Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

langit yang mendung...dimana MATAHARIKU?

Johor pelik sekarang ni, sekarang bulan 3 tapi hujan sentiasa. sepatutnya bulan 11/12 ari tu yang hujan. ni tak, terbalik pulak musim dia. jemur baju kat bilik kosong kat depan bilik aku je. nasib baik roomate ade wat ampaian kat situ. so tumpang jap la 2-3 hari.

--------------------------
semalam lepas habis test yang tak reti jawab tu, aku dengan kawan2 sekelas pegi kat pesta konvo. kalau nak ikutkan memang aku tak minat pegi pesta konvo. tak ada apa yang menarik pn sebenarnya. Batte of the Band? huh, setakat penyanyi syok sndiri je ramai. yang suara sedap pun..... takde aku rasa. semalam ada pertandingan karaoke Buluh Perindu. oh, nasib baik pemenang die si ZZ celup tu. yang lain tak sedap pon.setakat macam tu, aku kasi Mama Ridz lagik sedap. (wartawan Nas jgn perasan aku mention ZZ, bukan abg ZZ la, tapi Ziana Zon Tengah celup)

oh, semalam Jeffrydin datang UTM. lebih spesifik datang buat show kat pesta konvo. UTM ni kan susah sikit artis nak masuk buat show. setakat bape kerat je yang bertuah dapat nyanyi kat sini (bertuah ke?). malas nk komen banyak2 pasal ke tak best-an pesta konvo yang hanya penuh dengan gerai2 baju wanita sahaja. macam pasar malam je aku tengok. opppsss, noktah.

-----------------------------
kat pesta konvo aku terjumpa seorang yang aku tak sepatutnya jumpa lagi. aku rasa lirik lagu ni sangat sesuai untuk menceritakan perasaan aku sekarang.

MATAHARIKU

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

*p/s- semoga aku akan dapat mencari kebahagiaan sendiri

Saturday, March 21, 2009

update

af7 (7 kan sekarang ni?) s**k. apsal pentas macam anugerah era je? lepas tu, juri pulak ada penghadang kat belakang dorang. mana perginya arrangement yang lama, hilang segala keriuhan af yang sebelum2 ni. lagi, apsal nyanyi 2 lagu? sekerat2 pulak tu. tak belajar ke dari kesilapan Jaclyn Victor yang kalah dalam pertandingan Asian Idol, hanya kerana dia nyanyi madley. lagi satu, memang nampak serabut betul la bila nyanyi madley ni. huduh dan buruk jadinya. bak kata Ramli MS, vokal ke laut.... ni semua ke laut, feel, vokal, baju.

hallu.... kalau setakat nak downgrade af, lebih baik tak payah buat af7 ni. menyampah je tengok.

------------------------
2 hari lepas pergi main bowling dengan kawan-kawan kelas. hehe, yang bestnya skor kali ni bagus pulak untuk kedua-dua game. 108 dan 107. waaa.... finally, lepas jugak 100. last time main kat Mid Valley macam dapat 30++ je kot skor. siap bola jatuh ke belakang lagi. huhu... malu seh.

------------------------
nanti aku tambah la sket dalam post ni. malas nak tulisss....

Monday, March 16, 2009

manusia lahanat

ni memang aku nak mencarut panjang2. dah siap tulis, habis hilang pula tulisan tu semua. takpe2 sabar2, kejap lagi nak mencarut panjang lagi ni.

tadi aku masuk ke toilet. entah kenapa aku terasa nak pandang ke platform sink yang selalu aku letakkan baldi kecil berisi barang2 mandian. tau apa yang aku nampak? kosong... yang ada hanya conditioner dengan berus gigi SHJ. baldi, facial foam, shower foam semua hilang. syampu aku memang dah berbulan hilang. ish... memang geram aku time tu.

cuma aku bersikap konon2nya optimis la, check setiap shower kalau2 ada orang guna dan terlupa letak balik ke tempat asalnya. malang, sebab aku tak jumpa apa2 selain daripada apa yang ditinggalkan tu sahaja. tolonglah, miskin sangat ke, papa kedana sangat ke manusia lahanat ni? sampaikan baldi kecil, syampu (ni dulu dah dicuri), shower foam, dengan facial foam tu nak dicuri? boleh kaya ke kalau curi semua tu? tak takut ke balasan hari akhirat kelak? aku percaya kalau agama lain pun melarang umatnya mencuri. maksudnya tiada sesiapa pun yang ada pengecualian daripada hukuman mencuri ni.

di kesempatan ini... aku mendoakan manusia lahanat tu supaya tangannya putus/patah dll. tuhan itu MAHA ADIL. aku ni berdaulat.

