Monday, November 9, 2009

tamat!

jangan terkejut membaca tajuk post kali ni. sebenarnya aku tidak bermaksudkan kepada blog ini, tetapi tentang kehidupan sebagai pelajar aku sendiri.

11.30 pagi tadi secara rasminya aku telah menamatkan pengajian selama 4 tahun setengah dalam pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan dan Instrumentasi). segala perit jerih, semua sudah selesai. semua yang aku usahakan selama ini, akhirnya elah sampai ke penghujungnya.

YEAH!!!!!

ok, ambil mood balik. in.... out..... in..... out...... fuhhhhh. seperti yang aku janji minggu lepas, aku nak bercerita tentang percutian terbaru aku sempena hujung tahun 2009.

sebelum tu aku rasa molek kiranya aku recall semula pengalaman percutian aku pada tahun-tahun sebelum ini.

2006- Kuching, Sarawak.
2007- Dubai, UAE dan United Kingdom
2008- Singapura dan Pulau Langkawi, Kedah
2009- ?

baik, mengikut perancangan awal aku dan keluarga bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. malah banyak persiapan telah dibuat. huhu, sebenarnya tak lah terlalu banyak perkara yang perlu dibuat kerana kami hanya mengikut trip yang dianjurkan oleh staf di pejabat mama. jadi, apa yang perlu kami buat hanyalah menyediakan wang yang secukupnya untuk tiket kapal terbang, hotel + makan dan duit-duit untuk ber shopping.

malang sekali kerana apabila meeting baru-baru ni dibuat, ramai pula yang menarik diri daripada rombongan ke Sabah ni. daripada banyak keluarga, hanya tinggal 3 keluarga sahaja termasuk keluarga aku. jadi, keputusan muktamad dibuat untuk menukar destinasi ke Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

disebabkan destinasi tu aku dah pergi tahun lepas waktu bulan 8 (Terengganu), jadi kami sekeluarga batalkan terus trip percutian kali ni. sebagai alternatif, mama hantar adik untuk pergi ke Singapura dengan aku. jadi tahun ni aku ke Singapura lagi la jawabnya. itenary masih belum buat, tapi mungkin akan mengikut itenary tahun lepas sahaj agaknya, mudah.

mungkin orang terfikir apa yang seronok sangat di Singapura tu, sampai aku pergi berkali2. dalam masa 12 bulan ni dah 3 kali aku ke sana termasuk dengan trip yang paling baru ni. sebenarnya bagi aku mudah je, disebabkan kedudukan aku sekarang ni terlalu dekat dengan Singapura maka tak hairan lah kalau aku asyik ke sana.

pada aku, pergi ke Singapura macam aku turun ke Kuala Lumpur saja. tak terlalu jauh daripada kediaman aku. kalau aku duduk rumah, aku pergi KL. kalau aku duduk JB, aku pergi Singapura. oh, kenapa aku tak pergi JB je? bosan meh! dah biasa sangat. kan ke aku selalu cerita tentang kerja-kerja masa lapang yang aku selalu lakukan dulu. haaa.... yang tu banyak di JB. jadi tak terliur sangat la kalau nak keluar ke JB tu. hahah......

nanti aku cuba post itenary aku di blog ni. mungkin tak begitu menarik la bagi sesetengah orang. tapi kalau orang-orang yang suka sightseeing macam aku ni, itu sangat mencukupi. malah aku juga menggunakan kos yang paling minimum. pergi ke negara yang matawangnya 2.4 kali ganda matawang tempatan, tapi aku masih boleh berjimat. haaa, macam mana tu?

nanti aku kongsikan dlaam post akan datang. bye!

4 comments:

kaizar said...

TAHNIAH! YEAH, WE SHOULD CELEBRATE! AM WAITING FOR YOU TO COME BACK FROM SONGAPORE!

jon hafkian said...

yezza.... akhirnya. i da penat menunggu saat ni.

-syim- said...

cehhh~~dah abis, cari kerja la weh.
mlancong je tau.
taun dpn plan g ausie ek.
ahahaha... ;p

jon hafkian said...

haahah...nk g aussie ek?
tahun lagik satu la...ak blom keje lagi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...