Showing posts with label self thought. Show all posts
Showing posts with label self thought. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Facebook deactivated

pejam celik...pejam celik...dah 3 tahun aku menghambakan diri dengan Facebook. ada apa dengan Facebook? takde apa-apa pun. suka-suka je. tapi kat facebook la aku dapat jumpa kawan-kawan lama, dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti sampailah ke tempat-tempat kerja aku. dunia tanpa sempadan, dulu ada secret admire tengok dari jauh je, bagitau pun kawan rapat je. gelak2 sesama sendiri je. takde maknanya nak expose kita suka orang tu. unless betul-betul serius nak couple ke. lain cerita.

sekarang senang, suka je.... zuppp terus add friend. tau-tau dah approve friend request. tapi kita da ada secret admire baru pulak. hehehe.... ***orang sekarang pakai internet jalur lebar berlajuan tinggi, mana ada pakai dial up lagi da. lalalallaalala~

tapi disebabkan Facebook ni bersifat terbuka... segala yang tersirat di hati boleh terus diluah di sana. salah ke? itu page kita kan? well, kalau tak suka hide je la kita dari wall mereka. takde la tertempek luahan hati lara jarum emas tu. susah-susah sangat, block je tak pun delete dari friend list. senang cerita. noktah.

Deactivating my Facebook Account
***encik mamk, saya pinjam picture awak tau. jangan kata saya plagiat pulak. heheeh.....

april 2008-july 2011.... akhirnya aku ambil keputusan untuk deactivate account facebook aku. sayang, sebab kat situ la aku punya phone book, event reminder, sticky notes, album gambar (nak bukak hdd memang takde masa la nak belek satu-satu), gossip~ sebab yang aku bagitau kawan-kawan, aku kena usaha untuk cure addiction aku terhadap facebook. tapi tu sekadar alasan je, memang aku deactivate sebab aku sakit hati. thanx banyak-banyak!

Posted using Mobypicture.com
atau mungkin?
*p/s-
sawang-sawang di blog ni da mula dibersihkan sedikit demi sedikit. saki-baki kotoran masih terpalit di dinding-dinding. kegiatan blogwalking tak berfaedah yang sekadar nak tinggalkan url spam tu harus dibanteras. kita mesti bersih (bersih ke soalannya?).....

Tuesday, February 23, 2010

february update

camping.... camp1 and camp2 members. introducing my friends, from back... Syuk n me. in the middle, Kaizar, Ekan, Kamrul, front Yusri. a great and enjoying moment in Sungai Congkak. lost in Sg Congkak Idol during the dangdut cycle. heeheh.... i forgot the lyric. JGN LUPA LIRIK!

first time i eat Sushi King (CNY and VD) at Berjaya Times Square. i'm not really into eating uncook (or pre cooked) dishes. but i never (or i try not to) dissappoint my friends request, so i just follow them. hehee....

in LRT to Bukit bintang with Kaizar and Ekan (not in da picture) for the CNY and Valentine Day celebration (however, i don't celebrate VD)....

actually this is January outing with Syuk, Kaizar and Ekan. hanging around Bukit bintang for the whole thursday evening with u guys is so exciting. i'm looking forward to do it again in da future. smile!!!
--------------------------

now i'm officially working and no more unemployment stamp on my forehead. hahaah..... so it's gonna be a tough (is it that tough?) 2 months training without MC (how am i gonna survive this?), without annual leave but all i have is i got da salary which i can't obtain if i stay at home (heheeh).

i'm thinking of joining the next group agenda which is the island trip (it would be Redang trip). but i'm not sure if the training end during the day of our trip. if not i've to miss it and say bye-bye. huhuhu..... i wanna go snorkeling, swimming (although i can't swim).

Monday, August 24, 2009

blogger boy?berangan....

just watch a few episode on Blogger Boy (internet streaming). so far, in this few episode I still don't find any relationship within the main character (budi) and blogging world. not at all. i know he write something about his feeling on his laptop, but that doesn't mean that he's blogging. i feel that he's just doing his journal (macam zaman skola2 dulu) instead of blogging. even in the story, they use comic figure as his journal.... is a comic = blogging? maybe yes, maybe not.... the most important thing is that blog we post it online so that people can read it, not only to ourself.

just my 2cents....

but, the graphic comic looks like kouru's, i think it's her....

p/s- maybe production nak guna nama blog sebab skrg most teenagers pon demam blog. at least org=orang macam aku ni..... hahaha.....

