Monday, July 6, 2009

tahniah SMSS,tahniah SMIH

tahniah....tahniah. tak sangka team kali ni bagus betul sampai melayakkan diri ke pentas final PPM. sesuatu yang tak pernah tercapai oleh senior-senior dahulu kala. kejayaan adik-adik ni sangat manis dan akan terpahat dalam sejarah sekolah yang hanya bergelumang dengan aktiviti kesukanan semata-mata (hahaah....sekolah sukan sains selangor ek?)

cuma aku tetap mendoakan kejayaan adik-adik di SMSS pada masa akan datang. aku percaya mereka berpotensi untuk terus maju. maju bukan sekadar menang, tetapi lebih daripada itu. btw, bravo team SMSS, bravo Abg Azrai. u guys did a very good job. sampai bila-bila kejayaan ni akan dikenang.

-------------------------------------------
tahniah kedua buat adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah. JOHAN debat terbuka UIAM. tak pernah ku sangka, adik-adik yang pernah aku latih dulu, sekarang dah mencanak-canak naik. kalahkan team STAR pulak tu. oh, u guys are great. tahniah sekali lagi untuk team members and supporters.

tadi aku ada baca blog kelab diorang ni. guess what? nama kelab debat SMIH ni Kelab De'Pikir SMIH. terkejut, diorang juga guna nama kelab debat UTM. sebagai salah seorang yang pernah berada dalam kelab debat UTM, aku turut berasa bangga sebab diorang sudi guna nama kelab De'Pikir ni. terima kasih.

pemerhatian aku sepanjang melayari blog mereka.
  1. blog kelab debat informatif. bagi tahap budak-budak sekolah, informasi yang di'upload'kan tu agak bagus. malah nampak kegigihan untuk mencari info untuk dikongsi bersama. bagus.
  2. gigih. ni perkataan yang bagus untuk aku label kan mereka. dulu kalau nak bekerja atau berbincang dalam kumpulan, sangat susah. buat team campur lelaki perempuan sangat susah. tapi dalam gambar yang aku tengok tadi, sekarang jurang tu dah semakin rapat. ala, kita ni bukan nya buat benda tak elok pon. ni salah satu daripada majlis ilmu kan?
  3. jadual latihan pon ada. wah, kelas!
apa-apa pun, teruskan usaha anda semua untuk memajukan diri. even my skool pon tak pernah menang debat UIA, SMIH memang hebat.

*p/s- aku nk upload gambar, tapi usb tak baca pulak data aku. ish2....

2 comments:

The Rhymeweaver said...

peh tong nostalgia plak ko eh hahahaha

jon hafkian said...

haha.....tiba2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...