dingin daripada Cameron Highland atau Bukit Fraser, mahupun Genting Highland.

Oleh kerana cuaca yang sudah gelap, hanya majlis berbuka puasa yang disertai 500 mangsa gempa sahaja dapat diadakan. Pada keesokan harinya barulah pakaian, selimut, minuman dan makanan untuk bantuan mangsa gempa.

Seorang pemimpin masyarakat kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Zainal ketika ditemubual oleh penulis benar-benar terharu dengan bantuan yang diberikan dan rasa simpati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Memang tidak penulis sangka sumbangan yang tidak seberapa itu rupa-rupanya cukup berharga bagi mereka yang sedang dilanda musibah. Mata Zainal mulai merah dan air mata mengalir tanpa dapat dibendung kerana tidak dapat menahan rasa terharunya.

Mungkin pepatah Melayu, ‘Hidup ibarat putaran roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah, kadangkala kita memberi dan kadangkala kita meminta’ adalah gambaran yang paling tepat menceritakan pengalaman yang dilalui penulis dan kumpulan pelajar berkenaan.

-------------------------------

2 comments:

The Rhymeweaver said...

HAHAHAHA EXTREMIST INDONESIAN PWNED BIG TIME

jon hafkian said...

hmmm.....tu la.kita ni tak boleh sentiasa berburuk sangka.hati jadi mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...