Sunday, August 9, 2009

G.I.JOE to G.I.JON

tadi aku tonton wayang dengan Anip, Fahmie dengan Syafiq. cerita G. I. Joe The Rise of Cobra. kalau nak diikutkan cerita ni antara top movie dalam must watch aku untuk tahun ni. semua gara-gara trailer yang melampau-lampau setiap kali aku pergi tonton wayang. jadi teruja la nak tengok macam mana dorang ni boleh tumbangkan Eiffel Tower tu kan.

hasilnya? movie agak over rated. mungkin aku yang meletakkan high expectation. tapi aku pasti orang lain pun sama juga sebab dah tengok trailer yang melampau-lampau hebat. kira pendek kata, movie ni macam Twilight dulu la, indah khabar dari rupa. trailer je yang action hebat tahap dewa, rupanya cerita cinta je panjang (tapi aku suka gak,oh G I Joe bukan cerita cinta)....hmmm, movie ni pon aku suka. cuma sedikit kecewa sebab CGI yang digunakan sangatlah tahap negara membangun nak buat. kalau Cicakman tu, aku boleh maafkan la kalau CGI tahap biasa-biasa. sebab kos dorang terhad. movie ni kosnya tak kan la setakat 2-3mil (dan tak mungkin dalam RM).

overall, ok la movie ni. kalau nak tau lebih lanjut, pegi tgk kat wayang... kalau malas, baca je review atau nak lagi best, baca spoiler. hahaha..... oh, ni ada official website die (NOTE: tak payah bukak kalau internet lembap/tak laju/tak hebat.... byk video/multimedia/benda-benda yang menyebabkan laman ni berat untuk loading). klik kat >>>>>>>sini

oh, ni ada ole-ole sikit dari wayang tadi.... hehehe

gi-joe-the-rise-of-cobra-6-1024

gi-joe-the-rise-of-cobra-4-1024

Channing_Tatum_in_G.I._Joe _Rise_of_the_Cobra_Wallpaper_2_1024

tengok pic tu.... rasa macam nak join plak G I Joe ni....

DSC00514

with face mask

DSC00510

siap ada boot, visor dengan high pressure senapang (pe ek dlm english?)

amacam? ada bakat tak?

*p/s- si orang jahat tu orang Scotland, tapi cara die cakap macam orang Ukraine.

Friday, May 1, 2009

layang-layang terputus talinya

LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA
ALLEYCATS

Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 
Sepanjang kehidupan 
Penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 

Kucuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa 
Walau aku dihina 
Namun aku tetap aku 

Derita oh derita 
Engkau di mana-mana 
Walaupun jauh aku berlari 
Mahupun berdiam diri 
Namun indah mimpi dari realiti 
Hidupku tanpa arah 
Bagaikan layang-layang 
Terputus talinya 

Tapi pasti suatu hari nanti 
Sinar suriakan menjelma

---------------------------------
aku pergi keluar berkaraoke dengan kawan-kawan malam tadi. sebelum balik semula ke UTM, kami minum-minum kat restoran Aliff dekat situ. sembang-sembang la pasal masa depan. kerja, kahwin, rumah, kereta... macam-macam la. tiba-tiba, aku rasa sedih pulak bila nak ditinggalkan kawan-kawan ni. yelah, tu la kawan-kawan aku fly malam (walaupun istilah fly dah tak valid lagi kat uni), overnight sampai 18 jam, 27 jam.... pergi danga bay pagi2 buta, tidur dekat masjid, drive tak rehat-rehat sampai 2 hari berturut-turut, pergi tengok wayang, dan yang paling penting.... karaoke.

tinggal seminggu lagi kami di UTM. selepas itu masing-masing akan membawa haluan sendiri. entah bila aku akan berjumpa mereka semula. sebulan? setahun? atau bertahun-tahun lamanya seperti rakan-rakan lama di sekolah dulu? aku pun tak pasti tentang ini. apa yang aku pasti, aku masih ada sisa hidup di UTM ni selama 1 semester lagi. selepas tu, aku juga akan mengikut jejak langkah rakan-rakan yang lain. mencari haluan hidup, mencari nafkah demi meneruskan kelangsungan hidup aku dan keluarga aku.

aku sedih.... aku sedih meninggalkan dan ditinggalkan.

----------------------------------
ni picture aktiviti sepanjang minggu lepas dan minggu ni. enjoy.

P4100215

macam pendatang ke?
haha...berkelah di teluk ramunia

tepi pantai
antara boys yang pergi berkelah

atas batu
bergambar atas batu

depan umah syasyi
we're SEI0509

Sunday, April 12, 2009

saya penat...saya takut

saya penat.... sebab siapkan FYP... presentation hari Selasa (14 April 2009) dan Demonstrasi (15 April 2009). sekarang ni masa tidur pun dah terganggu. asyik teringatkan kerja yang masih belum selesai.

saya takut.... macam nak pergi bertanding pula takut kali ni. kan ke seronok kalau macam debat, kalau tak nak ambil celahan (izin laluan) pun takpe. ni dah sah-sah la kena jawab semua soalan daripada panel penilai. jangan kena kondem sudah la. yang penting jangan kena marah dengan panel.

Tuesday, April 7, 2009

sesungguhnya kisah itu benar belaka

sabar ye adik-adik. minggu ni dengan minggu depan takde GG. the week after next week barulah ada episod baru GG. maknanya, 2 minggu ni aku boleh tumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan projek tahun akhir aku (optimis sikit).... down.

-------------------------------
hmmm.... pagi nanti nak kena pergi bayar saman pula. memang dugaan. hari ni aku parking jauh sikit, takut disaman lagi. serik. esok nak daftar subjek semester depan, Khamis daftar Latihan Industri. here I come Rapid KL rail training division (hahaa, bulan 5 nanti daaa)

Tuesday, March 31, 2009

langit yang mendung...dimana MATAHARIKU?

