Thursday, December 9, 2010

movie,karaoke dan minum malam

bagusnya aktiviti minggu ni. mula-mula minum malam. air buah pula tu. sah-sah hilang suara waktu kerja. sampai kene berdehem-dehem betulkan semula suara. heheh.... tahniah!

esoknya pula, pergi karaoke dengan kawan-kawan. nyanyi tak la sedap sangat suara ni tapi sental juga la. hilang suara kejap. lepas tu ok balik. ish2, kerja dah la kene guna suara.

malam ni pergi tonton cerita 'hantu kak limah balik rumah'. bravo mamat khalid! kritik sosial yang pedas. orang kita ni masih ramai yang percaya perkara-perkara tahyul. alam ghaib dan makhluk halus memang la wujud, tapi pengamalan perkara-perkara terlarang yang merosakkan kita.

sikap tak ambil peduli hal jiran, pun menjadi penyakit dalam masyarakat kita sekarang ni. tu baru kampung pisang, apatah lagi kita yang tinggal di bandar ni. entah-entah jiran sebelah rumah pun tak pernah bertegur sapa.

yang peliknya, kalau bergosip, mengata, mengutuk, memfitnah tu cepat pula kita ni nak buat. tak payah disuruh. orang cerita sikit je, habis dari se-inci dipanjangkan menjadi se-ela kisahnya. yang tiada dikatakan ada. semoga kita mengambil iktibar.

kampung pisang, kampung pisang..... yang pentingnya aku penat gelak dalam panggung wayang tadi. heheh......

2 comments:

yo sepet said...

pelakon lelaki terbaik! adalah ucop!!!

pelakon wanita terbaik.. er umi nazeera kot (selain kak limah, dia je la kot pompuan.. sorang lagi ayu.. haha)

jon hafkian said...

aku setuju...hidop ucop!!!sape setuju,angkat tgn mcm teman!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...