



sebelum menikmati panorama gambar-gambar tu, aku nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab dah update rupa blog ini. make up sudah ditukar warna, kali ni nampak lebih gothic lagi (ahaks!).... dan jumlah post hanya 3 berbanding dulu 10, untuk memudahkan page loading dan mengurangkan sumpah seranah orang kalau lambat loading...hehe. well,well.... happy new look Highlanders. caiyuk-caiyuk, aja-aja fighting, gambate......
oh, sebut tentang Higlanders aku teringat kenapa aku namakan blog ini dengan nama itu. jawapan mudah dan pasti, aku suka Scotland dan aku nak pergi lagi ke sana (kalau ada rezeki lagi).... go,go highlanders. hahaah...... setahu aku yang tak pernah baca sejarah United Kingdom ni (eh, dorang ada simpan sejarah melayu kan kat library die?), higlanders ni adalah pahlawan scotland yang mempertahankan negara mereka daripada dijajah oleh orang-orang England dalam perang antara Scottish-English.
cerita yang lebih boleh dipercayai boleh dibaca di sini.
make up baru, cerita pun barulah. okeh, selamat membaca dan selamat menjaga kesihatan (takut wooo H1N1)
me, my dad and James Watt
united we concuer
di Cairngorm Mountain, Scottish Highland
ya, melayu Glasgow
*p/s- roommate ku balik rumah kot. da 3 hari aku single-mingle ni... yeah, seronok!!!!!
----------------------------
updated
ni baru terbaca.... nak gelak pon ada, kesian pon ada. hmmm, mungkin tempatnya tak sesuai kot atau satu peringatan dari langit? siapa tahu kan? klik di sini.
tadi aku tonton wayang dengan Anip, Fahmie dengan Syafiq. cerita G. I. Joe The Rise of Cobra. kalau nak diikutkan cerita ni antara top movie dalam must watch aku untuk tahun ni. semua gara-gara trailer yang melampau-lampau setiap kali aku pergi tonton wayang. jadi teruja la nak tengok macam mana dorang ni boleh tumbangkan Eiffel Tower tu kan.
hasilnya? movie agak over rated. mungkin aku yang meletakkan high expectation. tapi aku pasti orang lain pun sama juga sebab dah tengok trailer yang melampau-lampau hebat. kira pendek kata, movie ni macam Twilight dulu la, indah khabar dari rupa. trailer je yang action hebat tahap dewa, rupanya cerita cinta je panjang (tapi aku suka gak,oh G I Joe bukan cerita cinta)....hmmm, movie ni pon aku suka. cuma sedikit kecewa sebab CGI yang digunakan sangatlah tahap negara membangun nak buat. kalau Cicakman tu, aku boleh maafkan la kalau CGI tahap biasa-biasa. sebab kos dorang terhad. movie ni kosnya tak kan la setakat 2-3mil (dan tak mungkin dalam RM).
overall, ok la movie ni. kalau nak tau lebih lanjut, pegi tgk kat wayang... kalau malas, baca je review atau nak lagi best, baca spoiler. hahaha..... oh, ni ada official website die (NOTE: tak payah bukak kalau internet lembap/tak laju/tak hebat.... byk video/multimedia/benda-benda yang menyebabkan laman ni berat untuk loading). klik kat >>>>>>>sini
oh, ni ada ole-ole sikit dari wayang tadi.... hehehe
tengok pic tu.... rasa macam nak join plak G I Joe ni....
with face mask
siap ada boot, visor dengan high pressure senapang (pe ek dlm english?)
amacam? ada bakat tak?
*p/s- si orang jahat tu orang Scotland, tapi cara die cakap macam orang Ukraine.
.jpg)
-------------------------------------
blog. sebenarnya aku nak delete post semalam pasal contestant OIAM 3 tu. rasa macam kudis pulak letak post macam tu dalam blog ni. hihi.... biarlah die dengan hidup die. yang penting tak kacau hidup aku, dot. tapi, tak sempat aku nak delete dah ada komen. wah, slalunya lambat gak komen masuk. kali ni cite pasal gosip tros zuppp.... sepantas kilat komen masuk. ehehehe.....
hello upper east siders....
oh, tadi hamim (my coursemate) datang bilik aku. die tanya pasal blog aku, nak tengok la, dan die pon ada tanya pasal type post yang aku tulis. siap kasi cadangan lagi tulis pasal politik. oh no, aku tak minat politik. politikus, cari berita pasal mereka ni kat page lain. jadi, ape yang aku tulis sebenarnya dalam blog ni? macam yang aku kata dulu la. aku dan kehidupanku serta perkara-perkara di sekelilingku. letak ads dalam page ni? livefeed masih slow dan aku tak punyai pembaca yang ramai. jadi, lupakan la hasrat nak lihat ads di blog ini.
ok, berbalik cerita tentang pembaca. blog ini hanya dibaca oleh teman-teman rapat aku sahaja. tidak dibaca oleh coursemate mahupun roomate. apatah lagi secret admire. hahaah..... aku ni biasa sahaja, memang tak popular dan tak ramai kawan sangat. kira aku ni invisible la kalau istilah yang selalu digunakan dalam tv show macam Gossip Girl, One Tree Hill, etc. aku invisible dan aku jugak lonely boy. cuma aku takde hot and gorgeous gf macam si D(opppsss.....dah broke up kan? 3 kali). ahha... tak sabar nye la nak tunggu 16 march (kalau tak silap la tarikh die), GG ep18 kuar.
lain kali aku cite lagi pasal ni. hehe....
------------------------------------
dinner. tadi pegi dinner kat payung sri putri. jauh kan? alah, aku ni jenis orang yang malas makan. jadi sesekali makan tu, nak la yang sedap dan berkenan di tekak untuk ditelan. kalau setakat yang so-so aje baik tak payah la. orang selalu tanya kenapa aku tak makan? kenapa aku jarang makan? mcm mana aku boleh tahan kalau tak makan? ntahla, yang aku tau aku malas nak keluar dari bilik. kalau nak g makan kene travel (tak la sampai negeri lain), kan ke menyusahkan aku.
ok la.... sebenarnya aku nak letak pic makanan aku tadi je. merepek pulak yang banyak.