Johor pelik sekarang ni, sekarang bulan 3 tapi hujan sentiasa. sepatutnya bulan 11/12 ari tu yang hujan. ni tak, terbalik pulak musim dia. jemur baju kat bilik kosong kat depan bilik aku je. nasib baik roomate ade wat ampaian kat situ. so tumpang jap la 2-3 hari.

--------------------------
semalam lepas habis test yang tak reti jawab tu, aku dengan kawan2 sekelas pegi kat pesta konvo. kalau nak ikutkan memang aku tak minat pegi pesta konvo. tak ada apa yang menarik pn sebenarnya. Batte of the Band? huh, setakat penyanyi syok sndiri je ramai. yang suara sedap pun..... takde aku rasa. semalam ada pertandingan karaoke Buluh Perindu. oh, nasib baik pemenang die si ZZ celup tu. yang lain tak sedap pon.setakat macam tu, aku kasi Mama Ridz lagik sedap. (wartawan Nas jgn perasan aku mention ZZ, bukan abg ZZ la, tapi Ziana Zon Tengah celup)

oh, semalam Jeffrydin datang UTM. lebih spesifik datang buat show kat pesta konvo. UTM ni kan susah sikit artis nak masuk buat show. setakat bape kerat je yang bertuah dapat nyanyi kat sini (bertuah ke?). malas nk komen banyak2 pasal ke tak best-an pesta konvo yang hanya penuh dengan gerai2 baju wanita sahaja. macam pasar malam je aku tengok. opppsss, noktah.

-----------------------------
kat pesta konvo aku terjumpa seorang yang aku tak sepatutnya jumpa lagi. aku rasa lirik lagu ni sangat sesuai untuk menceritakan perasaan aku sekarang.

MATAHARIKU

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

*p/s- semoga aku akan dapat mencari kebahagiaan sendiri

Monday, March 30, 2009

sorry...i need to use capcha again

hmmm..... fikiran aku berserabut sebab itu dan tahniah kepada si tanda soal sebab berjaya menjadikan hidup aku hari ini huru-hara. adakah aku deserve (apa makna dalam BM, aku lupa?) untuk diperlakukan sebegitu hanya kerana aku tidak menyokong kempen 60minit itu (aku fobia nak sebut nama kempen itu). tolonglah, jangan ganggu hidup aku ancik tanda soal anonymous si pengecut. sudah... lupakan.

*aku virgo. memang banyak berfikir.

--------------------------
setting untuk komen dah diubah semula. aku terpaksa ubah sebab follower blog ni sendiri pon tak boleh nak post komen. jadi cara terbaik adalah aku ubah semula setting dan benarkan 'registered user' sahaja yang boleh komen. rasanya ni terbuka untuk semua blogger, malah kalau yang guna ID email pon boleh juga agaknya. aku tak benarkan anonymous sebab aku tak suka anonymous ni menyibuk dalam blog ni.

tapi, disebabkan aku dah longgarkan semula setting komen. maka capcha yang kurang disukai tu terpaksa digunakan semula. harap anda fahamlah kenapa aku terpaksa on jugak capcha di komen box. kalau cbox pun ada capcha, aku nak on juga....

---------------------------
sori kepada kawan2 yang aku tanya tadi. aku cuma nak pastikan bahawa kawan2 aku bersih daripada perkara tak baik tu. sori sangat2.

---------------------------
aku takde mood, tapi nak kongsi juga la, haha... tadi aku kemas bilik. takde ubah ape2 pon, cuma bersihkan dan susun semula apa2 yang patut. gambar sebelum dan selepas ada kat bawah ni.

meja komputer sebelum
meja komputer selepas
katil sebelum
katil selepas
lantai sebelum
lantai selepas

Sunday, March 29, 2009

kenapa panggil aku bodoh?(updated)

si tanda soal dalam cbox aku. post ni khas untuk anda.
  1. aku memang student universiti
  2. aku memang pandai
  3. aku tau pasal elektrik sebab aku adalah student bachelor of electrical engineering control and instrumentation
  4. aku juga belajar asas kejuruteraan kuasa
  5. aku tahu macam mana supply elektrik kepada domestic use (rumah2), pola penggunaan dan sebagainya.
  6. sejak bila penggunaan elektrik tinggi waktu malam? specifically pulak tu kempen pukul 8.30mlm sampai 9.30mlm.
  7. kalau betul2 sayangkan bumi, cara yang lebih baik adalah kurangkan penggunaan elektrik waktu siang a.k.a waktu pejabat.
  8. waktu pejabat adalah waktu di mana load factor lebih tinggi daripada waktu2 lain. maka menutup lampu dan mengurangkan penggunaan elektrik adalah membantu mengurangkan permintaan elektrik ketika waktu puncak ini.
  9. barulah namanya sayangkan bumi instead of switch off lamps for 60mins during night. does it makes any difference? yes, it creates more people like u tanda soal.....
siapa kata aku tak sayangkan bumi?
  1. aku kurangkan penggunaan beg plastik apabila membeli barang2.
  2. aku tak on kan pun lampu waktu siang,
  3. aku tak guna air cond di rumah
  4. malah aku takde komputer pun kat rumah
  5. aku prefer guna public transport macam LRT atau bas kalau pergi ke KL.
  6. aku tak menebang balak
  7. aku tak buang sampah merata2
  8. apatah lagi nak buang sampah ke dalam sungai
  9. aku tidak mencemar udara a.k.a merokok
cermin diri tu dulu sebelum menghina orang lain tak tentu pasal.....