-------------------------------
spoil la kejadian dicuri2 ni. aku baru nak cerita kejadian 2 hari lepas. okeh... amik mood jap. in.... ouuuutttt.... in... ouuutttt..... fuhhhhh!!!!

mood ready. 2 hari lepas aku pergi karaoke dengan kawan-kawan seperjuangan di tempat kesukaan kami di DIVA. haha, berangan diva la time menyanyi tu kan. 1901 kat Giant southern City (tempat ada DIVA ni) dah takde. la, dahla ni satu-satunya 1901 yang ada di JB. kat CS pun dah lama tutup kalau aku tak silap. hmmm.... tak merasa la 1901 lagi lepas ni. thank you orang-orang yang boikot tak tentu pasal ni. nak boikot amerika/jewish, kedai melayu pulak yang lingkup. lu pikirlah sendiri (nabil pinjam jap tagline)

ok, time balik tu aku drive laju la kat jalan Skudai (ni ala2 MRR2). jalan besar tapi speed limit 80km/h. so, aku drive up to 80km/h je la. tiba2 tengah syok drive ada polis belakang aku, cuak gak la. ingat kan kena kejar polis. aku pun tukar line ke 2 (tengah).... tau apa yang aku nampak? polis... kereta mewah ber plat 'RMJ' dengan polis kat belakang. wah.... aku terjumpa kereta Raja Muda Johor yang hensem tu. boleh pulak aku puji orang lain kan. alah, memang la anak raja ni kacak pon (RMJ ni la), kalau tak takde la kisah si Fasha Sandha suka kat die dulu kan. siap ada statement dari mak FS lagik kan. hahaha.....

kisah doa waktu solat jumaat tu aku tak sure lagi, sebab aku tak dengar betul2. nanti aku dengar baik2 hari jumaat nanti. kawan2 aku kata memang betul. Ampun Tuanku. patik hanya memuji raja muda sahaja, takde langsung niat untuk menyakitkan hati tuanku.

-----------------------
see, finally aku boleh jugak bergosip walaupun aku tengah marah kan?

Monday, March 9, 2009

dormmate ku di birmingham

tadi check facebook.... tiba-tiba aku tergerak hati nak bukak page my ex-dormmate time kat smss dulu. kitorang panggil die ni debok. sebenarnya aku curious yang die ni banyak pulak kan pic kat midlands/uk/negara org putih la pendek kata. tu yang aku check page die. kat bahagian info tu die tulis college, universiti of birmingham. eh, budak ni study kat birm ke sekarang.

disebabkan nak tau la sangat kn, terus aku ym pacek (tkp aku dulu),, tanya pasal debok. die kata betol la si debok ni kat birm skrg ni. wah, mantap ex-dormmate aku ni. jadi sah la si debok a.k.a hizamal sekarang sambung study kat University of Birmingham. aku pulak bile lagi? (wah, cabaran besar buat diri sendiri)
-------------------------------

aku bukannya apa, sekarang ni pointer tak bagus mana. even offer master UTM pon aku tak dapat. jadi aku tak rasa aku boleh further study oversea. berangan sangat la tu. lepas tu, sekarang ni pulak berbelah-bagi antara sambung study dengan kerja. walaupun aku masih ada 1 semester tambahan (tambahan ye adik2), tapi aku tetap risau. aku memang berangan nak sambung study. cuma aku kurang minat nak sambung jurusan elektrik ni. kalau nak sambung sekalipun, aku mungkin akan cari bidang pengurusan saja. mungkin, dan kalau setakat bidang pengurusan memang membazir duit sangat la nak g oversea. dilema.

p/s- wah...tetiba pulak watak utama post ni debok. dahla, sakit aku belum sembuh. sekarang ni aku sakit kepala pulak. doakan kesihatan aku. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...