Saturday, February 26, 2011

menawan puncak Broga

broga14

broga15

sebelum ni selalu je aku baca cerita kawan-kawan pasal aktiviti memanjat bukit Broga. dalam hati ada gak tergerak nak panjat, tapi tu dalam hati je la. sebab memandangkan stamina yang tak berapa nak banyak ni, lebih-lebih lagi gaya hidup orang bekerja sekarang yang aku lalui.... agak membataskan aktiviti-aktiviti lasak (separa lasak). kekangan masa, kekangan kos.... banyak lagi la.

tapi semalam tiba-tiba la pula tercetus idea nak panjat bukit ni. idea spontan je. unplanned. kumpul-kumpul orang.... balik rumah terus packing barang, lepas tu terus berkumpul di rumah kawan (pakdat). pagi lepas subuh, zassss..... broga mari. masing-masing tak tau jalan, main hentam je. hehehe.... :)

mula-mula, warm up. pergh, da lama seh tak bersukan/beriadah berat-berat ni. awal-awal jalan da nak semput. mana tak nya, kali terakhir aku bersukan adalah pada tahun 2006. paintball, jungle tracking, jogging.... tapi tu dulu, badan fit. sekarang harap je badan kurus. energy hampeh.

dipendekkan cerita, aku sampai je ke puncak pertama (yes, 1st peak), tros nak collapse. rasa mual, loya tekak, kepala pusing, sakit perut... semua ada. nyaris termuntah dan terbe*** je kt situ. nasib orang ramai gile. jadi, kesedaran sivik aku tinggi sikit. tapi perjalanan aku terhenti hampir 30 minit sebab keadaan fizikal yang tak mengizinkan.

time duduk-duduk hilangkan rasa nak muntah tu ada group hiking yang duduk dekat-dekat aku. dorang ni well equipped. siap ada air (aku pon ada air mineral), makanan, asam, minyak angin... pendek kata, hampir lengkap la peralatan/barang-barang yang aku fikir selayaknya ada ketika itu.

aku buat kesimpulan, berdasarkan pengalaman aku... lain kali kalau nak pergi lagi panjat, ni list barang aku.
  1. minyak angin a.k.a minyak cap kapak.
  2. asam.... tak kira la asam kulit limau ke... janji asam.
  3. 100 plus. please, no more mineral water/ drinking water.
  4. energy bar/snack... dulu time kat Scotland aku ada makan snack macam ni. kt Malaysia tak pasti lak.
  5. gula-gula... tekak payau/loya tu ok sket kot kalau makan gula-gula.
  6. posh bag (betul ke ejaan die?) utk letak barang-barang ni. say no to bagpack.
  7. shorts.... nasib baik aku pakai shorts, kalau pakai track suit xtau la cramp kot kaki aku.
yang pastinya, kalau nak panjat lagi aku takkan pakai sebarang minyak wangi atau losen. nasib baik tadi aku tak pakai deodorant. sebabnya? salah satu sebab aku nak muntah adalah akibat drp bau-bauan wangi itu di kala kepala aku pening. tahniah, hajat nak elak digigit nyamuk... rupanya memakan diri sendiri pulak. hehehe....



broga4
puncak pertama
broga12
puncak kedua, ketiga dan hampir keempat (atau memang keempat)
broga6
sebelum panjat puncak terakhir
broga10
the final peak!!! (padahal 400m je~)




2 comments:

Fareenz said...

kakakaka.....aku nak terberi tu xde la...muntah ye ade..teruk kau piz..sian kau...

ni nak pegi lagi mau 10juta kuasa dua aku pk nak naik ke x..haha!!

anyway congrats dah berjaya!=)

jon hafkian said...

ak ngn geng2 nk pegi lagik.hehehe....tp serius,ak mcm ops...apsal la plak time2 ni kan.hahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...