-------------------------------------
updated

hmmm....aku tahu aku ter over reacted pulak tadi. yelah, pagi ahad suppose masa bersuka-ria melapangkan fikiran. manalah aku nak tahu bahawa ada insan berhati busuk macam tu nak buat onar di blog ni. moga-moga dia sedar yang perbuatannya itu sangat busuk dan memalukan blogger. sepatutnya kita bertanggungjawab ke atas perbuatan kita.

aku pun bukanlah selalu bersetuju dengan pendapat orang. malah ada pendapat orang yang aku bidas dalam malaysian forum sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani balas bidasan itu. tapi aku tak pernah kata orang itu bodoh atau aku kata mereka berlagak sangat sebab dah berkerjaya. tidak sama sekali. aku bidas menggunakan facts dan retorik (ada aku guna di blog orang lain). tidak menyentuh langsung peribadi orang itu apatah lagi untuk menjatuhkan air muka orang yang aku bidas. sebab aku percaya, aku tidak berdendam dengan orang yang berbeza pendapat dengan aku. aku cuma mahu luahkan pendapat aku sahaja.

kita sama-sama manusia. aku juga manusia biasa yang lakukan kesilapan. kalau nak tegur aku rasanya tak salah malah dialu-alukan. mungkin aku sukar menerima teguran, tapi aku lebih senang dengar teguran atau pendapat atau cadangan berbanding dengan penghinaan. maaf kalau aku terlebih emosi. noktah.

Thursday, March 26, 2009

broadband limit

menipu dorang ni. dulu time promotion gile2 la kata unlimited usage.... kepala hanjing unlimited usage. inilah penipuan terbesar sebab sebenarnya ada syarat tersembunyi yang tak di-highlight kan masa promotion. heee.... geramnya. tadi dah dpt message bahawa BB aku dah sampai limit penggunaan 5Gb/mth.

aku baru bayar 2 minggu lepas bil BB. dah la sepanjang masa BB ni super lembap. tak kira la masa lepas bayar. tengah malam, tak bayar 3 bulan ataupun masa sekarang ni yang dah sampai limit penggunaan. aku rasa macam nak bakar2 Celcom ni. jahat2!!!!!

-------------------------
updated...

ari ni ada kecurian kat floor aku. lebih tepat lgi kawan aku sebelah bilik kehilangan handphone nya. kisahnya panjang, sampai lapor kat balai polis la kes ni. nasib baik dah jumpa kat kedai handphone. suspek pon dah tau. cuma suspek tak mau mengaku time kawan2 aku panggil tadi. ish... camne pulak la aku bley terlepas time dorg soal siasat budak tu. macam assembly kat hostel dulu la pulak kan. bezanya kali ni masing-masing dah besar dan takde la pulak kes2 pukul. hahaha......

aku rasa benda ni memang dah lama. dalam post terdahulu pon aku ada cerita tentang barang-barang mandian aku dicuri. rupa-rupanya roomate aku punya ubat gigi pun dicuri. baru beli pulak tu kan. sape tak geram. kawan sorang lagi pon sama gak hilang syampu. kelakar la pencuri ni. syampu pon nak curi kan. ah, malas nak ingatkan semula barang yang hilang.

Wednesday, March 25, 2009

bosan dan geram

kenapa bosan?
penat-penat post info yang sangat berguna/bagus, tapi takde komen. bosan.... malas nak komen panjang-panjang.

kenapa geram?
ionizer aku rosak. habislah FYP aku. nampaknya kene beli barulah ionizer ni. melayang lagi wang ringgit gue.

oh, aku terfikir kenapa blog aku tak ramai pengunjung. jawapan mudah.
  1. aku suka halau orang dari blog aku. kalau korang baca blog aku dari awal lagi, aku memang dah mula menghalau orang start dari post yang ke 2 atau ke 3 (tapi awal la). kenapa aku halau? aku benci tengok musuh aku atau konco2 nya berlegar2 di tempat aku.
  2. aku sekat segala spam dan iklan. dulu blog aku penuh dengan mesej/komen spam. mula-mula aku tak perasan. ingatkan mat saleh mana la yang komen kan. rupanya semua itu hanyalah spam semata-mata. aku perasan sejak semua post aku ada dibanjiri komen spam ni.
  3. tempat komen aku ada word verification. sorry sangat2 kawan2. aku tak berniat langsung nak menyusahkan hidup sesiapa. tapi blog ni sangat diminati oleh spam serupa dengan telinga aku yang diminati semut (huhu), maka aku terpaksa letak word verification tu. tapi itu pun ada jugak manusia tak bertanggungjawab letak ads secara manual di komen dan cbox aku. geram.
  4. friend list aku sikit. betul, friend list aku sikit sahaja. malah kawan2 di sekeliling aku tidak berblog. maka memang takde la kunjungan rasmi dari kawan2 ni. hahah.... mereka ni masih lagi di zaman friendster. percayalah, sebab friendster mereka masih sangat aktif. ohoho.....
  5. cerita aku tak menarik. hmmm, aku rasa cerita aku dah cukup menarik. cuma aku takde pembaca yang ramai. ataupun post baru2 ni takde gambar. hah, yang ni salahkan Celcom Broadband. aku rasa memang nak bakar je Celcom ni. apela lembap.
p/s- aku ada gosip baru. keji sangat gosip ni. nak cerita pon loya. uwekkk....

