i like this picture....
Tuesday, September 29, 2009
aidilfitri 2009
i like this picture....
Thursday, September 17, 2009
hepi bday to me!!!!!
emmmm...... i don't really like to grow up = getting older. but i like to celebrate my birthday. even there's no cake, no candles, no such part..... at least i'm wishing my own birthday and i can wish something for myself.... nk wish ape ye bday kali ni?
let me think first. if i want a walkman, i already got one a few weeks ago. if i want a holiday, i'll get it on 3rd hari raya. going to penang for a day. emmmm, so what else do i really want? i want a ps3? i'm not working yet, so it just a mere fantasy.
hmmmm....... i want a new shoes la this time. my shoes now already 2 years and i bought for 29 pound. so i should get a new one for me. and a pair of jeans. i haven't bought any jeans lately. heheheeh.....(berangan berjmat cermat la ni)
btw, it's my birthday. and i'm no longer a 22 y o boy. i'm now 23. (muka still nampak muda la yang pentingnya....haahahah). i wanna go home!!!!!
Monday, September 14, 2009
thanks to HIM
semalam aku ada tulis entry baru. malah perenggan pertama entry tu masih lagi ada tersimpan dalam senarai entry yang belum di-post lagi. jadi, apa kaitan dengan entry semalam pula?semalam entry aku terpadam kerana internet teputus ketika aku post entry tu dan lebih tepat jika aku katakan line dah terputus sejak awal aku menulis kerana dalam archieve entry aku hanya ada perenggan pertama sahaja.
kandungan entry tu bercerita kisah aku bergosip dengan seorang kawan. malah dalam gosip tu ada banyak andaian nakal (tapi andaian ni semuanya berdasarkan kisah lampau yang pernah terjadi). selain tu, ada beberapa orang yang telah di-mention dalam entry ni.
dalam entry tu ada tulis bagaimana kawan yang mengadu pada aku tu dapat tahu tentang kawan lain ni. untuk merungkai perbuatan kawan lain itu, aku mengeluarkan segala teori sebab dan akibat. malah aku juga ada melabel kawan lain itu dengan perkataan yang tidak baik (menjengkelkan). aku tahu niat aku menulis adalah supaya pembaca/ kawan-kawan aku dapat berhati-hati dan mengambil iktibar apabila membaca entry itu.
yelah, kadang-kadang orang-orang disekeliling kita ni ada banyak ragam. banyak udang disebalik batu. jadi kita perlu berhati-hati dalam berkawan. cuma..... mungkin entry itu akan menghasut orang lain untuk membenci kawan tadi (1), memberi tanggapan negatif kepada orang-orang yang bersikap sebegitu (2), dan melabel orang (3)......
(note: i don't label people)
mungkin Tuhan mahu pelihara aku daripada menjadi punca salah faham orang atau untuk menghalang aku daripada menghasut orang (walaupun tidak disengajakan). aku juga berasa bersyukur walaupun pada mulanya agak kecewa kerana entry tu terpadam.
selepas tu, aku terbaca satu artikel ni. tentang bagaimana persatuan pelajar perubatan Malaysia di Indonesia yang sudi membantu mangsa bencana alam di sana. so, feel free to read this. hati aku jadi sebak bila membaca artikel ni. anda pula bagaiman?
>>>>>>>>>
dipetik dari Utusan Malaysia 13 sept 2009
PADA 2 September Jakarta dan Jawa Barat dilanda gempa yang kuat iaitu 7.3 skala richter yang menyebabkan ribuan rumah, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah rosak.
Setakat ini juga lebih 70 nyawa terkorban, manakala lebih 20 orang lagi masih tertimbus akibat tanah runtuh berikutan kejadian gempa tersebut.
Selepas kejadian gempa itu penulis diberitahu oleh Penasihat Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Dr. Junaidi Abu Bakar terdapat sekumpulan pelajar perubatan Malaysia di Jakarta dan Bandung dengan kerjasama Kelab UMNO Luar Negara mahu menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana tersebut.
Bagi melihat sendiri persiapan yang dibuat oleh kumpulan pelajar berkenaan penulis turut mengikut mereka membeli barang-barang yang mahu disumbangkan iaitu selimut dan makanan.
Seawal pukul 9 pagi kumpulan berkenaan telah ke Pasar Tanah Abang di Jakarta bagi membeli selimut untuk diberikan kepada mangsa gempa yang kini tinggal sementara di khemah-khemah.
Menyindir
Ketika kumpulan pelajar Malaysia itu memilih selimut yang sesuai, penulis terdengar seorang pekerja di pasar berkenaan menyindir pelajar berkenaan dengan berkata, ‘‘Manohara membeli- belah,” kata seorang lelaki sambil menghirup kopi yang baru dibelinya tanpa rasa segan silu atau menghormati umat Islam lain yang berpuasa di bulan Ramadan.
Kata sindiran itu merujuk kepada kes rakyat Indonesia, Manohara yang dikatakan didera oleh suaminya yang merupakan putera sultan di Malaysia. Berikutan kes itu Manohara kini menjadi pelakon utama drama bersiri yang berjudul ‘Manohara’.
Selepas itu lelaki yang sama mengunggap kata-kata sindiran lagi, ‘‘Malaysia yang curi tarian Pendet.” Sebagai merujuk tuduhan kerajaan Indonesia terhadap Malaysia menggunakan tarian berasal dari Bali untuk promosi pelancongan.
