Saturday, February 26, 2011

menawan puncak Broga

broga14

broga15

sebelum ni selalu je aku baca cerita kawan-kawan pasal aktiviti memanjat bukit Broga. dalam hati ada gak tergerak nak panjat, tapi tu dalam hati je la. sebab memandangkan stamina yang tak berapa nak banyak ni, lebih-lebih lagi gaya hidup orang bekerja sekarang yang aku lalui.... agak membataskan aktiviti-aktiviti lasak (separa lasak). kekangan masa, kekangan kos.... banyak lagi la.

tapi semalam tiba-tiba la pula tercetus idea nak panjat bukit ni. idea spontan je. unplanned. kumpul-kumpul orang.... balik rumah terus packing barang, lepas tu terus berkumpul di rumah kawan (pakdat). pagi lepas subuh, zassss..... broga mari. masing-masing tak tau jalan, main hentam je. hehehe.... :)

mula-mula, warm up. pergh, da lama seh tak bersukan/beriadah berat-berat ni. awal-awal jalan da nak semput. mana tak nya, kali terakhir aku bersukan adalah pada tahun 2006. paintball, jungle tracking, jogging.... tapi tu dulu, badan fit. sekarang harap je badan kurus. energy hampeh.

dipendekkan cerita, aku sampai je ke puncak pertama (yes, 1st peak), tros nak collapse. rasa mual, loya tekak, kepala pusing, sakit perut... semua ada. nyaris termuntah dan terbe*** je kt situ. nasib orang ramai gile. jadi, kesedaran sivik aku tinggi sikit. tapi perjalanan aku terhenti hampir 30 minit sebab keadaan fizikal yang tak mengizinkan.

time duduk-duduk hilangkan rasa nak muntah tu ada group hiking yang duduk dekat-dekat aku. dorang ni well equipped. siap ada air (aku pon ada air mineral), makanan, asam, minyak angin... pendek kata, hampir lengkap la peralatan/barang-barang yang aku fikir selayaknya ada ketika itu.

aku buat kesimpulan, berdasarkan pengalaman aku... lain kali kalau nak pergi lagi panjat, ni list barang aku.
  1. minyak angin a.k.a minyak cap kapak.
  2. asam.... tak kira la asam kulit limau ke... janji asam.
  3. 100 plus. please, no more mineral water/ drinking water.
  4. energy bar/snack... dulu time kat Scotland aku ada makan snack macam ni. kt Malaysia tak pasti lak.
  5. gula-gula... tekak payau/loya tu ok sket kot kalau makan gula-gula.
  6. posh bag (betul ke ejaan die?) utk letak barang-barang ni. say no to bagpack.
  7. shorts.... nasib baik aku pakai shorts, kalau pakai track suit xtau la cramp kot kaki aku.
yang pastinya, kalau nak panjat lagi aku takkan pakai sebarang minyak wangi atau losen. nasib baik tadi aku tak pakai deodorant. sebabnya? salah satu sebab aku nak muntah adalah akibat drp bau-bauan wangi itu di kala kepala aku pening. tahniah, hajat nak elak digigit nyamuk... rupanya memakan diri sendiri pulak. hehehe....



broga4
puncak pertama
broga12
puncak kedua, ketiga dan hampir keempat (atau memang keempat)
broga6
sebelum panjat puncak terakhir
broga10
the final peak!!! (padahal 400m je~)




Monday, February 14, 2011

duit kopi

P4251234
aku baru mendapat berita buruk.
duit kopi aku untuk Januari adalah......30% @ RM90 SAHAJA
TAHNIAH!
sakitnya hati....
2 bulan berturut-turut la aku tak achieve KPI kalau mcm ni

kisahnya mcm ni
bulan Disember lepas
aku malas kerja....
buat kerja pun nak tak nak je
bila akhir bulan,KPI pun dapat seperti yang dijangka la
50% @ RM150 sahaja
sesuailah dengan usaha aku sepanjang bulan tu
hari-hari datang kerja lewat
buat tak sepenuh hati
hasilnya....kpi x achieve,ex-gratia pun terjejas

jadi aku cuba berubah untuk bulan januari
sebab aku rasa Tuhan nk tunjuk kat aku
kalau aku malas waktu kerja
tu yang aku layak dapat
jadi tak boleh nak merungut banyak
aku pun datang hari2 tepat pada waktunya
buat kerja bersungguh-sungguh

hasilnya...lihat perenggan pertama
seolah-olah sebulan tak buat kerja langsung
adakah kerana aku mc 2 hari terus performance macam tu?
sabar....sabar.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...