Monday, March 23, 2009

facebook name change....should i?

one of my friend ask me to change my name in FB. he told me that is would be better if i use my real name as it's more easier and more formal.

this is the reason why i don't change my name in facebook:
  1. i dunno how to change my name. i'm not even know how to write in english manner...i.e, which one is my first name and which is my last name? care to comment about this?
  2. i think it's better for me to stick with current name. i do that in my friendster , myspace and even in this blog. i never used my real name in cyber community.
  3. as for formality. i'm not really a formal person. i use my real face for my primary picture in every cyber community that i joined so i can be recognised easily. however, people always look at name rather that look at the face. oh, my face/look never change since i was in high school. just mabe now i had moustache, and look mature compared to my old days in school.
  4. people always look, that's why most people can recognised our name. but people never look carefully, if they do surely they can recognised me. ape la....
i still think that i'll change my name in FB. oh, forget to mention that i found many of my old friend back in primary shcool in FB. and for heaven sake, they are friend of my friend. it's quite complicated that having friend from primary school attached to friend from high school. not forget to mention that some of them is friend of my friend in boarding school. whoa, primary school<->secondary school<->boarding school<->primary school again. complicated.

-----------------------------------
hmmm.... does anybody know online photo album besides Photobucket. PB is s**k. i can't upload my picture there anymore. wtf? oh, i wish i could share some of my picture, but due to my internet condition which is very dissappointing, i can't do that at the moment. huhu..... oh, i do read some blog, friend of friend (nevermind, i don't really know them).... about how jew**h are very intelligent. maybe i'll paste in tomorrow post. wslm.

*p/s-aku dapat ko-Q kompang. wah, berkompang la nampaknya lepas ni. hahhaha....

Saturday, March 21, 2009

update

af7 (7 kan sekarang ni?) s**k. apsal pentas macam anugerah era je? lepas tu, juri pulak ada penghadang kat belakang dorang. mana perginya arrangement yang lama, hilang segala keriuhan af yang sebelum2 ni. lagi, apsal nyanyi 2 lagu? sekerat2 pulak tu. tak belajar ke dari kesilapan Jaclyn Victor yang kalah dalam pertandingan Asian Idol, hanya kerana dia nyanyi madley. lagi satu, memang nampak serabut betul la bila nyanyi madley ni. huduh dan buruk jadinya. bak kata Ramli MS, vokal ke laut.... ni semua ke laut, feel, vokal, baju.

hallu.... kalau setakat nak downgrade af, lebih baik tak payah buat af7 ni. menyampah je tengok.

------------------------
2 hari lepas pergi main bowling dengan kawan-kawan kelas. hehe, yang bestnya skor kali ni bagus pulak untuk kedua-dua game. 108 dan 107. waaa.... finally, lepas jugak 100. last time main kat Mid Valley macam dapat 30++ je kot skor. siap bola jatuh ke belakang lagi. huhu... malu seh.

------------------------
nanti aku tambah la sket dalam post ni. malas nak tulisss....

Wednesday, March 18, 2009

projek sarjana muda (1)

petang semalam (selasa, 17 mac 2009) aku jumpa supervisor psm a.k.a fyp aku. dipendekkan cerita, hasil pertemuan tidak memberangsangkan sehingga aku rasa macam nak gila meroyan je lepas jumpa orang tua tu. tapi takpe la, mungkin maki, kutukan, cercaan atau apa sahaja tindakannya yang begitu menyakitkan hati aku ni ada kebenaran untuk mendidik supaya aku lebih rajin dan berusaha lagi. mungkin.

aku sakit hati. malah hampir kesemua kawan-kawan yang aku jumpa aku ceritakan betapa sakitnya hati aku bila dianaktirikan oleh supervisor sendiri. malah tidak ada sebarang apresiasi langsung terhadap usaha aku. sabar je la. DIA lebih mengetahui.

----------------------
aku baca semula tesis yang dipaksa baca oleh supervisor ku. rupa-rupanya segala yang dia marah tu memang dah tertulis dalam tesis itu. patut pun aku dimarah teruk-teruk. aku tak baca dengan teliti. semua yang dikatakan memang dah ada dalam tesis tu. salah aku. sape suruh malas baca? jadi esok pagi aku kena lah ubahsuai kotak projek aku yang dah bermastautin di makmal p10 tu. malah segala data perlu diambil semula sebab data sebelum ini adalah 'rubbish', kata supervisor ku.

lepas baca tesis aku terasa nak baca pulak buku 'introduction to MathCAD for scientist and engineers'. buku ni dah lama aku fotostat dari supervisor kerana sudah tidak dijual lagi, malah buku ni jugalah yang digunakan oleh supervisor ketika menyiapkan phd nya dulu... banyak tutorial dalam buku ni aku cuba tadi. sampai mencarut-marut la. menyumpah-seranah dan paling tak dilupakan jeritan kerana geram yang teramat dahsyat.

