hait
last entry aku adalah aku deactivate facebook. teka berapa lama aku boleh tahan? 1 MINGGU SAHAJA! aku tak mampu nak deactivate lama-lama. rasa macam terputus hubungan dengan dunia luar. ye la. kehidupan aku sekarang da kurang bergantung kepada handphone. kegilaan untuk membuat panggilan telefon dan ber sms da ditinggalkan jauh-jauh daripada hidup aku. jadi ruangan sosial aku terhad kepada facebook je. 1 minggu >>> terus activate account.
berhenti kerja. betul, selepas setahun setengah aku menghambakan diri di streamyx technical support akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti. satu keputusan yang agak susah. perubahan, suasana kerja baru, gaji baru, semua baru. dulu waktu kerja di tempat lama, aku dah pandai buat kerja... petik-petik jari je da boleh nak achieve kpi. walaupun aku berasa tertekan bekerja (selalunya jugak la), tapi lebih kepada sebab aku penat bekerja, ridiculus rules, politik di tempat kerja.
sebulan berlalu.... sampai hari ni aku masih lagi tertekan dengan kerja baru. masa kerja yang sangat aku tak berkenan. kekurangan staff. bebanan kerja yang perlu ditanggung seorang diri. itu belum lagi aku cerita degree of hardship yang perlu dicurah untuk kerja ni. aku da buat macam-macam, tapi tak pandai-pandai jugak. tension~
**p/s- i need some rest. i'm now like a walking skeleton! not enough sleep, not enough eat...
No comments:
Post a Comment