Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.
1. Bekas kekasih saya adalah :
- tiada.... soalan terpesong.
2. Saya sedang mendengar :
- Heal The World nyanyian raja pop
3. Mungkin saya patut:
- mandi dan berehat (tidur)
4. Saya suka :
- menyanyi, melancong
5.Sahabat-sahabat baik saya :
- tak payah tulis nama lah. nanti ada yang kecik hati nama mereka tak ditulis.
6.Saya tak paham :
- kenapa chicken chop tadi rasa macam ikan. izzat dengan farhan pun cakap rasa die macam ikan.
7.Saya kehilangan :
- seorang kawan baik. ah pergi mampos la engko wahai ex kawan baik aku. (emo pulak)
8.Ramai yang berkata :
- deria aku sangat sensitif. la....kalau dah busuk, katalah busuk. tak kan nak kata wangi.
9.Makna nama saya :
- entah la pulak. cuma kalau hafiz tu maksudnya penghafal (aku ni selalu lupa pulak tu), addin tu maksudnya agama.
10.Cinta itu adalah :
- errr..... entahlah.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- dingorat oleh seorang nyah....tidak,larikk!!!
12.Saya akan cuba :
- menjadi yang terbaik
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- FOREVER, oit.... mana la aku tau thesaurus melayu
14.Telefon bimbit saya :
- berwarna hitam dan putih.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
- saya akan snooze (tak tau maksud dalam BM) alarm (penggera ye?)
16.Saya paling meluat apabila :
- order lambat sampai.... sakitnya hati dan perasaan
17.Pesta/Parti adalah :
- menyeronokkan. tapi manusia yang terlampau ramai adalah menyemakkan
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- kucing ku sendiri la.... puteh
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- remaja..... err, hampir dewasa pun suka juga
20.Hari ini :
- pergi berjalan-jalan di Bukit Bintang dan makan dengan kawan-kawan di Kampung Baru
21.Malam ini saya akan :
- dah terlepas malam pun. ni dah pagi
22.Esok pula saya akan :
- berehat-rehat di rumah je kot
23.Saya betul-betul inginkan :
- kerjaAaaaaAAAA!!!!!!!
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- muka mengantuk masih terserlah.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- pusat membeli-belah..
26.Makanan Barat atau Jepun :
- masakan barat.... katakan tidak pada makanan jepun patah lagi Sushi... eiiii, tak masak.
27.Bilik yang terang atau gelap:
- gelap la bagus.... terang-terang susah tidur tu.
28.Makanan segera adalah :
- kegemaran saya....
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- ...............(lambai sahaja)
30.Siapa yang anda nak Tag?
- takde sapa....sesiapa rasa nak jawab, dipersilakan.
No comments:
Post a Comment