namun, semuanya dah terbayar apabila output yang aku perlu dapatkan keluar akhirnya. syukur. syukur ke hadrat-NYA. aku tak tahu nak ucap macam mana lagi. aku dapat gred B semester lepas hanya kerana graf ini tak keluar. dan aku berjaya menyiapkan kurang dari 2 jam. hasil usaha gigih dan tekun. hahahaah....

cuma itu bukan output terakhir yang perlu aku dapatkan. itu baru output yang semester lepas aku perlu dapatkan. baru separuh jalan la nampaknya. sparuh lagi hanya boleh dapat selepas aku baiki kotak ujikaji dan dapatkan semula signal yang betul.

p/s- penatnya tulis secara berhemah ni. takpe. mana boleh nak marah sentiasa. hidup kena ada kawalan diri. semoga aku berjaya mengawal diriku.

Monday, March 16, 2009

manusia lahanat

ni memang aku nak mencarut panjang2. dah siap tulis, habis hilang pula tulisan tu semua. takpe2 sabar2, kejap lagi nak mencarut panjang lagi ni.

tadi aku masuk ke toilet. entah kenapa aku terasa nak pandang ke platform sink yang selalu aku letakkan baldi kecil berisi barang2 mandian. tau apa yang aku nampak? kosong... yang ada hanya conditioner dengan berus gigi SHJ. baldi, facial foam, shower foam semua hilang. syampu aku memang dah berbulan hilang. ish... memang geram aku time tu.

cuma aku bersikap konon2nya optimis la, check setiap shower kalau2 ada orang guna dan terlupa letak balik ke tempat asalnya. malang, sebab aku tak jumpa apa2 selain daripada apa yang ditinggalkan tu sahaja. tolonglah, miskin sangat ke, papa kedana sangat ke manusia lahanat ni? sampaikan baldi kecil, syampu (ni dulu dah dicuri), shower foam, dengan facial foam tu nak dicuri? boleh kaya ke kalau curi semua tu? tak takut ke balasan hari akhirat kelak? aku percaya kalau agama lain pun melarang umatnya mencuri. maksudnya tiada sesiapa pun yang ada pengecualian daripada hukuman mencuri ni.

di kesempatan ini... aku mendoakan manusia lahanat tu supaya tangannya putus/patah dll. tuhan itu MAHA ADIL. aku ni berdaulat.

-------------------------------
spoil la kejadian dicuri2 ni. aku baru nak cerita kejadian 2 hari lepas. okeh... amik mood jap. in.... ouuuutttt.... in... ouuutttt..... fuhhhhh!!!!

mood ready. 2 hari lepas aku pergi karaoke dengan kawan-kawan seperjuangan di tempat kesukaan kami di DIVA. haha, berangan diva la time menyanyi tu kan. 1901 kat Giant southern City (tempat ada DIVA ni) dah takde. la, dahla ni satu-satunya 1901 yang ada di JB. kat CS pun dah lama tutup kalau aku tak silap. hmmm.... tak merasa la 1901 lagi lepas ni. thank you orang-orang yang boikot tak tentu pasal ni. nak boikot amerika/jewish, kedai melayu pulak yang lingkup. lu pikirlah sendiri (nabil pinjam jap tagline)

ok, time balik tu aku drive laju la kat jalan Skudai (ni ala2 MRR2). jalan besar tapi speed limit 80km/h. so, aku drive up to 80km/h je la. tiba2 tengah syok drive ada polis belakang aku, cuak gak la. ingat kan kena kejar polis. aku pun tukar line ke 2 (tengah).... tau apa yang aku nampak? polis... kereta mewah ber plat 'RMJ' dengan polis kat belakang. wah.... aku terjumpa kereta Raja Muda Johor yang hensem tu. boleh pulak aku puji orang lain kan. alah, memang la anak raja ni kacak pon (RMJ ni la), kalau tak takde la kisah si Fasha Sandha suka kat die dulu kan. siap ada statement dari mak FS lagik kan. hahaha.....

kisah doa waktu solat jumaat tu aku tak sure lagi, sebab aku tak dengar betul2. nanti aku dengar baik2 hari jumaat nanti. kawan2 aku kata memang betul. Ampun Tuanku. patik hanya memuji raja muda sahaja, takde langsung niat untuk menyakitkan hati tuanku.

-----------------------
see, finally aku boleh jugak bergosip walaupun aku tengah marah kan?

Sunday, March 15, 2009

internet aku dipotong

aku geram....dari malam semalam aku tak boleh online sebab line dipotong. nak cakap jahat celcom ni tak boleh pulak. lepas lebih dari 8 jam bil dibayar baru boleh online. itu pon lepas 2 kali aku call ke celcom call center. puas la aku buat report kan. dah la... aku hilang mood nak tulis.

