Saturday, June 26, 2010

nombor busuk

kisah 1

semalam ak dpt kol....mcm besa la ak jawab. tapi bila nak mintak nombor telefon, ak tersebut 'encik boleh saya tau nombor telefon yang BUSUK tu?'....
'ape die?'
'errr,nombor yang ada masalah tu...'
'ooooooo.....0333******' die bagitau nombor telefon die
kawan kat sebelah ak da gelak guling2 da. ak pon sepanjang kol tu x bole tahan gelak da. ni bukan lagi slip tongue. ni slip word, slip sentence semua da. perghhhh..... malu seh time tu. maunya QA tap call aku ni, for sure jadik bahan nye kena gelak guling-guling atas lantai. hahaahh..... *malu

-------------------------
kisah 2

semalam mentor aku tap kol, time tu giliran kawan aku kena dengar kol die. pastu headset die x letak betul-betul. sebab malu dengar kol sendiri. katanya. lepas tu,ak terus cakap kat mentor,
'encik, nanti kalau nak tap kol saya bagitau je yang mana fatal. saya tak mau gelak guling-guling atas lantai dengar suara sendiri'
'okey'

***lepas beberapa minit

'awak ada kol x sekarang?'
'takde'
'okey,sekarang boleh dengar kol'
gulp, 'okey....'

*dalam hati aku, matilah ak gelak gile-gile nanti

tapi aku dengar, emmmmm.... not so bad la my voice kalo dalam phone. cuma ak cakap terlalu laju macam kene kejar dek ribut taufan. hahaah..... btw, my call has no problem. mentor tersilap tap, sebab report yang fatal tu milik orang lain, aku hanya update sahaja. done!

--------------------------

kisah 3

sorang kawan aku cakap semalam
'i know somethin u know that u don't want me to know'
huaaaaaa...... apa yang die tau?
emmm, ak pon xtau nak cerita yang mana satu. rasanya da abis cite kot.

Sunday, June 20, 2010

menyesal

ak x patut cakap ak menyesal dgn semua yg terjadi. ak x menyesal. ak bersyukur ak kenal kau. walaupun kau buat macam-macam kat aku,aku terasa diri dipergunakan... tapi aku tetap buat-buat yang aku ok. takpe la, kau dah dapat kebahagiaan yang kau cari kan? kau campak aku jauh-jauh dari hidup kau lepas aku dah tak diperlukan. atau aku yang mencampakkan diri aku sendiri? ahhhh... sama je. apa bezanya? yang penting, perpisahan itu jalan penyelesaian terbaik. menangis air mata darah sekalipun, kau tetap berbahagia kan? tak pe la. aku doakan yang terbaik. cuma apa aku cakap pada kau tu, aku tipu. aku tak menyesal kenal kau.



Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan Lirik

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Tuesday, June 15, 2010

rejection

saya benci perkataan ini. bulan ini je sudah 3 kali perkataan ni diulang. kali ketiga adalah sebentar tadi, ketika aku menyemak isi kandungan email terbaru. antara butirannya, terima kasih kerana bla bla bla, kami sangat menghargai bla bla bla, tapi kami BLA BLA BLA. shit. menyampah.

mood: emosi.

Monday, June 7, 2010

lagenda budak setan



huhu....aku masih dalam mood LBS. hati masih sebak, lebih-lebih lagi bila teringatkan scene(s) favorite yang memang menjadi punca air mata luluh di pawagam tadi.

dalam post lepas aku ada berjanji nak buat pre review tentang cerita ni. tapi disebabkan jadual kerja aku yang terlalu ketat minggu lepas, jadi hajat tak tercapai. sempena hari ni hari cuti aku, so tak busy sangatlah. bolehlah nak mengarang sket. hehehe....

pre review sebenarnya aku nak tulis pasal expectation aku daripada filem ni. normal la sebagai seorang peminat dan pembaca setia jiran belakang rumah aku a.k.a Ahadiat Akashah, untuk meletakkan batu aras untuk filem adaptasi daripada karya agungnya.

macam biasa, aku bukanlah terlalu mengharap filem ni akan memenuhi segala penceritaan novel. untung juga sebab aku dah terlupa banyak plot cerita ni sebab sudah lama aku baca novel ni. no wonder la kalau terlupa (sorry AA). apa yang aku harapkan hanyalah penceritaan kisah cinta Kasyah dan Ayu sangat mendalam. sangat terkesan di hati. itu sahaja. huhuu....

so, lepas tengok cerita tu sendiri tadi adalah beberapa perkara aku boleh komen. walaupun bukan movie maniac dan tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang perfileman, namun aku punya sedikit pendapat yang rasanya boleh dikongsikan bersama.

bagi aku, penataan bunyi kurang la. lagu dah best, tapi masih tak cukup... bunyi-bunyi latar kurang. masih belum menepati citarasa aku. lakonan pun kurang, tapi yang sangat-sangat menonjol lakonannya adalah Que Haidar. bravo bro! kau memang hebat. Fazura pun sangat bagus. go go Fazura!

plot agak longgar, atau lakonan yang sebenarnya bermasalah sket. sebab kisah betapa Sasyah dan Ayu mencintai satu sama lain hanya dapat aku rasakan selepas diorang berpisah. bila Ayu terpaksa kahwin, dan bergaduh dengan Azmi. dan bila Kasyah balik ke KL, kerja dengan si Amylia. time tu barulah rasa yang dorang betul-betul head over heels.

scene kesukaan...... scene Ayu bergaduh dengan Azmi. OMG, superb! no words can be use to describe on how i'm really impressed and fascinated with such lovely scene. walaupun sebenarnya itu adalah scene bergaduh. lakonan QUE dengan Lisa Surihani sangat bagus masa ni.

tribute to Fazura. i like all your scenes. all of it. i'm your big fan, so people may say that i'm biased. but i really like your acting. sangat bagus! jeles yang melampau, sedih bila Kasyah nak kahwin. scene toilet sangat cantik!!!

camera angle memang cantik, scene kampung sangat cantik. suka sangat! tapi aku berangan kalaulah Khabir Bhatia yang arahkan filem ni, atau filem sambungan. kalau boleh vote untuk pengarah sekuel filem ni, aku akan vote untuk Khabir Bhatia. (bias again, hehehe)

****tambahan

tadi aku terbaca komen-komen di youtube, ada yang kata filem ni melayu terbest di abad ni. bagi aku filem ni memang best, tapi bukan paling best. sebab aku masih lagi kata filem Cinta dan Sepi lebih bagus. dengan Sepi mendahului carta di tangga pertama, diikuti rapat oleh Cinta.

oh, if i have another chanco to vote next director for the sequel i'll choose Rudi Soedjarwo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...