Walaupun kesilapan itu dilakukan oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia, tetapi mereka lebih memilih untuk berdusta dan mendengar kata-kata pendusta.
Tunjuk perasaan
Oleh kerana kata pendusta rakyat Indonesia mulai beremosi mengadakan tunjuk perasaan dan membakar bendera Malaysia.
Bagaimanapun kata sindiran itu tidak diperdulikan oleh kumpulan pelajar Malaysia yang sudah cukup masak dengan ‘tabiat’ rakyat Indonesia.
Lelaki berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati setelah kata-kata sindirannya tidak dipedulikan dan dia mencuit bahu penulis, tetapi penulis juga tidak melayannya.
Akhirnya demi meluahkan rasa tidak puas hatinya lelaki itu bertanyakan penulis, ‘‘Bapak, selimut ini mahu dijual semula di Malaysia ya pak?” soalnya.
Namun alangkah terkejut dan malu lelaki berkenaan apabila penulis memberitahu selimut itu akan diberi kepada mangsa gempa di Bandung Selatan dan dia terus terdiam.
Mungkin dia tidak menyangka bahawa walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Malaysia, rakyat Malaysia tetap bersimpati dengan rakyat negara berkenaan apabila ditimpa bencana.
Terfikir juga penulis tenaga, masa serta wang yang digunakan oleh pemuda dan pemudi Indonesia untuk mengadakan demonstrasi anti Malaysia lebih baik digunakan bagi membantu rakyat sendiri yang menderita ditimpa bencana.
Selepas mengharungi perjalanan hampir lima jam akhir kumpulan 35 pelajar perubatan itu tiba di lokasi gempa iaitu Pangalengan sebuah kampung yang terletak di kawan pergunungan.
Pengalengan merupakan kawasan penanaman sayur terbesar di Bandung dan majoriti penduduknya adalah petani.
Kumpulan berkenaan tiba tepat waktu untuk berbuka puasa dan cuaca di kawasan berkenaan memang cukup sejuk. Sebagai perbandingan lebih dingin daripada Cameron Highland atau Bukit Fraser, mahupun Genting Highland.
Oleh kerana cuaca yang sudah gelap, hanya majlis berbuka puasa yang disertai 500 mangsa gempa sahaja dapat diadakan. Pada keesokan harinya barulah pakaian, selimut, minuman dan makanan untuk bantuan mangsa gempa.
Seorang pemimpin masyarakat kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Zainal ketika ditemubual oleh penulis benar-benar terharu dengan bantuan yang diberikan dan rasa simpati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.
Memang tidak penulis sangka sumbangan yang tidak seberapa itu rupa-rupanya cukup berharga bagi mereka yang sedang dilanda musibah. Mata Zainal mulai merah dan air mata mengalir tanpa dapat dibendung kerana tidak dapat menahan rasa terharunya.
Mungkin pepatah Melayu, ‘Hidup ibarat putaran roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah, kadangkala kita memberi dan kadangkala kita meminta’ adalah gambaran yang paling tepat menceritakan pengalaman yang dilalui penulis dan kumpulan pelajar berkenaan.
-------------------------------
Monday, September 7, 2009
parcel dan pos
disebabkan duit dah habis untuk pos barang kat my dad, so dorang da xde duit nak pos cable sony walkman aku. uwaaaa...... terpaksalah aku berpuasa daripada menggunakan walkman this week. sebab, tak boleh cas bateri. cable tertinggal kat rumah waktu balik minggu lepas. nampaknya kena tunggu sampaiminggu depan la waktu balik raya baru boleh cas bateri ni. ataupun..... pinjam. masalahnya, sape yang ada cable sebegitu rupa? susah jugak kalu cable yang tak universal ni.
Sony Walkman NWZ-E435F
ni yang membuatkan aku untuk melupakan hasrat untuk berangan-angan nak upgrade handphone kepada samsung. maunya terlupa bawak charger kan?
Samsung Jet S8003
Sunday, September 6, 2009
Akulah Kekasihmu
” Akulah Kekasih Mu “
Francessca Peters
Harumnya Suasana
Kehadiranmu Sewangi Haruman
Menyegarkan Perasaan
Tanpa ku Menduga
Bagaikan Lautan Menghempas
Menghanyutkan Daku
Terlontar Jauh Dari Sisimu
Mengapa Mesti Terpisah
Sedangkan aku Sabar Dalam Kesetiaan
Biarkan Wajah Rinduku Terdampar Sepi
Menunggu Berakhirnya Nafas Ini
Sejenak itu aku Menyedari
Betapa Sayangnya Aku
Andainya Dikau Menyesali Diri
Pulanglah Kerna Akulah Kekasihmu
Wednesday, September 2, 2009
merdekalah kita hendaknya
santapan berbuka di Tebrau City
selamat hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia. hahaha, lambat wish daaa. baru balik dari rumah, jadi baru ni dapat online dan update blog. hujung minggu lepas aku pulang ke rumah untuk bercuti-cuti di rumah
depan Jusco AU2, lepas makan Korean BBQ
my new Sony walkman
tempat tidur aku dalam train KL-JB
-------------------------------------------
tadi aku pergi ke bazaar ramadhan. terjumpa dengan junior. diorang tanya aku sambung master ke? eh, muka ni nak sambung master ke? layak ke? kalau layak pun, aku ni hanya akan sambung untuk bersuka-ria je... utm tempat buat master dengan bersuka-ria ke? jauh panggang dari api..... hahaahah....... aku sambung belajar 1 semester sahaja.