--------------------
eh, malam ni takde pulak orang berkompang bagai kat taman belakang ni? aman dunia. aku bukanlah benci aktiviti kemasyarakatan, kejiranan bagai ni. buma aku benci bila orang tak paham bahasa/ kurang di ajar. ada ke patut main kompang malam2 buta sampai kul 12 tgh malam. kadang-kadang sampai kul 12.30. ni bodoh ke bangang?

aku tak tahu la yang kompang tu sebab ada kenduri (waaaa,kalau kenduri memang sakan lah sampai seminggu kenduri) kahwin. aku pon tak tau kalau kompang ni aktiviti JKKK untuk anak-anak muda supaya dapat banteras gejala (bkn budaya ye) lepak. bagus niat. tapi niat tak menghalalkan cara. berkompan tu berpada-pada. aku memang nak buat report polis je kes ni. biar tau sikit orang-orang kat situ. gigih sangat berkompang sampai malam-malam buta.

---------------------------
kempen matikan lampu selama 1 jam? pendapat aku mudah. ni kempen yang sekadar publisiti. bukan untuk kesedaran terhadap pencemaran etc. tidak langsung.ada ke patut buat kempen waktu malam? matikan lampu 1 jam. hello, load factor untuk electricity waktu malam tu sikit la. kalau betul-betul sayang bumi, buat waktu siang. contohnya, pukul 12tgh hari. matikan lampu atau segala peralatan elektrik. barulah ada kesan sebab load factor waktu tu memang tinggi.

academically aku rasa idea bodoh buat waktu malam sebab load factor tu. aku tak payah jelas panjang lebar la tentang load factor. cuma, apa yang perlu difahami adalah penggunaan waktu malam kurang berbanding siang. effect hanya boleh dirasai dengan kurangkan beban kepada pembekal elektrik dengan kurangkan penggunaan pada waktu puncak ni. lagi satu kempen penjimatan, bukan kempen tutup lampu.

kenapa TIDAK kepada kempen tutup lampu? malam tu gelap. tutup lampu boleh mengundang bahaya, contoh pencuri boleh masuk. kita tak nampak. ataupun dicolek sebab jalan gelap. lampu takde. ataupun lampu jalan off, mungkin kemalangan. siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka jugak. fikir-fikirkan.

---------------------------
hello kerajaan Johor. apesal lampu jalan banyak off bila malam? jimatkan penggunaan elektrik ye? kalau kemalangan? ingat mata manusia ni ada night vision la ye? ni bukan tuduhan sebarangan. malam semalam aku drive dari Tebrau ke Skudai. lampu di flyover persimpangan jalan Skudai menuju ke arah Pulai, UTM, Pontian tidak berfungsi. no lamps. nak kasi orang terbabas ye waktu nak susur keluar ke atas flyover? bijak. lepas tu jalan tepi UTM (Jalan ke Pontian) pon lampu padam. jalan besar gedabak tu ada u-turn. bayangkan jalan setaraf highway 4lane ada u-turn dan lampu tidak di ON kan semalam.

bijak-bijak. patutlah banyak kereta tersadai kat tepi jalan sepanjang jalan ke UTM. lampu terpadam. accident? ye kot. lagi satu, PLUS ni bijak yang sangat. bhg lebuhraya ke JB ada tol, harga bayaran sangat mencekik darah. 1 tol (open toll bkn jenis amik tiket) berharga RM2.10. bayangkan jalan yang lebih hina dari Federal Highway. FH at least ada 6 lorong berlampu. JB 4 lorong tidak berlampu. FH ada 2 kali tol, orang Shah Alam bayar 1 kali RM1.00++, orang Klang byr 2x tol RM1.00++ dgn RM1.00++. sini, sekali tol RM2.10 untuk sejauh dari skudai ke JB mahupun Skudai ke Kempas yang berapa km tu je. lu pikirlah sendiri kesialan ini.

PLUS, reti pasang lampu tak kat highway bahagian bandar? lepas tol Skudai memang dah city stretch pon. mengada2 jimat kos RM2.10 yang dicekik dari kami untuk tambah kepuk mereka. bkn untuk kebajikan kami. we want lamps.

p/s- ada gaya mcm aung san suu kyi tak?

Monday, March 9, 2009

dormmate ku di birmingham

tadi check facebook.... tiba-tiba aku tergerak hati nak bukak page my ex-dormmate time kat smss dulu. kitorang panggil die ni debok. sebenarnya aku curious yang die ni banyak pulak kan pic kat midlands/uk/negara org putih la pendek kata. tu yang aku check page die. kat bahagian info tu die tulis college, universiti of birmingham. eh, budak ni study kat birm ke sekarang.

disebabkan nak tau la sangat kn, terus aku ym pacek (tkp aku dulu),, tanya pasal debok. die kata betol la si debok ni kat birm skrg ni. wah, mantap ex-dormmate aku ni. jadi sah la si debok a.k.a hizamal sekarang sambung study kat University of Birmingham. aku pulak bile lagi? (wah, cabaran besar buat diri sendiri)
-------------------------------

aku bukannya apa, sekarang ni pointer tak bagus mana. even offer master UTM pon aku tak dapat. jadi aku tak rasa aku boleh further study oversea. berangan sangat la tu. lepas tu, sekarang ni pulak berbelah-bagi antara sambung study dengan kerja. walaupun aku masih ada 1 semester tambahan (tambahan ye adik2), tapi aku tetap risau. aku memang berangan nak sambung study. cuma aku kurang minat nak sambung jurusan elektrik ni. kalau nak sambung sekalipun, aku mungkin akan cari bidang pengurusan saja. mungkin, dan kalau setakat bidang pengurusan memang membazir duit sangat la nak g oversea. dilema.

p/s- wah...tetiba pulak watak utama post ni debok. dahla, sakit aku belum sembuh. sekarang ni aku sakit kepala pulak. doakan kesihatan aku. Alhamdulillah.

Tuesday, March 3, 2009

hujan

pagi ni hujan. sejuk. aku nak baca buku sebab malam ni test. tapi aku rasa sejuk sangat. dahla demam. hmmm....

takde mood sangat pagi ni. ape la pagi-pagi dah hujan kan? nanti petang-petang sudah. aku teringat kali terakhir hujan waktu pagi adalah ketika aku masih lagi di tahun 2. dah lama dah ek, ataupun sebenarnya ada hujan waktu pagi cuma aku jarang bangun pagi jadi aku tak tau.... hehehe

sebenarnya sekarang ni patut dah nak abis musim tengkujuh ataupun dah mahbis pon. tapi pelik pulak, sekarang la hari-hari hujan. kalau ikutkan tahun-tahun lepas, musim hujan a.k.a musim tengkujuh bulan nov/dec..... 2 tahun kan johor banjir waktu bulan 12? waktu 2006 aku drive balik ke JB. keadaan hujan yang sangat lebat dan jalan yang sangat dahsyat kerosakannya. itu lebuhraya utara selatan (PLUS), bukan jalan kampung. kalau jalan kampung, Kota Tinggi sampai tenggelam la yang aku tau. segamat pon sama.

tahun 2007 aku baca surat khabar kat internet je, sebab time musim hujan tu aku duduk umah abah kat Glasgow. jadi aku tak tau sangat keadaan sebenar. tahun 2008 pelik. dah tak hujan lebat masa hujung tahun tu. yang peliknya pulak, bulan 2 ari tu siap ada macam musim kering pulak. takde hujan langsung, pokok pon daun gugur, rumput jadi warna coklat. ni semua aku pernah tengok kat utara semenanjung waktu belajar di Kedah dulu. sana memangla ada musim kering sebab dekat dengan selatan Thailand. sini dekat dengan Singapura je. pelik-pelik.

aku takde mood. dahla, nak baca buku.

Saturday, February 28, 2009

LI,parking and movie

uweek.... pening. but i still in a happy mood for getting placement for my internship. i'll undergo internship for 10weeks (wtf, only 10 weeks?) with Rapid KL. hopefully it'll be an excitin moment as i'm really into public transportation industries compares to what i'm doing now, electric control and instrumentation.
----------------------

jason mraz concert. i'm so upset. cannot go meh. i have 2/3 tests next week. and unfortunately all those tests will be on tuesday/wednesday/thursday. so i'll defenitely can't go back to KL to watch his concert. and for heaven sake, i also don't have that such amount of money to watch his concert in singapore as it's price is double than in KL. but, so what? cost for going back to KL (return) is just the same amount of addition price i need to pay in Singapore. however, sad thing.... all ticket in Singapore sold out. SOLD OUT.

----------------------

my class win bid contract for parking for this coming convocation. all we need to do is, 'jaga parking'. what the heck and wtf? we're already 4th year student and most of us (not me) are final semester student. and for heaven sake, almost all of us are now suffer doing our final year project. it's a silly idea to bid this contract, in my opinion. yes, what do you expect from 4th year a.k.a final year student?

i can work.... i sure can work and i regularly work as traffic surveyor in JB. most of places, highway, bridges, and even immigration complex at Malaysian border. but parking? duh.... i'm sure they will only pay me half from what i get from traffic servey. HALF okay and i have to stand under hot sunny day and even in rainy days (if it's rain).

i just don't understand. they don't do any poll, but just make their own decision after discussing with a few of 'influence' people. shit. do poll first. then only go for bidding, it's fair and square. i don't like any of unfair situation. and now, i'm the victim. poor me. now, is it my fault or their fault? i'm not an 'influenced' person in my class. so defenitely it's not my decision to go for bid the contract.
------------------------

yesterday, i went to Jusco Tebrau City to watch movie. haha... street fighter: the legend of Chun Li. it was a great movie. far better than that ugly and filthy mudblood (wah tiba2 aku jadi mcm si malfoy) movie, ong bak 2. i'm not saying that i'm really attrack to the movie just because i like Kritin Kruek. yes, she's pretty. i like her, but that's not make me blindly rate this movie as good enough. it's true that it's really good. the action, although the use stuntman, the scenery all i like. oh, Bangkok is sure a big and huge city. i think it's like 8 times larger than KL.

and of course i'm in love with HK. i like the scene where they shot at HK island with background of kowloon. it's really fantastic. 1 thing that always pop in my head. how to pronunce Chun li? is it Choon Li? or Chan Li? my friend call her as Chan and me myself Choon. i heard in the movie some say Chan some say Choon. i think the chinese call her Choon but those idiot whites call her Chan. so which is true? Chan Li or Choon Li? please give some respond in my comment box.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...